Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Resepi Bonda Air Tangan Anakanda. Show all posts

HOMEMADE CENDOL

Sedang mengemaskini profile  peribadi saya. :) 

Saya adalah anak ke dua tukang gunting rambut yang love forever sayang ketat-ketat muah muah kat makcik kantin aka penjual pisang goreng aka penjual cendol. Hee

Ye, saya memang tak 'bertuah' sebab tak dilahirkan sebagai anak doktor, majistret ataupun ahli musik. Anak orang kaya-kaya.
Mangkuk pink inilah mangkuk cendol mak saya masa meniaga dulu. Semangkuk cendol penuh kasih sayang mak untuk customer harganya cuma 20 sen. ^___^
Kalaulah saya bukan anak tukang gunting dan peniaga cendol, mungkin jaman kecil saya kena hidup penuh proper-proper dan propa-propa. Takkan ada istilah pernah jatuh longkang, curi mangga lepas tu kepala kena baling botol dek tuan rumah, mandi sungai guna pelampung buah nyor ataupun sakit perut dan biru mulut sebab makan buah senduduk. 

Sebab mak saya meniaga cendol lah saya pernah kena libas tangan sebab mencuri buah kuini. Bila mak libas, dia libas-libas sedap. Libas nak reti bahaser kan kamoo. 
Mungkin kalau saya anak majistret yang kaya, kejadian mencuri buah kuini mungkin berlaku juga. Libas tetap kena libas. Tapi mungkin libasan dari pembantu rumah yang dikerah majikan. Atau saya yang libas pembantu rumah sebab ada unsur-unsur 'Anakku Sazzeli' di situ. 

Bukan apa, sebagai majistret, bapak atau mak saya sangatlahhh sibuk dengan kes-kes mahkamah terutamanya banyak benar 'video game dalam kelambu' yang dia nak kena buat penilaian. Haih! Eh jaman tu belum ada video ye? 

Ok. Tak ada sebarang kaitan dengan anologi di atas. 

Tapi, sebab cendol sedap ini jugalah mak saya terkenal di kampung. Well, mungkin agak exxagerate di situ. Ai kesah kew? Sejauh mana benar atau sepalsu mana cerita saya; yang penting sekarang bawak masuk je cerita hangat, pasti orang terima tanpa usul periksa. Hergh!

Cendol mak memang ngetop seh. Saya perhati ramai cikgu sekolah saya mesti singgah gerai mak pekena cendol 2 mangkuk dengan laksam. Pergh. Sebab tulah kat sekolah saya asyik dapat nombor satu aje. Hui!
Ini bukan resepi asal mak. Lagipun ingat saya ni ada kemahuan ke untuk mengisar beras segala bagai. Resepi asal mak of course gunakan beras kisar, yang mana kerja-kerja mengisar beras dilakukan dengan mengelatnya oleh saya sebab cepat siap cepatlah boleh terjun sungai. :)
saya gunakan acuan maruku ni untuk buat cendol tu. Oleh sebab ni acuan tembaga (taklah tembaga sangat) jadi saya balut dengan kain semasa mengisi adunan untuk mengelakkan rasa panas
Bahan-bahan:
2 cawan air daun pandan (kisar 2 cawan air dengan 4,5 helai daun pandan)
1/2 cawan tepung beras 
1 sudu kecil tepung ubi
Sedikit kapur makan
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Sediakan bekas besar. Isikan air sejuk/paip
  • Campur semua bahan dan kacau sebati.
  • Pastikan tepung telah dissolve sempurna.
  • Masak atas api sederhana hingga berkilat dan timbul letusan-letusan (mendidih) kecil.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam acuan cendol.
  • Tekan perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi air tadi.
  • Hidangkan sebagai ABC atau boleh digunakan untuk membuat puding atau juga kuih talam.
*Pastikan buat cepat-cepat kerana adunan yang keras menyebabkan sukar untuk mendapat  cendol yang panjang dan licin.


TEPUNG BUNGKUS/PUTERI DUA SEBILIK

Err apa kaler bilik awak? Bilik saya ada macam-macam paduan warna. Sebab kena conteng. Hergh tensi!

