Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for May 2012

PUMPKIN PANCAKE

3 hari berturut-turut makan menda warna kuning kat sini, mujur tak ketulahan. Kalau ada baby baru lahir tu, sila jauhkan dia dari skrin laptop anda. Bukan apa takut pancaran warna kuning dari sini membuatkan si baby tu terkena jaundice pula. Sian kena duduk bawah lampu terboleng tak pakai baju, dahla mata kena tutup. 
Biasalah bila ada labu, mesti di pengakhiran cerita tak tau nak buat apa dah dengan baki labu sejuring. Masa beli tamak haloba, belah kanan kata beli separuh, tapi antu kenit belah kiri pulak pujuk-pujuk suruh beli sebiji yang besar.  Seperti biasa juga, mesti kalah dengan kenyitan mata anak hantu belah kiri. Cis!
Kali ini saya buat pancake labu. Lempeng labu lah ni dalam erti kata sebenar. Sebut lempeng nanti tak ada sapa nak baca, sebut pancake mungkin ramai yang teruja. Kejar glamer sudah pasti didahulukan, fofulariti patut diutamakan. Begitu ke? 

Tak perlu jawab, biar saja persoalan itu dibawa angin. sebab makan labu ni kalau kena orang tak tahan memang berangin, uk ek uk ek la nanti padahnya. 
Resepi asal dari Allrecipe. Saya buat sikit pindaan akta sukatan dan bahan mengikut kesesuaian. 
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (boleh juga digantikan dengan tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
3/4 cawan labu yang telah direbus
1 cawan whipping cream
3-4 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Secubit dua garam
Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati. 
  • Panaskan non-stick pan dan oleskan dengan sedikit minyak.
  • Tuang sesenduk kecil adunan perlahan-lahan dan oleskan membentuk bulatan. Jika menggunakan saiz pan yang kecil, pancake akan terbentuk dengan cantik mengikut saiz pan tersebut.
  • Rata dan oles mengikut ketebalan yang diinginkan.
  • Apabila permukaan atas pancake telah agak kering, terbalikkan.
  • Ulang baki hingga selesai.

PUDING PEACH MANGGA DENGAN SOS COKLAT

Kalau berpeluang makan di hotel- 'dapat peluang' sebab acara itu bukanlah aktiviti rutin saya. Saya akan menonong cari manis-manisannya dulu. Sebab tu antara yang saya suka adalah hotel Shangri La KL. Desserts dia memang wow dan buat saya angkat kain biar melepasi perut sebab sengkak dia lepas makan ai tell yu, memang kena duduk tegak macam pakai korset ketat. Silap-silap tersentuh sikit perut muncit harus termuntah agar-agar hijau.
Dan KALAULAH saya jadi seorang pakar masak yang ada rancangan masak-masak kat  Food Network, ha kau, terus go internationally. Padahal kedek-kedek Mak Itik, saya akan buat rancangan ala-ala SUGAR. Hekhekhek. Tapi versi melayulah. Tajuknya GULA NISAN. Lepas tu for sure Anna Olson dan Ina Garten takpun abang air liur bersembur tu, err abe Jamie akan order berkontena-kontena gula nisang dari  Terengganu. Hihihi. * tak menyewel tak sah. 
Ini kes orang lain yang berpuasa, kita pulak tumpang terliur. Tak boleh jadi betoi itu Ibundo. Kemain tonggek puding mangga dia posing. Kena pulak whipping cream baru je bukak untuk buat ganache ari tu. Dan Bundo pulak sua resepi yang guna whipping cream. Memang ibarat mencurah ganache direct ke dalam mulut la kaedahnya.

