Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for January 2012

KEK LUMUT



Ada dua berita gembira hari ini. Sebenarnya saya tumpang je kongsi berita tu. Bila meraikan kegembiraan orang lain tanpa secalit ragu dan yang paling utama tidak sekali-kali bersalut hasad dan dengki memang indah kan? 

Kisah gembira dua sahabat.  Seorang sahabat alam maya. Ratu masak-masak. Dilamar majalah JELITA untuk resepi dan persembahan makanan yang memang fabulous habis. Tahniah Sha! Sila beli majalah JELITA edisi Februari 2012 wokeh?!



Seorang lagi sahabat lama. Zaman seperjuangan di Sintok, rakan berlibur di Changlun, beronggeng dan berpesta-rumba di BKH. Kini bergelar CEO. Dia dengan yakin melangkah keluar dari MAS dengan himpunan kejayaan  emas yang ditinggalkan. Tahniah Roger! U deserve it mate! Berita berkaitan di sini.

Ahhh indahnya hari ni. Mari raikan cinta dengan kek yang sedap ini. Dulu-dulu saya suka benar mengorder kek ni. Kali ini, no no no! 

Kek ini kena benar dengan citarasa saya.  Cuma masa nak kukusnya tu adoila, lama bonar. Dan agak manis pada tekak empunya wajah manis ni. Hukhuk. Mungkin lepas ni kena kurangkan gula. Barulah tebu-tebu di ladang boleh berehat lama sikit. 


Tapi kan, yang kurang gembira sikit, pehal kek saya ni sekerat cam ok, sekerat cam lembab lagi? Tak cukup masak ke eh? Saya dah buat dan kukus ikut je 100% telunjuk penyumbang resepi. Huuuu. Ini memang tak gembira.


Caption: tu, tu, tak cukup masak eh??


Nenoneno, Kak Yatie hep mi!


Bahan-bahan:
Sumber : Dayang Jack melalui Kak Yatie
Saiz loyang : 7 inci (saya gunakan loyang 8 inci)


1 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus  *mungkin lepas ni kena kurangkan kepada 1/2 cawan saja
250g butter
4 biji telur gred A
4 sudu besar seri kaya (saya gunakan Seri Kaya Gardenia perisa pandan)
1/4 cawan susu pekat
1 tsp esen vanilla
Pewarna hijau (saya gunakan sedikit pandan paste dan 2,3 titik pewarna hijau)


Cara-cara:

  • Sediakan loyang yang telah digriskan dengan sedikit marjerin/butter. Pastikan air kukusan juga telah disediakan terlebih dahulu.
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan susu pekat dan serikaya. Juga esen dan pewarna hijau. Kacau rata.
  • Masukkan tepung diselang-selikan dengan horlicks. Pukul perlahan.
  • Tuang ke dalam loyang dan  tutup dengan aluminium foil. 
  • Kukus kira-kira 2 1/2 jam atau sehingga masak.



ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN SAYUR BATANG KELADI



Wahai Bonda Ku Si Ikan Kaloi
Timbullah Bonda
Tunjukkan Diri
Nasi Melukut Sayur Keladi
Buat Bonda Ku di pagi hari

Kehkehkeh. Kalau tanya saya nak jadi bawang putih ke bawang merah, ofkoslah saya nak jadi Si Merah yang cantik dan dapat kawin dengan anak raja. Tapi apa jadi sekarang? Saya Si Bawang Besar. Jadi saya cuma  dapat kahwin dengan Sang Arjuna aje. Eh tapi jangan, walaupun bukan putera rajapun tapi si dialah cinta ku dulu kini dan selamanya. Geds!

Weekend lepas saya masak asam pedas ni. Sang Arjuna saya mintak saya masak sayur keladi. Alo lo lo hai! Rasanya pernahlah sekali dua saya masak sayur ni. Entah betul ke tidak caranya. Ingat-ingat lupa. Masalah dalaman saya, bukannya nak usaha bukak buku ke, telefon mak ke atau tanyalah pakar aka kawan ketat anda iaitu Yang Berusaha Encik Gugel. Ini tidak, belum usaha apa-apa, terus tawakal. Hampeh.