Kecik-kecik dulu selalu berangan nak ada bilik sendiri. Nak ada katil kecik yang himpit tepi dinding lepas tu ada meja kecik juga alas dengan lacey table cloth dan ada lampu tidur. Macam dalam cerita bersiri Eight is Enough tu. kat dinding ada poster Duran-Duran koyak tengah majalah URTV Abang Lan jiran sebelah. Lepas tu nak ada langsir dua lapis. Satu ikat, satu lagi biarkan lepas kena tiup angin terbuai-buai masuk rumah. Pergh berangan.

Walaupun saya tidur atas tilam nipis   tanpa cadar  tapi saya tetap lena diulit intan. Cuma sekali-sekala tersedar mak ada kat tepi telinga dok check nyamuk kot-kot masuk kelambu hijau. Jaga-jaga kalau terpijak kelambu tu licin sebab dia cuma kelambu yang dibuat dari plastik yang lama-lama mudah tergulung tepinya. Untuk mengatasi isu tersebut, sendallah dengan bantal.

Tapi bila dah masuk kelambu dan ready untuk tidur, tetiba rasa nak terwiwi memang stress giler ah sebab kena keluar dari kelambu, pergi bilik air, masuk kelambu dan kena sendal lagi bantal-bantal tu semua. Adeh!
Ni dah bangun tidur. Mula dah tekak nakkan kuih lama-lama. Al maklum ada pokok kelapa belakang rumah. Tapi disebabkan tak adalah pulak monyet untuk tolong panjat ambik buah kelapa, so saya terpaksalah beli aje kelapa parut kat kedai bawah.

Ibuk-ibuk sekalian. Nak buat kuih lelama ni kalau boleh guna santan asli ok. Barulah nostalgia tu meresap masuk melalui semua rongga  dan hantar isyarat ke otak- oh oh oh indahnya hidup ini. Ha gitu. 
Kuih kesukaan semua orang. Ada yang namakan tepung bungkus sebab adunan tepung yang kena bungkus. Kalau adunan tu dibungkus lepas tu dihentak, mungkin namanya tepung hentak. Agaknyalah.



Lagi satu orang panggil puteri dua sebilik kan? Dua orang puteri berkongsi bilik atau dalam rumah tu ada dua bilik? Apa-apalah. 


Kuih saya ni saya 'catkan' sikit biliknya. Mengenangkan ai yang tak suka membazir ni guna daun pisang yang dah hampir legam, jadi kenalah cover-coverlah bhai dengan kaler sikit. Tak adalah warna kelat daun pisang kecut ai tu terbawak-bawak pula aura legamnya kat kuih tu kan.

Versi kesukaan FIL ada kat SINI


Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa inti - diparut
(cara menentukan kelapa yang sesuai untuk membuat inti ialah kulitnya hijau, sabutnya masih basah dan tempurungnya belum hitam)
1 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
1 helai daun pandan
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam
Cara-cara:
  • Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
  • Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
  • Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
  • Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih  memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai.  Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.


Bahan-bahan  pembalut inti:
1 cawan tepung pulut
Air secukupnyaPewarna yang disukai (jika perlu)
Cara-cara:
  • Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan  dan balut inti. Ketepikan.
Bahan-bahan badan kuih:
½ cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya (untuk membungkus kuih)
Cara-cara:
  • Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
  • Masukkan garam dan daun pandan.
  • Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit  berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bintilan/ketulan tersebut akan hilang.
Cara untuk assemble kuih :
  • Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.  
  • Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur. Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik.  
  • Bungkus dengan kemas.
  • Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus,  biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.
    * Cara lain untuk memastikan sama ada kuih telah masak atau tidak, daun pisang pembalut kuih akan kelihatan sedikit terbuka dan mengembang.




LOMPAT TIKAM

Okeh. Mari makan lagi. Lek ar! Bila yu olls lepak sini maknanya kena bersantai-santaian dengan makanan bukan mengingati kerja bermati-matian.  