Tapi saya buat versi tak cukup mangga. Maklumlah 2 hari balik kampung, semua stok buah-buahan cuba dihabiskan. Terkonteng-konteng ada sebiji  je mangga yang tinggal. Tupun yang kenit. Bila saya kopek, isinya dapat seciput je. 
Jadi saya tambah buah peach dalam tin untuk mencukupkan kuota. Heee.  Juga tanpa sos strawberi. Saya gantikan dengan sos coklat. Banyak benar tanpanya tu. Juga terpaksa adjust sikit mengikut bahan yang ada kat rumah. Maaf ya Bundo, tapi idea dan lobang idung mu tetap menjadi pojaan hatiku. Ambik lah aku ni sorang lagi jadi anak ko bundo leh tak? Kekeke...Perigi cari timba tul!
Bahan-bahan:
Sumber:Bundo
* untuk sukatan dan resepi asal sila ke link Bundo tu yer.
200g isi mangga
350g buah peach dalam tin (anggaran 5 ketul halves peaches)
1 cawan whipping cream
1/2 cawan jus mangga (saya gunakan jus mangga jenama sunquick)
Gula sekiranya masih kurang manis
Air * saya masukkan air untuk mencukupkan sukatan bahan-bahan selepas dikisar di atas menjadi 1 liter
5 g serbuk agar-agar
Cara-cara:
  • Kisar mangga dan peach hingga hancur. Masukkan whipping cream, gula dan kisar lagi. 
  • Masukkan air hingga sukatan menjadi 1 liter.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih kecil.
  • Sejukkan.
Bahan-bahan sos coklat : 
1 cawan whipping cream
100g milk chocolate (saya gunakan chocolate coins jenama Berry's)
2 sudu besar butter/marjerin
Cara-cara:
  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil.
  • Masukkan butter dan chocolate. 
  • Kacau sebati hingga coklat betul-betul larut.
  • Hidangkan bersama puding.

ROTI JALA & KARI AYAM

Wah cuti sekolah sudah bermula. Saya suka. Balik dari kampung malam tadi dengan lengan yang masih terasa sakit-sakit sebab biasalah buat-buat rajin di rumah mentues


Roti jala dengan kari ayam untuk anak dara balik dari asrama. Itu baru balik dari KB, kalau balik dari obersi berapa jenis pulak saya masak. Heeee
Pertama kali saya  kena menjala setiap hari bila di bulan Ramadhan 3 tahun lepas. Agaknya bau masa menumis kari tu menarik perhatian Nuhaa yang oh no memang terkenal seantero keluarga kerana masalah 'peribadi' dia yang memerangi makanan secara terang-terangan. Hukhuk.

Bila dia dah pandai makan roti jala, saya memang syahdu bila  kena time menjala. Adakah uban di rambut saya turut mempengaruhi hati yang perasan-perasan masih rumaja
Dua cawan saya buat, tinggal dua ketoi.  Semua Nuhaa ngap. Urut dada saya tengok. Hehehe. Terpaksa saya bancuh lagi untuk habuan Sang Arjuna. Takut nanti elemen pilih kasih timbul tanpa disedari dan buatnya Sang Arjuna bungkus tikar bantal lari ke rumah Seri Kenangan, saya juga yang jadi intanku kesepian. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning/serbuk kunyit
Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan kacau sebati. 
  • Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
  • Oles non stick pan dengan sedikit minyak. Gunakan acuan roti jala ataupun botol acuan untuk roti jala yang boleh dibeli di kedai-kedai Daiso. * Promote free.
  • Masak dengan api perlahan sehingga permukaan roti jala kering.
  • Angkat dan gulung perlahan-lahan. Ulang hingga selesai.
Bahan-bahan (kari ayam):
1/2 ekor ayam
2 1/2 cawan santan
2-3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
1-2 keping asam gelugur
1-2 biji ubi kentang
Garam secukupnya
Secubit dua garam
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan naik minyak.
  • Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana hingga turun air ayam.
  • Masukkan santan dan asam gelugur. Masukkan kentang.
  • Masak hingga agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam.

