Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUIH SAGU/BRONOK KUKUS TUN

Benda yang paling mensyahdukan saya biasanya makanan. Ada orang mungkin terkesima atau syahdu mahdu dengan music box ada ballerina menari pusing-pusing secret admider bagi guna duit loan. Mungkin juga ada yang akan sayu bila tengok kotak kasut. Tak berapa pasti; jadi lebih baik saya stop sebelum saya lemparkan tuduhan dan telahan yang pastinya tidak benar sama sekali.
Ini kuih wajib kantin emak. Tu yang syahdu tu. Kuih senang, menurut kata ibuku la. Mungkin menurut kamu dan ibu kamu ini kuih yang susah untuk dibikin. Krrrrrrr
Sebenarnya kalau menurut saya kuih ini buat saya sakit pale nak membuatnya. Bukan apa, sebab bila tengok mak buat prosesnya kacau-kacau aje. Tapi sukatannya sampailah ke la, saya memang tak tau. Mungkin emak juga tak ada sukatan khas. Mejik betul tangan dia. Jadi dengan tangan saya yang selalu kena conteng dengan kaler mejik ni, memang akan menghasilkan versi yang berlainanlah setiap kali membuatnya.  Jadi macam mana Cik G nak terbitkan buku masakan kalau macam ni? 
Bila Tun yang tengah diet (lah sangat!) tu gegarkan hati saya dengan sagu aka bronok versi kukus, buat saya terus ke dapur hingga bergegar juga bumi Kajang dek hentakan kaki ebab Cik G. 
Wah! Terus selamat tinggal kulit kusam ku! masalah kuih bronok ku! Hikhikhik.
Bahan-bahan:
Sumber asal: sini thru Tun Telani
Versi gegar juga : Izah
1 cawan sagu -basuh dan toskan
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Gula parut (yang putih sahaja) -gaulkan dengan sedikit garam. *Boleh juga dikukus sebentar untuk tahan lama
Pewarna/perisa kegemaran - saya gunakan pewarna kuning dan ungu
Cara-cara:
  • Panaskan air dengan gula. * Saya masukkan sehelai daun pandan.
  • Bila air telah mendidih dan gula telah larut sepenuhnya, masukkan sagu.
  • Kacau hingga agak pekat.
  • Masukkan adunan kuning diselang-selikan dengan adunan ungu ke dalam loyang.  
  • Kukus hingga sagu menjadi jernih sepenuhnya anggaran 30 minit.
  • Sejukkan sebelum dipotong.
  • Gaulkan dengan kelapa parut dan bersedia untuk adegan gegar-gegarkan dagu!

CUCUR JAGUNG

Ini cucur feberet mak mertua saya. Disebabkan feberet dia, saya akan kenang daku dalam doamu sentiasa cucur ni. Dah tick satu kegemaran dia yang saya reti buat. Muehmuehmueh.

Tapi bila sebut cucur atau cekodok ni-Ani, aku tingat kat kau la! Sebab dia selalu 'suap' saya ngan cucur jagung setiap pagi. Terkedek-kedek kepit tupperware biru muda panjang yang kadang-kadang lupa nak bawak balik. Memang cuak taw kalau tengok tupperware tu terlungkup kaku kat pantry sebab takut-takut esok tak ada habuan lain sebab dia boleh guna alasan bekas tertinggal. Heks.
Boleh dipelbagaikan versi. Manis atau masin. Yang penting berjagung. Pasti bengang kalau ada orang cekau 2 ketul sekali gus padehal dalam mulut tengah kunyah 3 ketoi. Te Espero la tu!
Err adakah saya kena mohon untuk bekerja semula? Tapi saya tau tujuan utama saya bekerja bukannya nak berkhidmat pada masyarakat sangat tapi sebab sibuk nak berkawan dan nanti baju kurung selambak tu tak tau nak pakai gi ane.

Sudah-sudahla tu Mak Itik. Jemput makan cucur jagung saya ni biar sampai cucur atap dan cepat pandai baca kitab. Kali ini kita makan yang lemak-lemak masin dulu. Nak yang manis-manis, laen tawon kita buat.