Tapi , jaman saya kecik-kecik dulu mak ayah memang kerja bermatian-matian.  Untuk menggendutkan perut saya 5 beradik. :(

Antaranya-lompat tikam ni. Ye, mak masak dan senget-senget pinggang   junjung  dulang lompat tikam ni ke gerai jualannya. Tapi gerai mak tu tidak ler seglamer gerai yang disewa ribus ribun regenya macam dalam Pavillion. Cuma sebuah gerai senget di tepi pohon rambutan depan rumah Mak Long Meriam.
Maknanya saya ni anak makcik kantin aka anak pegerai MPKj. Eh bukan. Tidak wujud apa-apa majelis daerah lagi kot jaman tu. Ala, jaman awal 80-an. Jaman seluar yengki baju kemeja butang atas tak kancing. Senang citer jaman      menyampah ke Farok rambut kinting dalam Gila-Gila Remaja tulah!

Jaman tu, mana ada masa heh pihak pemerintah nak fikirkan buat program hensem-hensem untuk kemajuan wanita desa dan luar bandar. Lagipun jaman  tu semua nak tunggu esok. 

Bila mak saya tanya bila boleh dapat lesen gerai, orang pejabat jawab 'Esok Masih Ada' dan suruh mak 'Menanti Hari Esok'. Minggu satu lagi mak pergi tanya, diorang jawab 'Tiada Esok Bagimu' pulak. Huh, dasar!

Heee. Seronok ada mak yang perghss teres giles masak sumer-sumer tu. Sekarang saya rasa macam sayapun dah teres giles yu olls buat lompat tikam sedap macam sentuhan berapi mak tu. :)
Sayang mak! 

Bahan-bahan lapisan hijau:
2 cawan air daun pandan (saya kisar 2 cawan air dengan 4,5 helai daun pandan)
1/2 cawan tepung beras (resepi mak dulu-dulu menggunakan beras yang dikisar)
Sedikit kapur makan
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Campur air daun pandan dengan tepung dan kapur. Masukkan juga garam.
  • Kacau hingga menjadi adunan sebati.
  • Masak atas api sederhana. Perlu dikacau sentiasa.
  • Apabila adunan mendidih kecil, tutup api dan tuang dalam acuan yang sesuai. 
  • Sediakan adunan putih pula ye.
Bahan-bahan lapisan putih:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Campur santan dengan tepung. Masukkan garam.
  • kacau hingga tepung betul-betul larut.
  • Masak atas api sederhana hingga likat dan timbul letusan-letusan (mendidih) kecil. 
  • Tutup api dan tuang ke atas adunan hijau tadi.
*Sebaik-baiknya menggunakan non stick pan untuk mengelakkan adunan berkerak dan melekat pada kuali/pan.

Dan hidangkan dengan air gula nisan. Teres giles rasanya! Memeyy...




NASI IMPIT KUAH KACANG

Nasi impit? Mak saya panggil nasik kapit. Kapit atau impit saya rasa dua-dua tu merupakan proses menganiaya nasi sedang berlangsung. :)

Dulu-dulu nak buatkan nasi yang asalnya berbutir-butir jadi terpenyek, kena usaha dalam susah payah. Pernah saya saksikan dengan mata kepala saya, emak saudara saya buat nasi impit, giles babeng complicated. 'It's  complicated' seperti mana yang tercatat dalam status FB pun tak semaksimum itu kecomplicated-an yang dihadapi mak sedara saya tu. Haha mula dah perosak bahasa ni beryakyakyey memporak-perandakan bahasa.

Tanak nasi-guna dapur kayu, silap-silap separa hangus. Terpaksa korek separuh, yang separuh lagi kena buang. :( Bungkus dengan kain putih, tindih dengan benda-benda berat. Oleh kerana berat saya berat sikit je dari gula-gula kapas plak tu kurang lebih je dengan berat Nurfathia, jadi saya tidak dijadikan sebagai objek penindih oleh emak saya dalam perjuangan membuat nasi terkapit di atas. 

Emak lapik dengan kukur nyor rasanya. Entah, ye kot.