Bahan-bahan:


4 keping ikan pari
3 pokok batang keladi
3 senduk kecil cili kisar
*2 labu bawang besar
*3-4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci belacan
*1 1/2 sudu kecil lada hitam
*1 inci kunyit hidup
3-4 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
air asam jawa
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak




Cara-cara:

  • Bersihkan batang keladi. Pastikan tiada pasir  atau kotoran yang melekat. 
  • Koyakkan kulit luarnya dan potong mengikut saiz yang sesuai anggaran   4-5 inci setiap satu. Rendam sebentar dalam air garam.
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Tumis bahan bertanda * bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan air dan biar mereneh. Masak dengan api perlahan agar kuah lebih mesra. 
  • Masukkan air asam jawa, asam keping dan daun ketum kesum.
  • Masukkan ikan dan perasakan dengan garam. Masak sebentar dan masukkan batang keladi.
  • Seimbangkan rasa masam masinnya.
Mak Oooo mak, timbullah la mak! Besar datang ni!



CHICKEN TORTILLA



Lapar la. Tapi jangan harap hari ni saya masak beria-ia sampai tus peluh  melimpah membasahi bumi  ya. Atau bahasa emak saya bomi

Sebenarnya mood tengah  terkujat lagi akibat peristiwa semalam. Nyaris-nyaris saya kena dail 911 dan nenoneno kereta bomba pun datang. Fire! Fire! Puncanya saya goreng keropok, lepas tu minyak-minyak yang menitis terkeluar dari kuali masa nak angkat keropok tu menyambar. Mula-mula terbakar pemegang kuali.Tak semena-mena  minyak pulak disambar api. Cepat betul berlaku. Terus menjulang api dan hangus sutir kuali cap Pasar Payang saya. :(

Nenoneno saya dalam rumah. Panik dalam 2-3 minit.  Dalam hati " jangan siram air, jangan siram air" Memang saya tau sangat akibatnya kalau siram dengan air. Sah-sah dengan lobang hidung saya ke mana, apa ke mana.


Alhamdulillah teringat fire extinguisher dalam kabinet dekat dengan dapur tu. Seram sejuk masa nak mula gunakan. Barulah terhegeh-hegeh nak baca arahan. Huuuu.

Tau la kan apa yang jadi lepas kita sembur menda alah tu. Memang asap hitam legam penuh rumah. Masa tulah semua uban-uban sayapun terus bertukar jadi hitam. Muda 12 tahun jadinya. Hiks.


Sebelah goreng keropok tu tengah rebus tulang nak buat sup. Sup ke mana, apa ke  manalah. Tulang-temulang tupun dah selamat dituang ke Tong Tok Tang.

Syukur Ya Allah. Sebab cuma bagi saya panik di tahap 2. Gigil di tahap 1 dan bukannya di tahap maksimum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Bahan-bahan:

2 keping tortilla wrap
1 keping dada ayam
1 biji tomato - potong kecil
3-4 kelopak romaine lettuce
Garam 
Serbuk lada sulah
olive oil
salad dressing secukupnya

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan lada sulah. Percikkan dengan olive oil dan panggang hingga masak. 
  • Potong kecil ayam dan campur dengan tomato dan romaine lettuce. 
  • Gaulkan salad dressing kesukaan dan bungkus inti dengan tortilla wrap.
Syukur, alhamdulillah!


JUS TEMBIKAI ICE CREAM SODA



Ini jus 'perantin' yang arghh!!. Kalau zaman hingus kering di pipi dulu-dulu, antara sebab nak jadi perantin inilah. Sebab dapat hirup jus sedap ni masa makan  bersuap-suap depan lauk udang panjat-panjat nenas. 

Apa-apa jus yang ada 'air gas' memang rasa macam orang kayalah. 



