Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label seafood. Show all posts

TOMYAM MAK

Hari ni UPSR start ye. Ngerngernger. Amekaw mak-mak yang pertama kali menghadapi  anak-anak yang berjuang di medan peperiksaan. Selamat berjuang anak-anak ku, Mikhail dan Zulaiha. Biaq mak hampa dok ketaq lutut situ. Cheq suka! 

Kemain kau jah, ari ni awai gilor saya ke dapur. Bersiap sedia untuk masak juadah berbuka kununnya. Mak aih, dok abih-abih lagi ke pose nam?. Nak buat macam mana. Iman tak dapat diwarisi. Krrrrr. Sang Arjunapun! Pepagi call order itu ini untuk berbuka. Kalau idak, selagi tak berpusing sommersault kepala otak saya nak mikir nak masak apa,  takde maknanya dia nak menyumbang jasa bakti untuk tolong fikir. Diapun samalah. Kes  iman tak dapat diwarisi. Dari seorang ayah yang bertaqwa. Juga tak dapat dijual beli. Heee, baik saya hapal lagu raihan ni daripada ternganga ngadap abang Arun Ajis dalam drama Adam dan Hawa yang tengah melehetopp tu. 
Nanti hirup perlahan-lahan tomyam sedap ni ya. Resepi mak saya yang campak-campak je ni. Tak guna paste tomyam. Kira tomyam jaman dulu kot ek?
Letak kuah tamak-tamak, jadi macam bubur nasi berkuahkan tomyam. Jangan gopoh-gopoh, nanti tersedak. Pedas tu. Keluar  ikut hidung, tak ke klinik Zalfah, KPMC kau dik! Tapi orang sebelah ingat kita tersedak sebab Court Mammoth sebut, instalmen sopa, tiwi, meja sudut meja kopi meja study raya belum bayar. Hukhuk. 
Bahan-bahan:
5-6 ekor udang
1 ekor sotong
2 batang serai (dititik)
1inci lengkuas
2 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi
2 keping asam gelugur * boleh juga digantikan dengan cuka
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
Segenggam cendawan tiram
2-3 helai daun limau purut
Garam dan serbuk perasa
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih dan cili api. Tumis. Masukkan daun limau purut dan serai. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan asam gelugur.
  • Bila kuah mendidih, masukkan udang, sotong dan cendawan. Masak sekejap nanti udang dan sotong tu keras/liat.
  • Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Tutup api.
  • Untuk menambahkan kaw rasa masamnya, perahkan air asam limau semasa menghidang.



KETAM MASAK BLACK PEPPER

Minggu lepas saya ke KB tengok Nuhaa. Minggu ni Nuhaa pulak balik tengok saya. Main gi-mari, gi-mari macam nilah dua beranak ni. Adoi sengkek mak!

Kalau macam ni bukan setakat bajet bawang kena cut, abih semua bajet kena buat semakan semula. Tulah tu, saya senyum-senyum aje bila baca status efbi kawan-kawan pangkat adik  yang baru jadi mak dua tiga bulan. Rungutan dalam kesukaan bila semua tentang anak terpaksa didahulukan. Anak di carta teratas. 
Itu baru melayan karenah anak yang tengah (tengah? masih kot ek) kenit cenonet net. Cer try  pula karenah anak-anak yang dah besar macam mana. Ari ni tepuk dahi, esok raup muka. Lusa tanjat boboi lagi dengan kisah anak,  tulat tubing ada juga yang menangis hiba dek kerna anak juga. Oh ya, bila cerita pasal karenah bebudak ni, ingin saya buat pencerahan dan tegaskan bahawa saya bukanlah anak yang buat mak saya pening kepala kerana saya. Nak bukti? Tanya lah dia. Heee. Sayang mak!

Bila dok menaip di pagi nan dingin ni, syahdu-syahdu teruslah ingat kat mak. Padehal hakikat sebenar, bulan ni baru 3 kali saya call mak. Dasar!

Maaflah kepada yang sakit gatal hidung, gatal mata kalau tengok ketam saya ni. Nak buat macam mana, belum jumpa ubat resdung yang mujarab. Dah tu doalah banyak-banyak sebelum rompong hidung tu bila resdung makan dalam. Huhuhu.