Malamnya emak masak kuah kacang yang sangat lazat baunya. Dan menjadikan hidup saya untuk hari itu tidak lagi puzzling seraya meneka dalam kesamaran. Sebab saya dah tau apa yang mak sediakan untuk sarapan pagi esok.
Fuhh dahsyat hebat rasanya bila bersarapan dengan nasi kapit kuah kacang mak. 

Sekarang nak buat nasi impit, huk aloh. Berrrr kiri berrr kanan, dah siap. Macam saya ni, rebus aje nasi impit cap faiza ke cap nona ni ha. Campak daun pandan 2,3 helai. Koyak-koyakkan dulu jangan lupa.

Lepas tu gorenglah kacang tanah, barang  2 cawan. Nak banyak tambah lagi secawan. Ada pilihan lagi, kalau rajin lebey, goreng tanpa minyak. Kalau macam saya, eh macam kawan saya, buh minyak sikit biar cepat masaknya.

Kisar gi kisar mari. Dapat kacang yang dah lebur. Simpan lebih kurang segenggam untuk tumbuk-tumbuk kasar. Biar cantik tekstur kuahnya. Itupun Kak Fathia kena sebut jugalah kan, mana tau ada yang lupa. 
Itu versi bagi resepi sambil bagi sambil tak ikhlas, sebab banyak bebel dari resepi. Nak versi tak ada selindung-selindung punya, korek kat SINI. Sama aja kekdah pembuatannya. Sedap tak sedap, janji sedap. 

Apa yang paling utama, suami makan hasil air tangan isteri yang mithali tu. Mana tau sebab kuah kacang dengan nasi terkepit ni buatkan suami keluar bajet tambahan, ada manifesto baru lagi. Murah rejeki hampa dapat cincin wah chan ke, habib jewel ke lagi 4 bijik. Tak ke senyum sampai kedutan di wajah nampak ketara, tapi ada aku kisah??. Sebab koleksi cincin ai dah bertambah jadi 14 butir yu, tapi jari ai cuma ada seploh je, cemana tu?


DADIH MAK

Dah minum kopi? Eloklah kalau tengah dok sip-sip kopi mahal sambil dengar kisah Dadih 3 Beradik ni. 

Panas-hujan, hujan panas je kan sekarang ni? Tapi hujan batu di kalbu ada ke orang tahu. Hujan batu dalam hati saya alhamdulillah jarang ada. Saya tak suka simpan batu yang berat-berat dalam hati. Kalau boleh luahkan, atau munt*hkan baik biar dia keluar menyembur-nyembur. Legaaa. Sebab tulah muka saya tak macam orang berumur tiga puloh semilan tawon. Bumper ngan perut akak memanglah ada dabak sikit, tapi akak tenang je jah.
Bila mood tengah yak yak yey ni mari kita buat dadih resepi mak ntah mana dia dapat ni. Tak silap saya dari seorang guru kelas mengajar di KEMAS. How kemas is KEMAS tu tak pasti. Ada juga kot sepah-sepah sikit.

Baik. 3 versi dadih. 3 beradik. Ada yang putih melepak. Ada yang wangi keladi. Dan akhir sekali yang 'berkelarah'. Dalam adik beradik u ols, yu ols yang mana? 

Saya macam biasa. Yang kulitnya berwarna milo. :)
kepsyen: Saya dadih yang pertama. Rupa saya memang menawan, suci lagi mulus. Saya pasti saya boleh menggembirakan awak...nak saya tak?
kepsyen: Saya pula yang ke dua. Badan saya wangi. Saya janji saya akan bahagiakan awak. Percayalah cakap saya...
kepsyen: Saya yang terakhir. Walaupun rupa saya bughuk dan berkelarah sana -sini, tapi saya yakin vokal bukan sekadar rupa. Saya akan berada di sisi awak di saat poket kembung atau poket kosong. Even awak tak ada poketpun  saya rela. 
Tak ada kaitan di mana-mana. Saja nak beritahu yang saya sediakan dadih dalam 3 perasa. Resepi ini memang keeper dan penggemar dadih silalah yakin 100%. Elok-elok tengah sip-sip kopi stabak, harus letak ketepi nyah kopiko  tu. 
Serbuk agar-agar ni yang saya guna dan disarankan dalam resepi ni. Saya pernah cuba jenama lain, tapi hasilnya tak sesedap dan tak seperti yang dikehendaki.