Masih di zaman hingus berkerak di pipi lagi. Arwah ayah upah air gas bila pergi cabut gigi. Masa tu ko, cabut semua gigipun tak apa rasanya. Tapi mujur tak teruskan niat ngongs tu kan demi sebotol kickapoo. Kalau tidak, sampai sekarang ai akan menanggung derita seumur hidup. Mukhe mahis dah, tehok gihi..tak hade! Hihihihi



Zaman gedik-gedik koyak buku untuk tulis surat cinta pulak. Ayub yang jadi posmen. Ada duit lebih (err ada ke?) mesti target nak beli air gas yang dalam tin. Nikmat tak terkata! Dan yang paling berbekas dalam ingatan, bila lampu hostel kena tutup je jam 11 tajam, akan ada la bunyi ppsirrrrttt dari beberapa sudut dalam dorm. Bukak tin dan minum air gas dalam gelap bai! Kehkehkeh.

Bahan-bahan:

2 potong tembikai
1/2 cawan ice cream soda
Ais secukupnya

Cara-cara:

  • Kisar tembikai dan ais. Campurkan ice cream soda dan arghhh!
Wei, kompang mana, kompang??!



PENGAT KELADI


Sepanjang setahun saya cuba untuk 'jatuh cinta' pada kisah-kisah yang disiar dalam talibesen. Tapi tulah, masih belum berjaya terikat dengan mana-mana sinetron, akasia apa ke benda tu. Walau se'nora elena' manapun kisah tu. Malaslah nak bahagi masa dengan 'bijak'. Mana masa untuk menonton, mana untuk tidur lama-lama. Tak cukup tidur tak baik untuk perkembangan otak, tau tak! Sudahnya bila kawan-kawan bercerita perkembangan episod demi episod, saya menganga. 


Jadi, jika tidak menonton, apa saya buat sepanjang hari? cat kuku? lap habuk? Tidak juga. Produktiviti saya merudum?  Mana ada, sebab proses pembiakan diri sedang berjalan lancar, teratur dan tiada gangguan. Makan dan makan adalah terapi yang baik, khenn?


Jadi tanpa rasa bersalah, semalam sakan saya 'bershopping' segala jenis ubi-ubian. Dating dengan Sang Arjuna di pasar bolehlah dikatakan sesi yang romantik juga. Sebab sambil jalan sambil tunjuk-tunjuk ikan, udang, ketam segala. Eh, korang tak menonton drama ke? Kan kalau orang dating diaorang akan tunjuk-tunjuk bukit, gunung atau air laut? ha dah tu, scene yang sama la tu. Pelakon aje lain-lain. Ngehngehngeh.


Dalam kisah sinetron  'Cinta Si Pengat Yang Hangat' ni pun saya berlakon je kena habiskan dua mangkuk pengat ni. Sebelah malamnya pulak lagi  dua mangkuk. Dah skrip suruh buat-buat makan banyak, saya ikut ajelah! * Saya ikut skrip dan menjiwai watak, hoqqay?!

Bahan-bahan:

1 ketul keladi (anggaran 750g)
3 cawan santan pekat
1/2 cawan susu cair
Gula pasir secukupnya
Secubit dua garam
2 genggan sagoo mata ikan
1 helai daun pandan - koyakkan dan simpul

Cara-cara:

  • Potong keladi mengikut saiz yang sesuai. Rendam sebentar dalam air garam. Basuh dan toskan. Kukus hingga masak.
  • Sementara itu, rendam sebentar sagoo.
  • Masak santan, susu dan gula. Masukkan daun pandan dan garam. Seimbangkan rasanya. Masukkan sagoo dan masak hingga sagoo jernih dan santan telah mendidih kecil.
  • Sentiasa kacau santan untuk mengelakkan berketul dan pecah minyak.
  • Masukkan keladi dan tutup api.
* saya rebus sagoo secara berasingan dan campurkan semasa menghidang. Ini kerana warna keladi yang sedikit kusam sukar nak catat rating penonton nanti. So masukkan warna-warna pelangi dalam sagoo, barulah ada daya penarik terutama penonton kecil macam Nabiha yang kadang-kala lebih sot berbanding mama dia. 