Pelbagai cara masakan ketam boleh jumpa kat kedai seafood. Kalau yang tahap sensitivitinya tinggi, rasa je sikit dah tahu apa bahan yang digunakan. Tapi kalau yang jenis redah macam saya ni, berani-beranilah pergi tanya tukang masak tu.  Untung-untung dia sebut juga bahan-bahannya, walaupun laju-laju sampai tak sempat nak salin resepi. Heee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi resepi dari sebuah restoran Thai
2 ekor ketam (anggaran 850g)
Segenggam kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sudu kicap cair
3-4 sudu sos plum
4-5 sudu sos tiram
Sedikit garam
secubit dua gula
2 pokok daun kucai
Minyak
Cara-cara:
  • Rebuskan ketam dengan air yang minimum. Ketepikan
  • Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Tumiskan hingga agak garing. Masukkan air rebusan ketam.
  • Masukkan sos dan masak hingga pekat.
  • Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan ketam dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api.

SOTONG MASAK DAKWAT

Eeeeeiii kan? Inilah makanan yang paling 'selekeh' saya pernah makan. Makanan paling no no dan  tak boleh letak atas meja pengantin yang dah hias lawa-lawa dengan bunga hidup tapi tak sempat majlis selesai semua orang pakat rembat bunga tak kira kau macam Mak Datin bling bling ke atau kau budak kecik 5 tahun. Semua tak malu pow bunga 'free'. Suka diingatkan kepada saya especially, kalau tuan rumah tak kasi bermakna kita telah merampok itu reta, reti? * Ustazah pilihan bersuara dah!

Mula-mula saya tahu ada juga manusia makan masakan macam ni, saya buat-buat muka yekyekyekyekyek, entah berapa kali geli-geleman lah kunun. Rasa tak boleh terima bila Kak Fauziah (nama sebenar) kata anak beranak dia makan sampai tak hengat dunia. 
Apa lagi. Dengan pengetahuan yang cetek dalam bidang masakan, terus saya call talian hayat. Dan jawapan mak- dia pernah makan masa kecik-kecik dulu. Oh maknanya bukanlah lauk rekaan fantasi Kak Fauziah nama sebenar tu. Heee.

Dan kali pertama saya sanggup menjamah diikuti membaham terus bila siapa lagi dalam hidup saya yang akan saya cayank dia sampai bila-bila sebab dia suka bagi perut saya ketat-ketat dengan masakan dia walaupun spegeti perangat-Cikgu Azimah.
Bila si Cikgu yang kemain lagi bergaya sedondon  baju kurung sampai ke keychain pun warna setona masak lauk ni bila entah, baru saya rasa yakin nak makan. Dan mulalah episod saya pula sukakan lauk selekeh ni. Selekeh tak selekeh, janji hati muda remaja, errr tak paham kaitan.

Jadi, ini  keputusan muktamad. Bila sotong masuk acara masak hitam atau berdakwat ni, dia akan menang mudah ke atas sotong sambal tumis ataupun masak lemak sotong ataupun singgang sotong.  *cuma satu. dakwat sotong tukan adalah pelindung sotong dari ancaman musuh,jadi mungkin kandungannya bukan sekadar 'dakwat' biasa? Ah gasak ar, malas nak gugel cari keburukan dakwat ni!
Bahan-bahan:
Sumber: Cikgu Azimah
2 ekor sotong (kira-kira 300g)
2-3 'beg' dakwat
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Air asam jawa
Garam
Sedikit gula nisan
1 labu bawang besar saiz sederhana-hiasan
1 biji cili merah-hiasan
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa dan gula nisan.
  • Pecahkan beg dakwat dan masukkan ke dalam  kuali. Kacau rata.
  • Masukkan sotong dan masak hingga sotong empuk. Jangan masak terlalu lama.
  • Perasakan dengan garam. Masukkan bawang dan cili merah.