KEK COKLAT HORLICKS

Dia ni kan, makan nak sedap aje. Takmo langsung rasa bagaimana peritnya orang-orang bawah jambatan menjamah hidangan harian mereka. Idup nak jadi raja manjang
Habis tu? takkan kita sengaja nak menempah hidup susah kan? Mesti nak semuanya nikmat dan lazat. Walaupun Mak Itik rasa agak keletihan di situ bila memikul beban kilo-kilo di badan, tapi takkanlah nak bersedu-sedan sepanjang masa. Kena gumbirakan hati dengan hidangan-hidangan ya ampun sedap tul tapi kengerian lah pulak bila menjejakkan kaki gemok ke atas penimbang. 
Dah banyak minggu tak buat kek coklat. Jadi sebagai reward ke atas diri saya yang mengira detik untuk menyambut kepulangan Nuhaa hari ini. Yeay

Kali pertama saya lepaskan dia untuk naik flight sekor-sekor diri. Ketar gak boli ni,tapi itulah pengalaman dan pelajaran. Tak belajar tak tahu, tak gitu cikgu-cikgu? 
Kek coklat horlicks olahan resepi  kek cekelat sedap dari Cikgu Hana.  Bukan olah apa-apa, cuma ada penambahan sikit. Datangnya idea nak letak horlicks bila banyak  benda saya  buat saya cuba letak horlicks. Sebab rasanya nak buat air, mau berkurun horlicks tu dok dalam simpanan. So mulalah macam-macam. Rasanya memang hmmm..hmmm... sampai pejam mata sebab taknak mata ternampak penimbang daging itik vontot kedek ni. Heee
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (saya gunakan tepung superfine)
3/4 cawan gula halus
1/3  cawan serbuk koko
1/2 cawan butter 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu cair (saya gunakan susu penuh krim)
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
2-3 titis esen vanilla
1/4 cawan horlicks
Cara-cara:
  • Pukul gula dengan butter hingga sebati dan gebu. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
  • Masukkan esen dan horlicks
  • Masukkan susu  cair dan susu pekat. Masukkan air panas dan pukul perlahan.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan soda.
  • Kukus  kira-kira 50 minit- 1 jam. 
* Ini cara saya tuang ganache untuk kek yang bersaiz kecil atau sederhana. Jika rujuk cara di internet, mereka mencadangkan menggunakan redai kek yang ditadah dengan loyang di bawahnya, tetapi isunya banyak ganache yang melekat pada jeriji besi yang tak dapat diambil semula. Rugi!  Misi : Nak cepat kaya.
Bahan-bahan untuk ganache:
150ml whipping cream
150g dark chocolate
50g butter
Cara-cara:
  • Panaskan whipping cream hingga mendidih kecil. 
  • Masukkan coklat yang telah dipotong kecil. Masukkan butter dan kacau hingga coklat larut. 
  • Sejukkan sebentar sebelum dihias/dituang pada kek. Selamat dan sila pejam mata. Kalau terbayang gak alat penimbang tu, humban aje dalam stor. 

SOTONG MASAK DAKWAT

Eeeeeiii kan? Inilah makanan yang paling 'selekeh' saya pernah makan. Makanan paling no no dan  tak boleh letak atas meja pengantin yang dah hias lawa-lawa dengan bunga hidup tapi tak sempat majlis selesai semua orang pakat rembat bunga tak kira kau macam Mak Datin bling bling ke atau kau budak kecik 5 tahun. Semua tak malu pow bunga 'free'. Suka diingatkan kepada saya especially, kalau tuan rumah tak kasi bermakna kita telah merampok itu reta, reti? * Ustazah pilihan bersuara dah!

Mula-mula saya tahu ada juga manusia makan masakan macam ni, saya buat-buat muka yekyekyekyekyek, entah berapa kali geli-geleman lah kunun. Rasa tak boleh terima bila Kak Fauziah (nama sebenar) kata anak beranak dia makan sampai tak hengat dunia. 
Apa lagi. Dengan pengetahuan yang cetek dalam bidang masakan, terus saya call talian hayat. Dan jawapan mak- dia pernah makan masa kecik-kecik dulu. Oh maknanya bukanlah lauk rekaan fantasi Kak Fauziah nama sebenar tu. Heee.