Scene 3, Take 1, Ngap!

POTATO BUNS


Muahahahahahaha. Helooooo!!! Potato bun dengan perisa kopikah itew? Aduh, jeling ajelah bun hangut ni. Mak Temah lupa nak ubah setting oven. Lepas tu terralit menonton talibesen. Sedar-sedar serbuk kopi dah bertaburan atas bun saya. Hukhukhuk.  


Bawak bertendang. Bila sesuatu perkara terjadi bukan menepati ramalan dan perancangan kita, itu dikira berjaya juga. Tapi berjaya untuk gagal dengan sempurna gitu. Jangan gigit jari. Kunyah aje bun lembut ni. Walaupun ada unsur-unsur kelam di situ  di situ. Uweh uweh. 

Takpe. Takpe. All Is Well.  All Is Well. All Is Well. Tapi saya bukanlah idiot yang ke empat. Hehehe.


Resepi dari Yat yang suka ngomel comel-comel. 

Bahan-bahan:

150g susu segar
1/2 biji telur (kacau sedikit dan simpan anggaran setengah untuk egg wash)
2 sudu besar gula
90g ubi kentang (kupas, rebus, lenyek dan timbang)
350g tepung roti/high protein flour
4g yis segera
1/2 sudu besar marjerin/butter
Secubit garam (saya tambah)
1 sudu besar potato flavour (saya tambah)

Cara-cara:

  • Gunakan bread maker. Jadi anda cuma perlu tunggu mesin tersebut menjalankan kerjanya. Sambil-sambil tu bolehlah buat manicure atau pedicure. Bila dah siap terus peramkan doh dan ikut langkah seterusnya. Atau;
  • Campurkan semua bahan kecuali garam. Uli hingga agak sebati dan masukkan garam.
  • Teruskan menguli hingga doh menjadi licin dan elastik. 
  • Peramkan hingga doh naik dua kali ganda. * Untuk mempercepatkan doh mengembang, peram doh dalam oven yang telah dipanaskan sehingga suam terlebih dahulu. Jangan lupa tutup api oven.  Ataupun masukkan besen air panas di rak bawah oven dan letak bekas berisi doh di rak atas.
  • Bila doh telah mengembang, Keluarkan udara dalam doh dengan menumbuk-numbuknya perlahan-lahan. 
  • Bentukkan sama besar dan susun dalam loyang yang dioles dengan marjerin.
  • Peram sebentar untuk doh mengembang. Jadi semasa disusun dalam loyang, jarak-jarakkan doh.
  • Sementara menunggu doh naik, sediakan kastad. *Jika ikut cara Yat, kastad disediakan terlebih dahulu, tapi saya prefer disediakan lewat sedikit kerana kastad akan cepat mengeras. Ini akan menyukarkan proses untuk pipenya ke atas bun. Selain itu juga, kastad akan kurang licin dan akan putus-putus bila di pipekan atas bun.
  • Sapu dengan egg wash dan pipekan kastad di atas bun. * Lebih banyak kastad lebih sedap kerana bun ini kurang manis.
  • Bakar pada suhu 150 darjah C kira-kira 20 minit. 
Bahan-bahan Kastad:

3 sudu besar gula (saya masukkan 4 sudu besar)
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastad (saya masukkan 1 sudu sahaja)
Secubit garam (saya tambah)

Cara-cara:

Campurkan semua bahan hingga larut. Masak atas api perlahan hingga pekat. Pipekan atas bun.

Sila-sila, alah makan dalam 'gelap', mana ada orang nampak. Hukhukhuk.



APAM LABU



Masih lagi dalam mood warna-warna diraja. Tekak Raja Naga. Saya kongsikan resepi khas untuk sahabat  Puan Pensyarah yang kuat menjegey. Nampaknya dia terpaksa menarik balik kata-kata nesta walapun apam saya ni tak naik dan menggebu macam Muhammad. Tapi rasanya, sampai ada orang mintak bawak balik la. Huihuihui. * Dah tu apam ni berat macam dia, macam mana nak naik. Huihuihui.