CHILLI CRAB

Saya ada terbaca dalam satu magazine lama dulu pasal 'perebutan' asal-usul masakan ni antara Malaysia dengan Singapore. Biasa la menda sedap semua nak rebut, ye tak?
Ala, tak gerek seyy la menda macam nipun nak jadikan isu rebut tarik-tarik rambut sumer. Hamboi, sesedap mulut aje saya buat statement kat oh murai ni. Sebab bukan saya yang susah-susah cipta resepi yang glamer kat mana-mana restoran mahal ni . Mesti bila order lauk ni terus rasa macam orang hebat-hebat yang baru balik dari persidangan wakil-wakil negara. Heks.

Sebenarnya kalau bukan baca kat magazine tu, mapuh saya ingat ketam bercili ni asalnya dari Thai. Sebabnya saya pernah makan chilli crab yang sangat meninggalkan nostalgia dek kesedapannya di Bangkok 7,8 tahun lalu. Sampaikan saya isap-isap kaki ketam tu dalam perjalanan balik ke hotel. * tak exaggerate memang tak sah minah ni!
Tambahan pulak yang tukang serve tu mek-mek siey yang comey lote putih leppuk muka licin macam gelongsor. Memang jadi terbayang-bayang dik! Tapi tak taulah pula kot-kot saya dimandrem sampaikan ingat ke hari ini. Dasat!

Sekarang musim ketam gamaknya. Di pasar boleh katakan semua gerai ikan ada jual. Cantik dan segar, dan yang pasti berat-berat macam saya ketam-ketam tu. Ikut kata penjual tu bila kita ketuk cengkerangnya dan bunyinya semacam, itu tanda isinya banyak. Entah.
Gugel je resepi, melambak keluar gedebus-bus-bus. Versi ni saya godek-godek ikut dan je. Nak sama macam yang kat kedai jauh sekali, sebab yang ni lagi sedap...muekekeke.
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
*2 labu bawang besar - saiz sederhana
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
5-6 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil rempah kari ikan
2 sudu kecil sos ikan
2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 biji telur
Minyak
Cara-cara:
  • Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
  • Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan rempah kari.
  • Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat. 
  • Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat. 
  • Masukkan ketam dan kacau sebati.
* terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tapi saya kurang suka kerana isinya agak kering berbanding dikukus. 

KERABU SOTONG DENGAN NENAS

Saya berurusan di satu kedai gambar di Bangi beberapa hari lepas. Kedai tu baru. Terpana juga saya melihat  gambar-gambar yang di display menunjukkan kreativiti yang tinggi sang photographer. Dia berjaya merakam momen-momen yang 'rare' dan keluar dari kepompong gambar-gambar biasa yang dipamer di kedai gambar.

Apa yang biasanya kita tengok gambar konvo atau gambar raya sekelorga dengan baju warna setona. Si anak perempuannya pakai kasut hitam dengan stokin ropol-ropol warna putih dan baju kurung terlupa nak butang.

Juga yang paling 'wajahmu di mana-mana' adalah gambar kelorga Dato' Fadzillah Kamsah dalam frame emas pakai baju warna cekelat muda dan isterinya berbaju cekelat sama rona juga. Anak-anak berdiri kat belakang. Klise!
Tapi kedai tu lain. Gambar-gambar trend terkini. Memang menarik dan rasa terbuai dengan kenangan orang lain. Pinjam kenangan orang lain?

Cuma satu. Bila saya melangkah ke kedai tu, saya rasa saya sedang melangkah di 'Green Mile'. Seorang jejaka muka bajet ala-ala Sharnaaz Ahmad sedang berdiri. Seorang lagi wanita berseluar pendek sekerat paha (nasib baik pahanya mulus) sedang duduk sambil menekan-nekan Iphone. *sampai sekarang saya tertanya-tanya kulitnya tu dibuat daripada apa, sebab saya yakin kulitnya itu pasti sangat tahan 'panas' kalau-kalau kena bakar kelak sebelum sempat dia menutupnya. :*


Dua-dua 'tekun' dengan kerja masing-masing. Saya berdiri di depan kaunter dalam 7-8 minit. Terasa macam eh halimunan ke aku ni? 

Saya bagi markah untuk customer relation = 3/10. Knowledge dia dalam customer behaviour saya bagi 2.5 out of 10. How to satisfy customer banyak lagi kena improve. Bla bla bla  lagilah Kakak Kedek merepek.