Dan kali pertama saya sanggup menjamah diikuti membaham terus bila siapa lagi dalam hidup saya yang akan saya cayank dia sampai bila-bila sebab dia suka bagi perut saya ketat-ketat dengan masakan dia walaupun spegeti perangat-Cikgu Azimah.
Bila si Cikgu yang kemain lagi bergaya sedondon  baju kurung sampai ke keychain pun warna setona masak lauk ni bila entah, baru saya rasa yakin nak makan. Dan mulalah episod saya pula sukakan lauk selekeh ni. Selekeh tak selekeh, janji hati muda remaja, errr tak paham kaitan.

Jadi, ini  keputusan muktamad. Bila sotong masuk acara masak hitam atau berdakwat ni, dia akan menang mudah ke atas sotong sambal tumis ataupun masak lemak sotong ataupun singgang sotong.  *cuma satu. dakwat sotong tukan adalah pelindung sotong dari ancaman musuh,jadi mungkin kandungannya bukan sekadar 'dakwat' biasa? Ah gasak ar, malas nak gugel cari keburukan dakwat ni!
Bahan-bahan:
Sumber: Cikgu Azimah
2 ekor sotong (kira-kira 300g)
2-3 'beg' dakwat
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Air asam jawa
Garam
Sedikit gula nisan
1 labu bawang besar saiz sederhana-hiasan
1 biji cili merah-hiasan
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa dan gula nisan.
  • Pecahkan beg dakwat dan masukkan ke dalam  kuali. Kacau rata.
  • Masukkan sotong dan masak hingga sotong empuk. Jangan masak terlalu lama.
  • Perasakan dengan garam. Masukkan bawang dan cili merah.


CARAMEL POP CORN

Awal-awal lagi saya nak senyum sinis campur sengih kambing baik punya. Kerlingan dan kenyitan mata jahat ini ditujukan kepada adik-adik office eh salah lagi, ex-office pemilik kuali berharga 400 ringgit malaysia. Atau dalam harga rupiahnya melebihi sejuta. Kuikuikui.

Err makin menyetan kan diri lagi dengan soalan, apa dah jadi dengan kuali  magic tuuuuuu???
Tak payah ada kuali mahal pun ok ya anak-anak itik sekalian kalau nak buat pop corn. Guna kuali vontot itam legam macam orang Habsyi pun boleh on itu projek mengepop

Hari ini mak itik (saya rasa gelaran mak itik sangat sesuai dengan keadaan diri saya yang tengah malas-malas-malas Ya Tuhan! ditambah lagi dengan vontot yang makin berat macam vontot itik. Hahaha ala-ala vontot nk rebeh gitu.  *Eiii banyak betul penggunaan bahasa dengan bahagian anggota tubuh yang paling seksi  lagi debab tu kali ni

Teruja bila terpandang K-popcorn di blog jejaka pop Malaya, sapo laie kalau bukan CMG. Lepas tu dari 'ujung tanjung sampai ujung tebing' kedengaran pop pap pop pap buatkan saya rasa sangat simpati pada tekak yang teringin nak  buat sendiri juga.
Ha kau, lepas kali pertama melihat ratusan letusan jagung-jagung itew, buatkan saya memanggil semua ahli rumah termasuklah Aidil budak darjah tiga anak jiran betul-betul depan rumah saya untuk saksikan acara teruja saya  menyediakan pop corn dengan riak takburnya. Hahahaha.