Ini apam yang paling paddu. Teksturnya berat, lembab dan lembut. Sedikit sebanyak ada persamaan dengan saya, tang lembut gemalai  tu jelah!. Bukan tang berat tu, tau! 

Selain dari apam ni, saya suka  apam klasik tepung gandum tu. Memang agak kekampungan di situ. Maaflah bukan saya tak sudi, tapi apam-apam moden yang bertekstur gebu macam kapas dan agak kering, memang kurang mendapat tempat di jiwa. 



Pusing-pusing cari resepi ni, tanya Biah Ubun dia suruh pergi tanya Kak Kiah Lompang. Baru je buka mulut nak tanya, Kak Kiah beri isyarat suruh mintak dari Bini Seleman Vespa. Berjuang lagi nak cari resepi ni, pergi pulekk ke Lijah Gondola, dia geleng kepala. Haishh!. Udin Bemban dengan berapi-apinya suruh usha dari Peah Keliwon. Peah angkat bahu. Dapat idea nak tanya Khaty Parmesan, barulah dapat. Fuhhh. Rupa-rupanya resepi ni banyak berterabur serata alam.Heeee


Bahan-bahan:
Sumber : Izah dan Kak Ummi 

Bahan A

3 tbs tepung gandum
1 tbs gula
2 tsp yis segera
3 tbs I swear air suam

Bahan B
240g labu (rebus, lenyek dan ditimbang) * pertama kali saya buat dulu saya letak 300g labu, so apam lagi berat dan lagi ummpphh!
150g gula pasir
150ml santan (saya gantikan dengan susu cair)
1 biji telur

Bahan C
200g tepung gandum
1 tsp baking powder


Cara-cara:
  • Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
  • Campur Bahan B dan kisar halus. 
  • Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati. 
  • Masukkan Bahan A dan kacau rata. 
  • Peram kira-kira satu jam sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Kukus hingga masak. * Saya kukus dalam acuan silikon dan paper cup biasa.

*Tips dari Kak Ummi : Selain dari mengukus dengan api yang besar, untuk mendapatkan apam yang mekar merekah, kukus apam dalam paper cup dan letakkan dalam acuan apam besi (yang berlubang-lubang tu). 



    SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE


    Kalau ditanya yang mana banyak dalam koleksi saya. Sama ada jumlah lemak di badan ataupun resepi kek cekelat? Jawapannya takkanlah lelemak. Uish sedap-sedap aje nak mengata orang gedempol ye. Peratus lemak saya baru 0.007642% je. Paras lemak Amber Chia lebih 0.653% tau dari saya. Kalau setakat Noami Campbell  atau Tyra Banks ke, uhhhh lagi ler. Berpersen-persen lebih. Huihui.

    Saya penggemar coklat tegar. Zaman saya bekerja, dalam drawer saya memang ada stok coklat cadbury. *terpaksa sorok sebab anak buah saya di JD dan Syai memang kaki pow tak hengat.


    Ini kek yang paling ngetop di jiwa murni, kudus, tulus saya. Serius ni. Macam mana seriusnya saya malam kelmarin. Dikisahkan dalam pukul 11.45 malam, kami anak beranak 'tertangkap' Bibik yang keluar rumah dan pergi berborak dengan  pak guard! Suka suki keluar rumah tengah malam. Dan saya tahu ini bukan kali pertama!

    Alasan? Nak kirim beli top-up. Sedangkan saya benarkan dia ke kedai tak kira masa. Rentetan peristiwa? Saya memang telah bersiap sedia jiwa dan raga, zahir dan batin. Bukan saya tak pernah bersusah payah berserendeh hidup tanpa maidLelah sungguh bila memikirkan hal-hal yang melibatkan manusia yang payah untuk mengerti dan memahami apa itu rasa syukur.


    Tapi hati Atin mesti lagi 'sebu' berbanding saya. Pembantunya yang sepatutnya dihantar balik minggu depan, terpaksa dihantar hari ini. Sebab? Hanya jasad Bibiknya akan 'pulang'. Ajal maut rahsia Tuhan. Memang tanjat boboi kaw-kaw kan?.

