Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label daging. Show all posts

DAGING MASAK MERAH

Semenjak Sang Arjuna berkecimpung dalam arena asyik-asyik kena beli seluar baru sebab seluar lama dibuat dari kain yang tak bermutu ala-ala jut yang suka-suki hati seluar tu je nak mengecilkan diri dan tertunduk malu macam pokok semalu. Nyampah! 

Jadi untuk menjadikan Si Suami tadi tu sentiasa berada di takhta keunggulan, saya kena beli seluar yang lebih bermutu. Masalahnya seluar yang 'bermutu' itew haruslah bersaiz bak umur ai ni.  27 tahun. (tu tak masuk cutilah. Kalau campur sekali PH, cuti jaga anak, cuti buat-buat MC sebab nak pergi JCard Day, adalah lebih kurang 39 tahun JER!) Kekeke.

Gilos, kena beli seluar yang bersaiz hampir2 dengan umur memasing tuuuu!. Hampir aje tau! 
Jadi untuk tidak menambahkan kehebatan dia berbelanja dan sayapun 'terpaksa' berbelanja sama, dia nekad. Si dia sedang mencucuk belon-belon udara di perut dengan melakukan aktiviti yang agak berfaedah di situ ya kawan-kawan. 

Saya? Apa cehelop nak beriadah sama. Selagi mak mertua saya masih mengaku saya ni menantu, hey walleiwallei la saya nak naik antu bersenam-senam heh! Tak koser mak!

Lama tak masak daging. Nasi pun, (eceh!) dah lupa cemana rasanya. Uhui!

Yang, ai ratah jelah sumer lauk ni ye, yu 'mengambinglah' sensorang makan salad tu. * Bini yang layak dimasukkan dalam guni!

Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil daging (anggaran 300g)
2 senduk kecil cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 keping gula nisan *gantikan dengan gula perangpun boleh
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
Air asam jawa
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara:
  • Perap daging dengan gula nisan, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. * Saya perap kira-kira 3 jam.
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tumis bersama cili kisar hingga naik minyak.
  • Masukkan daging  dan sedikit air. 
  • Renehkan. Tambah lagi air jika daging masih belum empuk. Masukkan air asam jawa.
  • Masak hingga agak kering. Masukkan bawang besar dan masak hingga layu. Tambahkan gula nisan jika belum cukup manis.
  • Seimbangkan rasa masam masin manisnya. 

BEEF LASAGNA

Terkuat pula sendawa perisa oregano dan herba-herbaan barat. Dari semalam. Heeee. Jarang sebenarnya saya nak bertindak balas  secara positif dengan sisa-sisa gen-gen rajin dalam badan. Bukan apa, bila aktifkan gen-gen rajin, semua anggota badan kena bergerak.Siku, betis, kepala, tumit dan pinggul kena bergoyang-goyang untuk menyudahkan apa yang telah dimulakan tadi.

Tapi menurut rekod peribadi, bahagian tubuh saya yang paling bergerak aktif adalah dagu. Mungkin kelajuannya boleh menyamai enjin kapal terbang baja. Tahap kuasa kuda juga boleh meningkat 4,5 kali ganda.

*Memang kerbau!
Comel apa kerbau. Bukannya kacau orang. Duduk diam-diam, kunyah pelan-pelan. Bukan habispun rerumput kalau dia mengunyah 24 jam sehari tanpa henti.

Samalah. bukan habispun makanan dalam dunia ni kalau saya juga bertindak comel seperti kerbau. Cuma saya suka kunyah lahap-lahap. 

Tak apa, tak perlu usaha keraspun untuk memahami tulisan orang yang tengah mabuk lasagna dan yang selalu guna minda di bawah sedar macam saya ni.

Lasagna versi tiada pengkhususan. Untuk versi molek-molek dan cun-cun boleh cari di internet. Melambak. Ini versi kerbau comel. 

Cuma dalam sistem khidmat pesanan ringkas saya tengah menaip "lasagna tu sila rebus dulu ya! Kuakuakua"
Bahan-bahan lasagna:
4 keping lasagna (saya guna yang bersaiz 3in x 8in)
Cheddar cheese secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya
Parmesan cheese secukupnya
Minyak

Cara-cara:
  • Rebus lasagna menggunakan air yang banyak. Masukkan beberapa titis minyak ke dalam air rebusan.
  • Rebus separa empuk sahaja. Asingkan lasagna untuk mengelakkan ia pecah dan melekat antara satu sama lain. Ketepikan.