Jemputlah menonton wayang sambil cekau pop corn ni. Tengok Marukochan pun rasa macam tengah nonton Ombak Rindu yu sebab walaupun citer tak sedap tapi semua tu akan disedapkan dengan pop corn mak itik vontot rebeh ni. 
Sumber 'mak itik' lain : Izah dan Tun Telani
Bahan-bahan:
* Banyak unsur-unsur ikut suka dalam membuat pop corn ni. Jadi resepi di bawah ni telah saya olah mengikut cara dan jumlah yang saya buat. Untuk rujukan asal sila ke link mak itik tu ye. 
3 genggam jagung kernel
Marjerin/butter secukupnya
1/2 cawan gula (anggaran)
Cara-cara:
  • Masukkan 2 sudu besar butter/marjerin ke dalam kuali/periuk. Pastikan anda menggunakan periuk/kuali yang berpenutup. *Kalau penutup transparent lagi mengujakan kerana boleh tengok proses mengepop dengan jelas.
  • Bila marjerin telah mencair, masukkan segenggam jagung dan pastikan semua jagung terkena marjerin cair tadi.
  • Tutup periuk/kuali dan sederhanakan api.
  • Bunyi pop pap akan kedengaran selepas kira-kira 2-3 minit.
  • Tutup api apabila bunyi pop pop telah berhenti. 
  • Ketepikan.
  • Ulang proses hingga jagung habis. * Saya buat dengan anggaran segenggam jagung cukup dengan 2 sudu besar marjerin.
Untuk menyediakan karamel:
  • Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam kuali. Biarkan mencair sepenuhnya.
  • Apabila gula bertukar warna kekuningan, masukkan 2-3 sudu besar butter/marjerin dan kacau sebati.
  • Kecilkan api.
  • Apabila karamel berbuih, masukkan 3-4 genggam pop corn tadi dan kacau rata.
  • Ulang hingga selesai. 

CHILLI CRAB

Saya ada terbaca dalam satu magazine lama dulu pasal 'perebutan' asal-usul masakan ni antara Malaysia dengan Singapore. Biasa la menda sedap semua nak rebut, ye tak?
Ala, tak gerek seyy la menda macam nipun nak jadikan isu rebut tarik-tarik rambut sumer. Hamboi, sesedap mulut aje saya buat statement kat oh murai ni. Sebab bukan saya yang susah-susah cipta resepi yang glamer kat mana-mana restoran mahal ni . Mesti bila order lauk ni terus rasa macam orang hebat-hebat yang baru balik dari persidangan wakil-wakil negara. Heks.

Sebenarnya kalau bukan baca kat magazine tu, mapuh saya ingat ketam bercili ni asalnya dari Thai. Sebabnya saya pernah makan chilli crab yang sangat meninggalkan nostalgia dek kesedapannya di Bangkok 7,8 tahun lalu. Sampaikan saya isap-isap kaki ketam tu dalam perjalanan balik ke hotel. * tak exaggerate memang tak sah minah ni!
Tambahan pulak yang tukang serve tu mek-mek siey yang comey lote putih leppuk muka licin macam gelongsor. Memang jadi terbayang-bayang dik! Tapi tak taulah pula kot-kot saya dimandrem sampaikan ingat ke hari ini. Dasat!

Sekarang musim ketam gamaknya. Di pasar boleh katakan semua gerai ikan ada jual. Cantik dan segar, dan yang pasti berat-berat macam saya ketam-ketam tu. Ikut kata penjual tu bila kita ketuk cengkerangnya dan bunyinya semacam, itu tanda isinya banyak. Entah.
Gugel je resepi, melambak keluar gedebus-bus-bus. Versi ni saya godek-godek ikut dan je. Nak sama macam yang kat kedai jauh sekali, sebab yang ni lagi sedap...muekekeke.
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
*2 labu bawang besar - saiz sederhana
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
5-6 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil rempah kari ikan
2 sudu kecil sos ikan
2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 biji telur
Minyak
Cara-cara:
  • Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
  • Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan rempah kari.
  • Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat. 
  • Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat. 
  • Masukkan ketam dan kacau sebati.
* terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tapi saya kurang suka kerana isinya agak kering berbanding dikukus. 