Bahan-bahan:
7g agar-agar serbuk (sila pastikan gunakan jenama cap burung layang-layang. Sebab kegedikkan dadih bergantung hidup pada serbuk agar-agar jenama ini)
10 cawan air
1 tin susu cair (400ml)
400g coffeemate (1 paket  *jika coffemate tersebut ada bonus/extra 50g etc, just masuk aje semua)
1 1/2 cawan gula (bisa tambah atau kurangkan. Janganlah taat sangat)
Perasa kesukaan (keladi/coklat/mangga/strawberi)
1 keping asam gelugur (jangan panik- sayapun tak pasti apa fungsinya. Tapi sebab  dalam resepi asal ada, jadi saya insan yang telus so boh pi la)
Cara-cara:
  • Didihkan air. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Pastikan agar-agar larut sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan asam keping. Kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan coffemate sedikit demi sedikit. Pastikan tidak berketul-ketul.
  • Apabila telah mendidih dan timbul buih-buih kecil, tutup api dan keluarkan asam keping.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan perisa kesukaan.
  • Sejukkan dan ?

PISANG GORENG KAKAK KANTIN


Dulu saya adalah gadis si penjual pisang goreng. Bila tiba cuti semester, saya akan bantu emak kat kantin dengan jawatan kakak kantin. Tanpa elaun rumah, elaun mekap atau elaun orang gaji. Uh EPF pun tak potong! *Nasib baik emak sendiri, takkan nak saman dia pulak sebab majikan tak buat caruman EPF. So masa tu, muka serta seluruh persalinan akan berbau asap kerana sepagian akan membuat kerja-kerja menggoreng serta analisis terhadap hasil gorengan tersebut; dengan kata lain sambil goreng sambil suap. Eh analisis. 

Bila cuti sabtu ahad, menyenget pulek pinggang mengusung bahan-bahan jualan ke (lokasi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan-heh?!) untuk jualan perdana pisang goreng jugak. Jadi kalau nak kata saya boleh menggoreng sambil pejam mata tu, tidaklah sehebak tu. * Ada ura-ura nak menjadi insan humble di situ nampak gayanya . Tapi kalau nak celen dengan rasa tepung  goreng cap 'abadi' tu, hurmm well?!. 

Dan duit jual pisang goreng itulah buat beli  baju konvo Cikgu Azimah. Baik, berjaya masuk unibarsiti dan menghadiri konvo bagi puak lapisan masyarakat pada zaman saya yakni zaman telefon bimbit sebesar batu penggiling adalah sesuatu yang sangat ajaib  dan menjadi kebanggaan orang kampung dan orang kampung sebelah yu noe!
Tapi  saya rasa, emak  cikgu juga layak menerima 'anugerah' atas kudrah  dan usaha dan doa dan kerja tanpa henti usah haraplah nak ada EPF demi Cikgu Azimah, saya, arwah Teh, Atikah hidung jambu dan juga Azwana yang punya anak suster ngesot macam wan. 

Amacam sedih tak kisah saya ni? Agak-agak boleh box office, nak juga ai jual skrip kat Osman Ali ke sesapa. Tapi kalau itu filim nanti baru dua hari tayang dah masuk Astro First, baik haku tulis belog ajelah!