Nasib baik muka kau ala-ala je Sharnaaz Ahmad, I would say babailah kan. If not, harus kugagahi jua menunggumu di pintu kedai walaupun KO LAYAN  AKU MACAM CINDERELLA. DAH TU PASS KERUSI KAT AKU GUNA KAKI JE DAN TERKENA LUTUT AKU YANG PERNAH PATAH NI! Terbaik!


Tapi bila saya fikirkan balik mungkin servis bagi tengok paha mulus free tu adalah layanan yang terbaik setakat ini. 
Tak ada kena mengena. Ratah je kerabu sotong ni sambil membayangkan kalau dapat saya gigit telinga budak hampeh tu best jugak. Kali ini letak je nenas biar semua warna ada. Oh biru saya tak suka, jadi saya abaikan! Heeee.


Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar
2 tangkai daun ketumbar
1/2 labu bawang besar
1 biji cili besar
2-3 ulas cili api
1 biji tomato
2 keping nenas
Garam dan gula
Perahan jus limau nipis/lemon *boleh juga digantikan dengan apple cider vinegar


Cara-cara:
  • Celur sotong sebentar. Angkat dan toskan.
  • Hiris bawang, cili dan daun ketumbar. Masukkan dalam sotong.
  • Potong nenas dan tomato. Gaulkan dalam sotong tadi. Perahkan air asam limau.
  • Perasakan dengan garam dan gula.

SOTONG GORENG TEPUNG


Jangan suka-suka hati tuduh saya sedang bergumpal dalam selimut walaupun bomi disimbahi hujan dan mata saya sedang menuntut haknya. Makan ke tidur? Tidur ke makan? Saya bungkam. Sukar buat pilihan. Sila teka itu ayat novel Bicara Hati atau ayat dalam drama Gemersik Kalbu? Erkk!


Susahkan jika ada pilihan (tetiba jadi serius macam pemidato budak metrik tahun satu UIA. ) Sebab biasanya kita tamak haloba. Nak dua-dua.  Nak semua sebenarnya.

Okey, saya akan berlaku adil pada setiap tuntutan biologi badan saya. Perut kata pergi makan, saya terpaksa akur. Nanti perut masuk angin, siapa yang susah? Lagi soklan; Tu dialog dari Gemersik Kalbu ke Bicara Hati. Uweh uweh.  Maaf ye peminat surat  drama rantaian, saya mengejek kamu tu.


Lepas makan  sotong ni rasa nak berjerenggeng kat tepi pantai. Mujur-mujur  boleh jeneghe bila muka disapa angin laut.  

Tak ada resepi yang spesifik bila saya menggoreng sotong. Setiap versi berbeza-beza. Untuk edisi terhad hari ini, macam resepi kat bawah ni.


Bahan-bahan:

1 ekor sotong (anggaran berat 300g)
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gorengan ayam (tak ada brand, saya beli yang paket-paket di kedai runcit kat pasar)
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit paprika
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
Garam 
Minyak

Cara-cara:
  • Potong sotong mengikut saiz yang disukai. Lap dengan tisu hingga kering.
  • Bancuh  tepung dengan paprika dan serbuk kunyit. Dalam bekas berasingan, kacaukan telur dan masukkan sedikit garam.
  • Pastikan minyak telah panas semasa memulakan proses untuk menggoreng. Celup sotong dalam telur, kemudian celup pula dalam adunan tepung tadi.  Jika mahukan kerak tepung yang lebih tebal, celup sekali lagi dalam telur dan tepung secara berselang-seli.
  • Masukkan perlahan-lahan  ke dalam minyak.  Minimumkan kerja-kerja membalik-balikkan sotong tu. Juga pastikan ianya digoreng sedikit demi sedikit untuk mengelakkan tepung tertanggal daripada sotong.
  • Goreng hingga keemasan. 
Saya menaip live telecast dari dalam gebar ni. Sotongpun dah habis sepinggan. Maaf, tak bisa memilih. Saya nak dua-dua!

Daaa!  esok nak balik kampung, yabedabedu!!!