Bahan-bahan sos daging: 
Saiz hidangan: 2 orang (tulis je tu - padahal bedal sensorang)

1 mangkuk kecil daging kisar *saya kisar kasar-kasar
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
1/2 batang carrot (didadu kecil)
1/2 batang cellery (didadu kecil)
1/4 sudu teh dried oregano
1/4 sudu teh mixed herbs
Garam/gula/perasa
Olive oil/butter

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih bersama cili kisar hingga  garing. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan sos, herba-herba dan bawang besar. 
  • Masukkan carrrot dan cellery. Masak hingga daging empuk.
  • Seimbangkan rasanya.
Bahan-bahan untuk bechamel sauce:

1 cawan susu segar
1/2 cawan cooking cream (whipping creampun boleh)
1/2 labu  bawang besar (didadu kecil)
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam
Garam

Cara-cara:
  • Panaskan susu dan cream hingga mendidih kecil. Masukkan bawang dan serbuk lada hitam.
  • Bancuh tepung dengan sedikit air dan campurkan ke dalam adunan susu.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masak hingga mendidih dan sos menjadi pekat.
Cara-cara untuk assemble lasagna:
  • Tuang sos daging ke dalam loyang. *Juga boleh menggunakan disposable aluminium mould.
  • Tuang pula sos bechamel. Tabur cheese dan susun kepingan lasagna hingga menutupi keseluruhan sos.
  • Ulang hingga habis.
  • Tabur cheese di lapisan atas lasagna dan bakaar pada suhu 150-160 darjah C kira-kira 12-15 minit.

LAMB CHOP

Minggu ini hampir berakhir, tapi masih belum ada apa-apa hasil yang boleh dianggap munasabah dari saya. Oh ada satu. Buang ulat yang makan daun pokok limau kasturi. Bubuh baja sikit. Tapi termati pulak pokok kunyit kat sebelah sebab baja tu main tabur-tabur ikut dan dan tak ikut sukatan. Itu jer?? 
Jadi suri rumah (jobless mom sebenarnya sebab peranan saya tidaklah sesuri mana so far) bukanlah impian asal saya. Jika ditanya impian semua orang, for sure semua  ingin hidup bersenang-lenang berpesta rumba sambil merias kuku yang mungkin bercagu dan merawat kulit muka kering kerana menggeletis nak mencuba juga 'SK Dua' walaupun orang dah kata jangan monyet jangan. 
Tuntutan sebagai suri di jiwa dua generasi penghuni rumah tangga sangat besar  ya puan-puan sekalian. Hendak tak hendak saja bezanya. Zaman-zaman Kak Temah di alam kuat menderhaka dan suka bagi dosa percuma pada suami dulu, lepas tu sikit-sikit majuk, sikit-sikit merungut bila Sang Arjuna tak membantu laksanakan tanggungjawab sebagai lelaki budiman yang romantikus di amus. Itu zaman sedang berkelubung hitam kelam pekat jahat. 
Mari keluar  dari kepulan asap hitam itu sayang-sayangku. Bangun bersama dan kita bina kebahagian dalam rahmat dan berkat. 


Buang tebiat ke perempuan kerepot ni memalam hah? 
Lama juga tidak memasak kewestern-westernan. (Perkataan baru diwujudkan semata-mata untuk catatan di entry ini. Lepas ni akan dihapuskan serta-merta untuk mengelakkan perbalahan suku kaum Senoi dan Negrito)


Bahan-bahan:
3 keping lamb (bahagian shoulder)
*3 sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
*Sos barbeque pedas (saya guna Brand Knorr)
*Paprika
*Dried rosemary
*Garam


Cara-cara:
  • Perap semua daging dengan bahan-bahan yang bertanda * kira-kira 3 jam.
  • Sapukan dengan sedikit minyak zaitun dan bakar hingga masak.
  • Hidangkan dengan mint sauce ataupun BBQ  sauce.