Resepi  dah bagi ni. Beli lagi tepung cap abadi tu ai hampuk kepala tu!.  Yang penting, sedih tak cerita saya tu? 
Bahan-bahan:
(untuk menggoreng 1 biji pisang tanduk atau 6-7 biji pisang nangka atau pisang nipah)
Sumber : Makcik Kantin aka Emak Tersyenta
1 biji pisang tanduk (potong mengikut kesukaan)
1 cawan tepung beras
Sedikit air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit kapur makan
1/2 cawan air (anggaran)

Cara-cara:
  • Bancuh tepung dengan telur, garam, serbuk kunyit dan kapur makan.
  • Bancuh sehingga menjadi doh seperti doh buah melaka.
  • Perapkan kira-kira 5 minit. (sementara menyediakan pisang, kuali dan minyak segala bagai)
  • Campurkan doh tadi dengan air sedikit demi sedikit. (yang 1/2 cawan tadi) sehingga menjadi adunan yang agak pekat. *tapi tahap kepekatannya lebih cair daripada bancuhan lempeng.
  • Masukkan pisang dalam bancuhan tepung.
  • Goreng dalam minyak yang panas. Apabila kerak gorengan sudah mengeras, balik-balik dan pecah-pecahkan. Sederhanakan api.
  • Goreng hingga kuning keemasan.

TOMYAM MAK

Hari ni UPSR start ye. Ngerngernger. Amekaw mak-mak yang pertama kali menghadapi  anak-anak yang berjuang di medan peperiksaan. Selamat berjuang anak-anak ku, Mikhail dan Zulaiha. Biaq mak hampa dok ketaq lutut situ. Cheq suka! 

Kemain kau jah, ari ni awai gilor saya ke dapur. Bersiap sedia untuk masak juadah berbuka kununnya. Mak aih, dok abih-abih lagi ke pose nam?. Nak buat macam mana. Iman tak dapat diwarisi. Krrrrr. Sang Arjunapun! Pepagi call order itu ini untuk berbuka. Kalau idak, selagi tak berpusing sommersault kepala otak saya nak mikir nak masak apa,  takde maknanya dia nak menyumbang jasa bakti untuk tolong fikir. Diapun samalah. Kes  iman tak dapat diwarisi. Dari seorang ayah yang bertaqwa. Juga tak dapat dijual beli. Heee, baik saya hapal lagu raihan ni daripada ternganga ngadap abang Arun Ajis dalam drama Adam dan Hawa yang tengah melehetopp tu. 
Nanti hirup perlahan-lahan tomyam sedap ni ya. Resepi mak saya yang campak-campak je ni. Tak guna paste tomyam. Kira tomyam jaman dulu kot ek?
Letak kuah tamak-tamak, jadi macam bubur nasi berkuahkan tomyam. Jangan gopoh-gopoh, nanti tersedak. Pedas tu. Keluar  ikut hidung, tak ke klinik Zalfah, KPMC kau dik! Tapi orang sebelah ingat kita tersedak sebab Court Mammoth sebut, instalmen sopa, tiwi, meja sudut meja kopi meja study raya belum bayar. Hukhuk. 
Bahan-bahan:
5-6 ekor udang
1 ekor sotong
2 batang serai (dititik)
1inci lengkuas
2 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi
2 keping asam gelugur * boleh juga digantikan dengan cuka
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
Segenggam cendawan tiram
2-3 helai daun limau purut
Garam dan serbuk perasa
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih dan cili api. Tumis. Masukkan daun limau purut dan serai. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan asam gelugur.
  • Bila kuah mendidih, masukkan udang, sotong dan cendawan. Masak sekejap nanti udang dan sotong tu keras/liat.
  • Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Tutup api.
  • Untuk menambahkan kaw rasa masamnya, perahkan air asam limau semasa menghidang.



GELEK KEPEK 2

Suka sangat dengan kuih lama-lama. Lagi lama lagi antik lagilah saya gumbira. Tapi jangan cepat sangat buat andaian dan ramalan. Bukan bermakna bila saya asyik craving for  (hamboi! oh my english kau!) kuih orang lama-lama disebabkan bila-bila masa dari sekarang saya boleh jadi penghuni muzium tetap dan berpencen!. 

Heyy, tak ada yang lama tak ada yang baru taw! 
cantikkan sudu terbaru saya ni? Dihadiahkan oleh seorang 'buah hati' yang memang takkan lupa bawakan buah tangan untuk saya kalau dia berterbangan ke merata-rata. Best kan? tu la tu...kerna dirimu berharga! 
Kuih wajib kenduri kendara di kampung halaman saya. Dulu. Tapi sekarang mungkin macaroon dan pavlova pula mengambil tempat. Kesian gelek kepek!