SPAGHETTI SEAFOOD CARBONARA RINGKAS



Tiap-tiap hari dapur saya pasti ada stok spaghetti yang siap direbus. Kecualilah jika tiada siapa-siapa di rumah. Memang naik  jemu muak jelak dah tengok rupa paras spaghetti dan rakan-rakan seangkatan dengannya macam macaroni, fetuccini dan rona roni yang lain. Tapi nak buat macam mana. Itulah makanan ruji anak sulung yang entah bilalah nak makan nasi sepanjang 12 tahun dia bernafas. 


Cuma bila teringatkan ada sedikit stok kepah dalam simpanan, saya buat ajelah sos carbonara untuk disahabatselamanya dengan spaghetti ini. 


Sepanjang saya makan spaghetti dengan sos carbonara di beberapa kedai yang ala-ala mewah ataupun ala-ala boleh mendatangkan marah, tiada satupun rasa yang sama. Jadi saya sendiri tak tahu macam mana rasanya yang asli. Banyaknya dah di 1Malaysiakan. Jadi versi ini juga telah saya terjemahkan mengikut bahan-bahan yang ada serta suka-suka kepala hotak haku untuk letak ramuan apa. 


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya (titiskan beberapa titik olive oil dalam air rebusan. Rebus hingga empuk.
1 1/2  mangkuk kepah (celur sebentar)
1 mangkuk kecil udang (celur sebentar) * kali ini saya tak celur dulu udang - terus je masukkan dalam sos, jadi kuah akan menjadi sedikit merah kerana air udang turun. Tak cantik! :(
2  cawan heavy cream (boleh juga digantikan dengan susu penuh krim/susu segar/ bancuhan susu tepung)
1/2 labu bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah
1  sudu kecil mixed herb
1/2 cawan shredded cheddar cheese
Setangkai daun selasih
Sedikit olive oil
Garam dan gula
Parmesan cheese


Cara-cara:
  • Masukkan beberapa titis olive oil dalam air rebusan. Rebus spaghetti hingga empuk. Tos dan ketepikan. 
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumiskan dengan sedikit olive oil. 
  • Masukkan pula bawang yang didadu kecil. Masak hingga bawang layu. 
  • Masukkan heavy cream, mixed herb dan daun selasih yang dihiris kasar.
  • Masukkan shredded cheese sedikit  demi sedikit dan kacau hingga ia larut.
  • Seterusnya masukkan kepah dan udang. 
  • Gaul sebati dan perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. 
  • Gaul dengan spaghetti dan taburkan parmesan cheese untuk dinikmati. 


TOMYAM SEAFOOD BERSANTAN CHEF PHAKDI


Tahun 2006/2007 merupakan tahun yang sungguh mengujakan dalam kerjaya saya. Saya ditugaskan dalam bidang yang  100% berbeza dari kelulusan dan juga pengalaman saya sebelum-sebelumnya. Keselamatan dan kebersihan makanan. Hurm ada perkataan makanan, memanglah  I like like like.


Berkenalan dengan orang-orang hebat dalam industri makanan, bermula dari pegerai sampailah ke jawatan-jawatan tertinggi di hotel-hotel terkemuka. Best betul bila asyik dapat makan free kat hotel dan kita dilayan bagai VVIP. Yang kurang best bila kena menyelami hamis hanyir hingga ke susur longkang gerai dan juga kedai makan. Tapi mak ok jer!


Salah seorang dalam 'kenalan' saya tu adalah Chef Phakdi. Anak jati Golok yang pekat betul skiping Kelantan walaupun merata restoran terkemuka dunia dia telah menabur bakti . Dia tidak terkenal di Malaysia. Tetapi dia telah membina empayar dan jenamanya sendiri di merata dunia. Bila tengok resume dia, wow! Bukan calang-calang orang dan terlalu kerdil pula rasanya saya bila ditugaskan untuk menilai dia.




Banyak yang dia kongsikan. Salah satunya resepi tomyam ini. Ini yang paling ringkas dari dia. Yang penting banyak tips yang berguna. Contohnya, jika buat tomyam, seafood kurang menyengat jika digandingkan dengan binatang darat. Sotong pula sebenarnya tidak ngam bila disatukan dengan udang. Banyak lagi. Banyak juga yang dah dibawa angin lalu. Mokcik lupa! Sowi...


Tomyam ni memang menyengat. Kena hirup perlahan-lahan. Jika tidak boleh tersedak dibuatnya. Mulalah tuduh orang tu, orang ni sebut-sebut nama kita. Padahal gelojoh tak hengat.