* Kali ini saya tak sediakanpun sos BBQ. Jadi tiada rupa hanya kata-kata di bawah buat rujukan di kala perlu ya! :)


Bahan-bahan sos BBQ:
Sumber : Satu-satunya kakak terchenta-Cikgu Azimah


1 tin susu cair (boleh juga digantikan dengan krim masakan)
1 labu bawang holland -didadu
2 genggam cendawan butang-Kisar
lada hitam
Sos tiram
Sos wosterceshire
Garam dan gula
Minyak zaitun
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan susu/krim dan cendawan. 
  • Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Juga sos-sos yang  berkaitan.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.

SPAGHETTI MEAT BALL


Masih dalam mood tersenyum and say cheese!. Makan kek selembut kapas buat saya dihantui mimpi yang sedikit ngeri. Bukan apa, sambil suap kek tertengok pulak iklan 3 orang mokcik-mokcik 1Malaysia yang tengah promote makanan sihat bla bla bla. Wut eva!

Tapi saya bisa meneruskan senyuman manis bila membelek cadar perantin Sayang Sayang Baby Amsatun tu. Rasa hati penuh munger mimosa pudica. Selamat menghitung hari!


Spaghetti yang paling simple dari saya. Juga pilihan untuk lunch yang tak memeningkan kepala kalau keluar bersendirian untuk acara terapi minda. 

Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya
3 senduk sederhana sos spaghetti bolognese asli (saya biasa gunakan brand Leggo atau Preggo)
1/2 biji bawang besar Holland (didadu kecil)
1 ulas bawang putih 
1/2 sudu dried mixed herbs
Garam, gula perasa
Sos lea & perrins
Olive oil
Parmesan cheese

Cara-cara:
  • Rebus spaghetti hingga empuk. Percikkan sedikit olive oil dalam air rebusan. Toskan.
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.
  • Masukkan mixed herbs dan sedikit sos lea & perrins 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan meatball dan hidangkan segera. 
  • Tabur parmesan cheese dan say cheese pada 3 orang mokcik 1Malaysia tu. 


Bahan-bahan (meat ball)

1 mangkuk kecil daging kisar
Sedikit lada sulah
2-3 sudu tepung ubi
Seasoning sauce
Garam

Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan bentukkan seperti bebola. 
  • Rebus dalam air rebusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
  • Apabila telah masak, bebola akan timbul seperti keropok lekor. 
  • Toskan dan hidangkan bersama sos spaghetti wut eva tu!

DAGING BURGER HOMEMADE


Sekarang ni mesti  owner 'Donut Epal Besar' tengah atur strategi baru. Sebabnya ada donut yang lagi marbeles dan gorjes  dari yang jual kat situ. Gasak. 

Mana donut yang berjaya menumpaskan donut kat Epal Besar tu? Kat  Blog Izah dah bongkarkan segala-galanya tentang rahsia kegebuan donut. Itulah Epal Besar, dulu kau Cakap Besar sangat. Ngehngeh.



Tapi owner-owner kedai lain jangan duduk goyang kaki dan rasa selamat sangat ya. Korang bukannya ada pin kebal. Ni ada pula pesaing baru korang. 

Jaga-jaga ya Mekdi. Ini burger Mekchah akan mengambil alih pasaran dalam masa terdekat. Kehkeh.*dia ni kalau sewelnya menyerang, memang tak kira masa!



Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 3 keping 

2  mangkuk kecil daging/ayam kisar
Serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah - diracik halus
Paprika
Sos lea & perrins
Garam

Cara-cara:
  • Gaul semua bahan. Bentukkan seperti bulatan. 
  • Leperkan bergantung kepada ketebalan yang diinginkan.    
  • Bakar dalam non-stick pan yang telah dioles dengan sedikit marjerin. Masak hingga garing. Hidangkan dengan roti. Oh nasib baik guna roti gardenia, kalau tak dengan pasaran roti sekali mokcik control.Uweh uweh uweh.



DAGING MASAK HITAM



Oh! Saya isytiharkan hari ini adalah hari hitam sedunia. Mentang-mentang saya bercadang nak masak daging hitam. Ada lagi yang lebih hitam dari tu rupanya. Huuu. 

