Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

SPAGHETTI MEAT BALL


Masih dalam mood tersenyum and say cheese!. Makan kek selembut kapas buat saya dihantui mimpi yang sedikit ngeri. Bukan apa, sambil suap kek tertengok pulak iklan 3 orang mokcik-mokcik 1Malaysia yang tengah promote makanan sihat bla bla bla. Wut eva!

Tapi saya bisa meneruskan senyuman manis bila membelek cadar perantin Sayang Sayang Baby Amsatun tu. Rasa hati penuh munger mimosa pudica. Selamat menghitung hari!


Spaghetti yang paling simple dari saya. Juga pilihan untuk lunch yang tak memeningkan kepala kalau keluar bersendirian untuk acara terapi minda. 

Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya
3 senduk sederhana sos spaghetti bolognese asli (saya biasa gunakan brand Leggo atau Preggo)
1/2 biji bawang besar Holland (didadu kecil)
1 ulas bawang putih 
1/2 sudu dried mixed herbs
Garam, gula perasa
Sos lea & perrins
Olive oil
Parmesan cheese

Cara-cara:
  • Rebus spaghetti hingga empuk. Percikkan sedikit olive oil dalam air rebusan. Toskan.
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.
  • Masukkan mixed herbs dan sedikit sos lea & perrins 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan meatball dan hidangkan segera. 
  • Tabur parmesan cheese dan say cheese pada 3 orang mokcik 1Malaysia tu. 


Bahan-bahan (meat ball)

1 mangkuk kecil daging kisar
Sedikit lada sulah
2-3 sudu tepung ubi
Seasoning sauce
Garam

Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan bentukkan seperti bebola. 
  • Rebus dalam air rebusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
  • Apabila telah masak, bebola akan timbul seperti keropok lekor. 
  • Toskan dan hidangkan bersama sos spaghetti wut eva tu!

SPAGHETTI SEAFOOD CARBONARA RINGKAS



Tiap-tiap hari dapur saya pasti ada stok spaghetti yang siap direbus. Kecualilah jika tiada siapa-siapa di rumah. Memang naik  jemu muak jelak dah tengok rupa paras spaghetti dan rakan-rakan seangkatan dengannya macam macaroni, fetuccini dan rona roni yang lain. Tapi nak buat macam mana. Itulah makanan ruji anak sulung yang entah bilalah nak makan nasi sepanjang 12 tahun dia bernafas. 


Cuma bila teringatkan ada sedikit stok kepah dalam simpanan, saya buat ajelah sos carbonara untuk disahabatselamanya dengan spaghetti ini. 


Sepanjang saya makan spaghetti dengan sos carbonara di beberapa kedai yang ala-ala mewah ataupun ala-ala boleh mendatangkan marah, tiada satupun rasa yang sama. Jadi saya sendiri tak tahu macam mana rasanya yang asli. Banyaknya dah di 1Malaysiakan. Jadi versi ini juga telah saya terjemahkan mengikut bahan-bahan yang ada serta suka-suka kepala hotak haku untuk letak ramuan apa. 


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya (titiskan beberapa titik olive oil dalam air rebusan. Rebus hingga empuk.
1 1/2  mangkuk kepah (celur sebentar)
1 mangkuk kecil udang (celur sebentar) * kali ini saya tak celur dulu udang - terus je masukkan dalam sos, jadi kuah akan menjadi sedikit merah kerana air udang turun. Tak cantik! :(
2  cawan heavy cream (boleh juga digantikan dengan susu penuh krim/susu segar/ bancuhan susu tepung)
1/2 labu bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah
1  sudu kecil mixed herb
1/2 cawan shredded cheddar cheese
Setangkai daun selasih
Sedikit olive oil
Garam dan gula
Parmesan cheese


Cara-cara:
  • Masukkan beberapa titis olive oil dalam air rebusan. Rebus spaghetti hingga empuk. Tos dan ketepikan. 
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumiskan dengan sedikit olive oil. 
  • Masukkan pula bawang yang didadu kecil. Masak hingga bawang layu. 
  • Masukkan heavy cream, mixed herb dan daun selasih yang dihiris kasar.
  • Masukkan shredded cheese sedikit  demi sedikit dan kacau hingga ia larut.
  • Seterusnya masukkan kepah dan udang. 
  • Gaul sebati dan perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. 
  • Gaul dengan spaghetti dan taburkan parmesan cheese untuk dinikmati.