Bahan-bahan:
Sumber : Chef Phakdi
Saiz hidangan: 1-2 orang

2 ekor sotong bersaiz besar
Cili api
2 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 inci lengkuas
Daun limau purut
1-2 batang daun kesum
Asam keping
1 cawan santan
1/2 cawan hirisan kelapa muda  (yang ala-ala berhingus tu)
Daun ketumbar
1 biji tomato
2 sudu besar pes tomato
Garam dan perasa
Pes tomyam
*Cara Chef Phakdi : masak hingga pekat stok kepala udang, cili kering dan serai yang dikisar  halus

Cara-cara:

  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumiskan hingga garing. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit air dan pes tomyam.
  • Seterusnya masukkan santan, sos tomato, cili api dan asam keping.
  • Masukkan pula sotong, isi kelapa dan tomato. Koyak-koyakkan daun ketumbar dan daun kesum dan masukkan sekali.
  • Seimbangkan rasa masam masin pedasnya. Perahkan asam limau semasa menghidang untuk lebih rasa masam.

*Tomyam yang kaw adalah bila kita hirup sekali semua rasa akan menerjah tekak. Masam, masin, pedas dan sedikit manis. Sila sediakan tisu banyak-banyak sebab nanti  ari hidungpun boleh menitis dalam mangkuk. Mulalah pelik kenapalah tak habis-habis tomyam dalam mangkuk tu.Kehkeh.  



KUPANG TUMIS HERBA

Kalau  ke pasar borong Selangor, mesti saya beli kerang-kerangan. Tak kisahlah lala ke, bambo clam atau kupang. Tapi masa nak  beli kerang-kerangan ini, saya macam terpana pulak. Kupang ke lala. Budak tu kata lala. Tapi setahu saya, lala tu leper sikit.


Sebenarnya ada dua tiga jenis kerang-kerangan ni yang saya tak tahu nama sebenarnya. Dah bahasa tak rajin nak mencari nama-nama sebenar mereka itu, so meneka dalam kesamaran ajelah. Tak apalah, dah habis kena makanpun. Rupanya yang jenis ni isinya cenonet je. Kan bagus kalau sayapun ada 'isi' sikit cam lala (?) kupang (?) ni.

Selalu-selalunya saya masak main tuang-tuang je sos apa yang ada kat rumah. Lepas tu rekalah nama bagi gempaq sikit. Sang Arjuna nyengih ajelah bila saya merapu letak nama yang ala-ala Jamie Oliver. Huihui.





Kali ini saya masak kupang ni ala-ala pan-fried scallop with herbs and balsamic vinegar dari buku Jamie Oliver, Jamie's Kitchen yang saya beli masa ke Big Book Wolf 2011 di MAEPS dulu. Macam sedap pulak tengok macam-macam daun dia letak. So ini adaptasinya. Wangi betul aroma paduan dedaunan bergaul mesra dalam kuali. Sedap banget tau!


Bahan-bahan:
Adaptasi dari  Buku Jamie's Kitchen (Jamie Oliver)

1kg kupang
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Sedikit halia (ditumbuk kasar)
2-3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili (saya gunakan sos cili Lingham's)
7-8  biji cili api (diketuk kasar)
1 batang serai (dititik)
1-2 tangkai daun ketumbar
3-4 helai daun limau purut
1-2 tangkai daun basil
1-2 tangkai daun parsley
1-2 tangkai daun pudina (petik hasil pertama dari 'ladang herba' saya..kekeke)
Garam, gula dan serbuk perasa
Sedikit apple cider vinegar
Minyak





Cara-cara:

  • Tumis bawang putih, halia hingga agak garing. Masukkan serai dan semua jenis sos. Kacau sebati.
  • Masukkan kupang dan kacau hingga naik wap. Masukkan cili api, apple cider vinegar  dan dedaunan herba  yang dipotong kasar-kasar.
  • Perasakan dengan garam, gula dan perasa (jika suka). Tutup sebentar kuali dengan tudung periuk/pengukus untuk mempercepatkan kupang masak. Apabila kulit kupang kelihatan terbuka, tutup api.