    Dan, saya masih gagal lagi untuk mengotakan janji masa mula-mula berblog dulu. Tiada perasaan, tiada luahan jiwa lara, tiada sedu sedan. Yang sepatutnya menjadi kandungan blog ini adalah habuan jasmani. Cerita jiwa yang suka atau loya sepatutnya tak dikisahkan di sini.  Tapi, mak tengah gewam! gewam! gewam! 


    Baik. Makan kek sedap bagi hilangkan pening. Dah dua kali saya cuba resepi kek Minah Sengal ni. Antara yang bestest selain dari choc cake di blog Ratu Jello


    Banyak bintang-bintang yang dikutip oleh kek ni. So mungkin bintang dah abis dianugerahkan dek orang lain. So satu Galaksi Bima Sakti saya kasi. Kehkehkeh. 

    Bahan-bahan:
    Sumber : Chef Zubaidah thru Minah Sengal

    *100g serbuk koko (saya masukkan 2 tbs serbuk koko hitam dan selebihnya serbuk koko biasa)
    *200g gula castor
    *1 tin susu cair (400ml)
    *200g minyak sayur
    *250g susu pekat
    4 biji telur
    150g tepung gandum (saya gunakan superfine flour)
    1 tsp soda bikarbonat
    1 tsp baking powder
    Secubit garam (saya tambah)

    Cara-cara:
    • Campur bahan bertanda * dan masak dengan api sederhana hingga dissolve dan adunan menjadi licin. Tidak perlu tunggu hingga mendidih. Sejukkan sebentar.
    • Pukul telur berasingan hingga sebati dan masukkan ke dalam adunan coklat sedikit demi sedikit. Cukup sekadar menggunakan hand whisk.
    • Masukkan pula campuran tepung yang telah diayak dengan soda dan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau rata.
    • Bakar kira-kira 35-40 minit ataupun boleh juga dikukus. 

    PULUT KUNING & RENDANG AYAM


    Bila buat pulut kuning mesti ada acara yang dikaitkan dengan kesyukuran. Macam bubur merah juga.  Tapi Makngah Ainul rasa ada sedikit kekeliruan di situ. Sebab mana datang merahnya tu kan? Mungkin pencipta resepi itu buta warna? Ataupun masa buat bubur tu dalam kesamaran pelita minyak tanah, so yang cekelat boleh nampak macam merah? Kekekeke. Memang menempah naas betul lah ko nih!


    Dulu-dulu emak buat pulut kuning lepas tu hantar kat tempat mengaji untuk makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bersyukur tu sebab anak dia 'naik Quran besar' so tuduhan bahawa anak gadisnya itu bebal boleh ditolak mentah-mentah. Hihi.


    Lepas tu bila dah sampai kat tengah-tengah Al Quran, juzuk 15 kat ayat Wal ya Talatthof  tu. *Sila rujuk bacaan dalam Quran untuk tajwid yang tepat sebab bila ditulis dalam bahasa 1Malaysia, bunyinya akan lari sikit. Mode: Insaf


    Kali ini saya memulut bukan untuk acara kesyukuran saya. Diminta kawan Hajah Datin untuk acara pejabatnya. *Pejabatmu pejabatku jua. Untuk meraikan sesuatu juga. Khabarnya yang ke 61. Tentu banyak pengalamannya. Berapa kalilah agaknya dia menyuap bubur merah ke tekaknya? Operasi buang batu karang? Mungkin rawatan muka secara stim dengan pakej urutan badan? Sudah! Sudah!

    Jemput makan pulut yang syahdu ini. Rendang ayam juga syahdu. Kira yang syahdu-syahdu belaka lah. Semua Ainul punya pasal.Muahahahaha


    Mak Ngah tengah syahdu lagi ni, resepi pulut kat sini atau sinipun ada. Nak merendang,  godek aje kat sini. Syahdu! Syahdu!