Cuma itulah, bila banyak sangat yang manis dan berlemak dok berlegar-legar di aras mezzanine dalam peyut boyot ni buatkan rasa kesal tu datang  main cak-cak pula dalam minda. Apatah lagi bila membayangkan kesukaran makcik saya bertarung nyawa selepas operation membuang blood clot di kepala, rasa bimbang tu datang bertimpa-timpa. Maknanya bila ujian sakit itu disua kepada kita, tanpa memilih rupa dan usia, siapa kita untuk tidak bersemuka. Siapa kita untuk tidak sudi terima. 

Jadi cegah sebelum parah! *tetibe!

Tapi takkan la saya nak cegah anda makan dessert kenyal gedik ni bila dah ada depan muka kan? Suap ajelah perlahan-lahan. Cuma kalau  nak tambah lagi dua mangkuk tu perlahan-perlahankanlah juga. Bukan apa, orang kendian pun nak merasa sama! Weewiiiiii, tetiba terpantun seloka kita ya?! 
Bahan-bahan:
versi asli kat sini
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya (anggaran 1cawan)
Pewarna kesukaan
1 1/2 cawan santan 
Gula putih secukupnya
1/2 cawan susu cair
Secubit dua garam 
1 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Sediakan air rebusan seperti hendak membuat buah melaka.
  • Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh seperti membuat buah melaka. Tambah atau kurangkan air jika masih tidak mendapat doh yang lembut dan tidakmelekat pada tangan.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian. 
  • Campurkan 1-2 titis pewarna kesukaan pada setiap bahagian doh tadi.
  • Gentelkan bulat dan tekan tengahnya untuk membentuk lubang kecil. 
  • Rebus kuih hingga timbul. Toskan.
  • Masak santan dengan gula. Masukkan daun pandan dan secubit garam.
  • Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
  • Kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah minyak. 
  • Masukkan kuih tadi ke dalam kuah dan sedia untuk dinikmatinya.

NASI LEMAK TERENGGANU

Nak nangis! Nasi lemak yang paling jiwang dari saya. Sebab ini antara hidangan emak yang paling saya tak akan 'berwaspada' langsung bila mengadapnya. Akan digunakan tanpa was-was.

Bila emak buat  nasik lemak episod 'temasya kampung pisang' ni, Atikahlah orang yang paling rajin. Rajin ambik daun pisang je! Bungkus ala-ala makan kat kedai gitu. Huh dia ingat sedap sangat nasi lemak kedai.
Nasi emak lemak dengan kasih sayang,penuh kontroversi juga sebab bila tak cukup akan saling berebut macam anak burung.

Sebenarnya Makcik Kedek nipun bukan sesaja nak cipta kontroversi berkenaan 'tempat lahir' nasi lemak ni. Tapi dinamakan begitu sebab nasi lemak yang disediakan  emak yang berasal dari Terengganu. Heeee. 
Nasi lemak berlaukkan ikan tongkol ni mungkin asal-usulnya dari Barbados ataupun Tunissia. Tapi yang saya pasti di Terengganu lebih popular nasi lemak dihidangkan dengan sambal ikan tongkol ni.  Tak gitu orang gganu?
Hai rakan, takkan tak rasa nak nangis tengok nasi lemak 'airport' ni. Bawak duit berjuta-juta nak pergi melencong, tapi bukak bekal nasi pulok! Maid Indonpun beli Delifrance tau buat sarapan kat dalam epot. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
3 cawan beras 
Santan secukupnya
Secubit dua garam
Secubit dua gula
Daun pandan
*Boleh juga masukkan halba untuk meningkatkan lebih aroma