Bila Chah ke Dapur memang dengan semangat berkobar-kobar untuk menyediakan hidangan, tapi tiba-tiba Chah tertidur pula. Lenaaaaa diulit intan. Sambil perap daging, sambil rebus ubi. Konon-konon nak buat minum petang. Baring-baring, pejam-pejam. Terus xy zzzzzz.  Tiba-tiba terdengar bunyi kelentang kelentung kat dapur . Dengan kelajuan 200km/h saya sampai ke dapur dalam masa 0.00001 saat saja. Ubi kuning bertukar wajah, periuk mak mertua bagi dah rentung serentungnya. Lalalalalala. Riang dan gumbira je rasa dalam hati. *Dushhh atas hidung sendiri.


Dalam hati kata, takde apa..takde apa.. ada yang lebih dahsyat. Sebab kejadian tengahari tadi tu merupakan kes terpencil je dalam hidup saya. Heeee. Pernah dulu saya rebus sup ayam untuk bekalan Nuhaa, dari pukul 6.30 pagi sampaiiiiiiiiiiiiiii balik kerja 5.30 petang. Hancur lebur jadi debu semua tulang-temulang ayam. Bontot periuk tertinggal atas dapur, lekang! Kehkeh. Satu rumah berbau macam kilang bakar arang batu. * Dush lagi



Life must goes on. Daging masak hitam tetap jadi. Tinggalkan yang lara, ayuh kita raikan cinta dengan daging yang hitam itu menawan ni.

Bahan-bahan:
2 mangkuk daging (anggaran 400g)
Kicap pekat manis
Sos tiram
Seasoning sauce (saya gunakan brand Maggi)
2 inci halia
4 ulas bawang putih 
2 senduk kecil cili kisar
*1 sudu kecil buah pelaga
*1 sudu kecil bunga cengkih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*1-2 batang kulit kayu manis
*2-3 kuntum bunga lawang
Minyak
Air secukupnya
1 labu bawang besar (untuk garnishing)

Cara-cara:

  • Potong daging anggaran selebar dua jari. 
  • Basuh dan toskan. 
  • Tumbuk halia dan bawang putih. Lumur pada daging. 
  • Masukkan kicap, sos tiram dan seasoning sauce pada daging dan gaul rata. Perapkan kira-kira 2 jam. * Makin lama perap daging semakin lembut dan makin hitam warnanya.
  • Tumbuk bahan bertanda * . 
  • Tumiskan cili kisar. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga naik bau. 
  • Masukkan daging dan air. 
  • Masak hingga pekat dan daging empuk. Tambah lagi air jika perlu. 
  • Masukkan bawang dan masak hingga bawang layu. 
Buangkan kisah duka ubi rentung, buka lembaran baru yang indah dengan daging yang sangat yummeh ini. :)


DAGING MASAK LEMAK CILI API


Di rumah saya memang jarang kehabisan stok daging. Kadang-kadang stok semasa masih ada, dah di top-up stok baru. Begitulah bestnya menjadi menantu seorang tokey lembu.  Itu jugalah sebabnya ahli-ahli rumah saya semuanya  ‘berdaging’ lebih. Huhu.
Kadang-kadang sampai saya  tak tahu nak buat apa dengan daging lembu yang banyak-banyak ini. Mulalah dikitarkan dengan resepi yang sama saja. Bosan ah! Tapi jangan bimbang, kenikmatan akan jelas terpancar. Jika dimasak sepenuh jiwa raga. Tanpa digigit rasa terpaksa.  Atau dihambat perasaan lemau dan payau.

Bahan-bahan:
½ kg daging
4 batang serai (2 batang dikisar dan 2 batang lagi dititik)
10-12 biji cili api*
5 ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
2-3 cawan santan
Daun kunyit
1-2 keping asam keping/gelugur
Ubi kentang
Garam

Cara-cara:
  • Potong daging dan rebus hingga agak empuk. Jika daging  telah empuk dan air rebusan masih banyak, gunakan air tersebut untuk memerah kelapa.
  • Kisar bahan bertanda *. Jika anda tidak kisahkan jumlah lelemak  yang akan masuk ke perut nanti, pilihan ada di depan kamoo. Tumis atau tidak. Terserah.  Tak perlu bermasam muka disebabkan isu ini. 
  • Masukkan daging dan bahan kisar ke dalam santan. Juga  asam keping dan ubi kentang. Jangan lupa pula daun kunyit dan serai yang dititik tadi. Masak dengan api perlahan hingga pekat dan rasanya sudah mencapai gred mumtaz. Jika belum mumtaz, tambahkan  apa yang patut, ataupun masak aje semula.