BUBUR BARLI DENGAN SEKOTENG

Oleh sebab kurang kreatif dan tak mahu langsung panjangkan sikit akal tu memikirkan  menda-menda yang di luar kotak pikiran, saya tak tahupun barli boleh juga dibuat bubur. Ingatkan buat air je. Atau buat gula-gula perisa barley  yang bungkus warna putih belang-belang biru tu.  

Ni kali pertama saya buat bubur barli. Jaman bekerja dulu rajinlah beli dengan tujuan yang satu dan jitu- untuk memperkemaskan tali perut lepas makan nasi dengan kawan-kawan ngokngek. Sampaikan sambil suap, kena bukak kancing kain. Bagus!
Lepas tu bila  MD jenguk tujuh lapan kali, ulang alik buat-buat basuh tangan tujuh lapan kali juga, tak reti-reti baser nak angkat kaki bla la woi pergi naik buat kerja  nun!. Hehe, office saya kat atas, tapi suka benor bentang-bentang tikar melepak kat tingkat bawah. 
Saya tengok Noorsha buat pengat labu  dengan sekoteng, terselak lah sikit minda ni dan baru tahu macam-macam guna sekoteng ni, dan betapa ianya boleh dipelbagaikan. Lepas tu resepi tu masuk magazine gitu, kan Sha! Hee suka! suka!
Bahan-bahan:
1 cawan barli (rendam semalaman)
1/2 cawan sekoteng (rebus hingga lembut)
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
gula secukupnya
Secubit dua garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Rebus barli hingga empuk dan lembut. Masak santan dengan gula. Masukkan susu cair dan garam. 
  • Masukkan juga daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan barli dan sekoteng.
  • Masak sebentar dan pastikan dikacau sentiasa dan jangan sampai pecah minyak.

THREE LAYER TEA

Rasa haus pulak tengahari rembang macam ni kan? Dan..


Oh! ada permintaan rupanya. Sebelum tu bak dulu tiga hengget. Tambah lagi lima posen. Itupun sebab saya kira ikut harga Mamak kat Giant. Tu kira mamak kelas pertengahan tu. Kalau ikut rate Pelita, harus kena lelong itu Nazran.

Jujurnya saya beritahu sambil mata terbelil-kebil macam mana teh ini dibuat. Risau juga Cik Fiona. Tapi kalau bukan kawan yang memang dilahirkan untuk menyusahkan kawan, sapo laie?
Ini percubaan pertama saya melayer teh ni. Tukarannya? Tudung layer-layer ada ropol-ropol tau! 

Itulah ajaibnya internet ni. Taip aje, jumpalah yang kita nak cari. Resepinya dari web F&N. Siap ada yu tiub lagi. Klik aje kat SINI
 Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 1 gelas
3-4 sudu besar air gula nisan pekat (seakan-akan kepekatan madu)
1/4 cawan susu cair
2 uncang teh (rendam dengan 1/4 cawan air panas) * jika menggunakan teh timbang macam di kedai mamak, pasti rasanya lebih kaw babeh!
Ais secukupnya

Cara-cara: Jom mulakan!
Langkah 1 : Masukkan air gula nisan
Langkah 2 : Masukkan ais
Langkah 3: Masukkan susu cair
Langkah 4: Masukkan air teh
  • Tuang air gula nisan kira-kira 1 inci atau lebih ke dalam gelas. 
  • Masukkan ais hingga memenuhi gelas.
  • Tuang susu cair hingga separuh gelas. Tuang perlahan-lahan dari sisi gelas untuk mengelakkan susu bercampur dengan air gula. 
  • Akhir sekali, masukkan pula air teh hingga memenuhi gelas. Juga pastikan dituang dari sisi gelas.
  • Cuba tengok ada rupa 3 layer tak, kalau tak ada, gagal sekali bukan bererti gagal  untuk selama-lamanya. Heeee