Cara-cara:
  • Himpunkan semua zarah-zarah kasih sayang dalam badan dan masaklah nasi dengan cara meluahkan sayang mengikut citarasa anda. Eceh!
Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Tongkol:
4-5 ketul ikan tongkol
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan air yang minimum. Masukkan asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan wow rasanya kerana rasa masam dan masin meresap jauh ke isi ikan. 
  • Goreng ikan yang direbus tadi dan ketepikan. Tak perlu terlalu garing.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. 
  • Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan gula nisan, dan air rebusan ikan. 
  • Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.
Mak! terima kasih sebab suap saya dengan makanan yang sedap-sedap. Nasib baik saya bukan anak Vincent Tan, walaupun kaya tapi mesti saya tak merasa menikmati kebahagian hidup yang sebenar!
Mohon semua ambil iktibar dengan 'amaran' petang semalam. Ini bukan kisah dongeng, buatlah sesuatu sebelum terlambat. 


Saya petik dari wall Ustaz Azhar Idrus petang semalam : TSUNAMI = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf. Mari audit diri kita ye laling-laling semua. :)

BINGKA UBI OMG!

Nota kepada yang bersuami.Yang belum bersuami sila baca juga. Dan ambik iktibar. Jangan ingat kawin tu best semata-mata sebab boleh berkepit-kepit dengan laki macam 'orang asli sejuk', dapat pakai baju blink-blink, jalan terkepot-kepot ke pelamin. Lepas tu letak mahendi mengalahkan tangan  kaf lam ya nga kawin keliling-keliling api. Ayark! 


Pening tau sebab banyak nak kena menuntut ngan mak mertua!
Soalan: Pernah tak rakan taulan tiba-tiba  tak sabar-sabar nak jadi isteri mithali serta merta? Impian tu datang waktu tengah berangan-angan nak masak apa hari ni untuk bukak puasa. Kalau boleh 1Hari 1Menu yang berbeza. Ala-ala satu kampung satu produk, ha gitu!
Saya jawablah. Pukul 6 petang Ramadhan ke berapa dah lupa. Tapi 1430H. Tergolek ubi tepi pintu minta dikasihani. Kalaulah ada tangan, dah lama dah dia paut kaki sesapa yang lalu " tolong aku, janganlah siksa aku begini. Masak lah aku, buat lah sesuatu!". Huh, kaki si pemalas yang dah lalu 16 kali kat situ tak berhati perut terus sepak sampai tertonggeng ubi. * Cop! bab sepak tu akan menjadikan blog ini 18PL pula nanti. Delete. Delete.

Entah dari mana datangnya kerajinan yang melampau; saya parut ubi. Mesin kelapa, campur itu ini dengan hajat setinggi Katmandu, nak buat bingka ubi. 

Bila dah nak masukkan ke dalam oven, terus call mak. Tanya macam mana nak buat bingka ubi. Ada ka?

Saya plan nak buat macam versi Mak mertua tapi giler ko nak call mak mentua petang-petang  semata-mata nak tanya cara buat bingka kesukaan anak dia. Sepanjang 10 tahun yang dah berlalu, berapa ribu petang kau ada, tak sibuk pulak nak tanya. Gulp!

Tak sangka pula bahan-bahannya 97.51% tepat. Kohkohkoh.

Dan taulah kan apa kesudahannya. Terhasillah bingka ubi yang OMG sedapnya. Heee. 
Kepada 'testimoni-testimoni' saya, boleh juga guna resepi ari tu. Nak guna yang nipun sama juga. Dua-dua OMG! Kehkehkeh.
*ada tak pecahan statistik orang yang baca blog ni, berapa % yang suka, berapa % lagi yang meluats. Nak juga saya tahu. Huhuhu.

Bahan-bahan:
3 cawan ubi mentega/kuning yang telah diparut * saya parut guna mesin kelapa
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin/butter
Secubit dua garam


Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan kacau hingga gula hancur. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin. Bakar hingga masak.
* Jika menggunakan ubi putih, selepas diparut tos dan perahkan untuk membuang airnya. Ini kerana biasanya kandungan air dalam ubi putih lebih banyak dari ubi kuning. Air ubi ini juga agak pahit. Selain itu, jika menggunakan ubi putih, lebih sedap jika digandingkan dengan gula nisan. Sekian.

OMG! OMG!