    JELLY KELAPA


    Gila bayang? Ye kot. Apa taknya, pepagi lagi saya dah ke pejabat. Macam pergi kerja. Dalam hujan ribut tu. Dengan tak mandinya. Nasib baiklah gigi dah digosok ala kadar, gargle lebih kurang dengan listerine beli satu dapat percuma satu. Perisa lemon. Sebab nanti dah tau dah,  mesti ada adegan comolot dengan rakan-rakan office. Eh ex office. 

    Sampai di rumah, sunyi semula. Yang ada cuma Bibik. Menyapu dan menyapu dengan lemah gemalai  ajelah kerjanya. Naik rimas mak ni. Nak ditamatkan perkhidmatan, saya bukanlah macam Che Un ni yang asyik pegang kain buruk lepas tu lap perabot aje kerjanya. Dari jaman kegemilangan di Sintok, sampai sekarang, sibuk ngan kain buruk. Dasat sungguh. 


    Tak usah berduka. Suap jelly ni sambil terkebil-kebil. Tak sangka anak Fatimah ni rajin sesangat la petang semalam. Takik kelapa dengan Cik Mamat parang tumpol. Bergegar otak. Nasib baik berjaya, kalau tak harus buah kelapa tu saya buat pelampung masa mandi sungai balik kampung nanti. Belum  lagi bab mandi berkemban pastu buat pelampung dengan kain batik tu. Ha, kau ada? Ngeh ngeh ngeh.


    Bahan-bahan:

    983.257 ml air kelapa (daripada 2 biji kelapa)
    Air kosong secukupnya untuk menggenapkan sukatan cecair sebanyak 1 liter
    Gula secukupnya
    Isi kelapa
    4g serbuk agar-agar

    Cara-cara:

    Masak air kelapa yang dicampurkan dengan air dan gula hingga larut. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Kacau rata. Biarkan mendidih  dan masukkan isi kelapa. Sejukkan.

    Pasti gila bayang!


    SPAGHETTI MEAT BALL


    Masih dalam mood tersenyum and say cheese!. Makan kek selembut kapas buat saya dihantui mimpi yang sedikit ngeri. Bukan apa, sambil suap kek tertengok pulak iklan 3 orang mokcik-mokcik 1Malaysia yang tengah promote makanan sihat bla bla bla. Wut eva!

    Tapi saya bisa meneruskan senyuman manis bila membelek cadar perantin Sayang Sayang Baby Amsatun tu. Rasa hati penuh munger mimosa pudica. Selamat menghitung hari!


    Spaghetti yang paling simple dari saya. Juga pilihan untuk lunch yang tak memeningkan kepala kalau keluar bersendirian untuk acara terapi minda. 

    Bahan-bahan:
    Saiz hidangan : 2 orang

    Spaghetti secukupnya
    3 senduk sederhana sos spaghetti bolognese asli (saya biasa gunakan brand Leggo atau Preggo)
    1/2 biji bawang besar Holland (didadu kecil)
    1 ulas bawang putih 
    1/2 sudu dried mixed herbs
    Garam, gula perasa
    Sos lea & perrins
    Olive oil
    Parmesan cheese

    Cara-cara:
    • Rebus spaghetti hingga empuk. Percikkan sedikit olive oil dalam air rebusan. Toskan.
    • Tumbuk kasar bawang putih. Tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.
    • Masukkan mixed herbs dan sedikit sos lea & perrins 
    • Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan meatball dan hidangkan segera. 
    • Tabur parmesan cheese dan say cheese pada 3 orang mokcik 1Malaysia tu. 


    Bahan-bahan (meat ball)

    1 mangkuk kecil daging kisar
    Sedikit lada sulah
    2-3 sudu tepung ubi
    Seasoning sauce
    Garam

    Cara-cara:
    • Gaul semua bahan dan bentukkan seperti bebola. 
    • Rebus dalam air rebusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
    • Apabila telah masak, bebola akan timbul seperti keropok lekor. 
    • Toskan dan hidangkan bersama sos spaghetti wut eva tu!