Bahan-bahan:
1 tongkol jagung (kikis ambil isi dan jusnya)
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar -saiz sederhana
1 biji cili besar - hiris nipis
Garam secukupnya
Air secukupnya
Secubit dua gula
Minyak
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan masukkan air. 
  • Perasakan dengan garam dan secubit gula. Fungsi gula adalah untuk melembutkan bancuhan. 
  • Jika inginkan cucur/cekodok yang lembut, tambahkan air dalam bancuhan. Begitu juga sebaliknya. Cuma biasanya jika kita membancuh tepung cucur, jangan terlebih kacau kerana cucur akan mudah menjadi liat. 
  • Goreng dalam minyak yang panas. Bukan terlalu panas. Sebab jika suhu minyak terlalu panas (melebihi 160 darjah C) cucur yang digoreng akan masak 'mengejut' dan menggerutu. 
  • Apabila gorengan telah mengeraskan, kecilkan api. Pecahkan-pecahkan cucur dan goreng hingga perang keemasan.
Jangan lupa masak sedap-sedap untuk suami. Yang belum bersuami masak untuk diri sendiri. Jangan malas-malas sampaikan makan nasi dengan cili boh mentah. Haih! Pesan bakal ustazah pilihan hari ni: Kalau hati tengah gering pergi mintak maaf kat suami,  tak kira salah dia atau salah awak. (Biasanya memang salah awak..muekeke). Kalau yang tak ada suami, call mak bapak cepat-cepat. Jangan sampai emak lupa awak tu anak dia. Amboi ayat!

NASI GORENG SERUNDING IKAN

Selesai bersantai-santai dua minggu tak lebih tak kurang, kini kembali ke kehidupan gi mari gi mari yang nampak seolah-olah sibuklah sangat  seperti seorang CEO sebuah Yayasan. Padahal saya dok pi mai pi mai dengan gaya paling selebet sambil dok merayau Bangi-Kajang-Kajang-Bangi kadang-kadang tak ketahuan hala arah tujuanpun. 

Nuhaapun dah kembali ke hostel. Mama yang muka tebal macam kulit kaki ni selamba hippo Gloria Madagascar je melolong-lolong berjurai-jurai air mata depan gate LCCT ngantor anak balik sensorang ke hostel. Ceh tak ada jiwa perwira langsung ini mama!

Soklan, sapa suruh anto jauh-jauh?  Errrr.
Mood di dapur macam baru diasuh. Gigil-gigil je mood baru datang. Lupa asam jawa kat mana, ubi kentangpun dah tumbuh rimbun macam alam flora dan fauna kat dasar kabinet. Mujur garam dan kicap sifatnya berlawanan sungguh-sungguh hati, kalau idak, mahu kena bukak google image untuk bezakan mana garam mana kicap. * Tapikan, kalau dah agak-agak garam ngan kicappun tertukar, mohon-mohonlah sedekahkan saya bacaan Yaasiin banyak-banyak, boleh? Hukhuk.

Nasi goreng versi tahap kemalasan yang maha dahsyat  tapi tengah lapar yang maha dahsyat. Balik berkelana anak beranak, rumah tinggal kosong tanpa makanan. Yang tinggal kat rumah, cuma TV dengan bil letrik yang belum bayar je, yang lain semua tak ada. Maka, kriung krianglah menggoreng nasi untuk alas perut kunun-kununnya sebab lepas ni terasa nak beli ayam 'musing' dua ekor nak ngap sensorang. Heks


Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2-3 ulas cili api
2-3 sudu serunding ikan
sayur-sayuran sesuai (saya campakkan batang celery)
1 biji telur
Garam secukup rasa


Cara-cara:
Pacu laju-laju masa menggoreng tu sebab kalau menggoreng dengan sangat berhemah itu akan terserlah ketidak machoaan kamoos. Heeeee



ALMOND AVOCADO CUPCAKES

Heeeeee. *panjangnya menyeringai. Ada ke yang muntah darah bila terpaksa mengulang-ulang makan lempeng labu yang ada rasa nak lempang Cik Gempal (selepas ini dirujuk sebagai Cik G sahaja) pemilik belog suam-suam susu ni? Heeeee lagi.

Cik G terpaksa buat tak kisah kalau anda semua nak tolong tukarkan nama belog ni kepada Bila Chah Tidur atau Bilalah Dia Ni Nak Tukar Menu hatta Bilalah Chah Ni Nak Rajin Hapdet. Takpe, Cik G tak marah. Cuma satu je last warning  yang pertama  (Oh My English!) Cik G nak peringat. Lempeng labu sedap banget, tu yang Cik G buat 'sticky post' tu. Hikhik.
Well, namanya cuti sekolah. Cik G terpaksalah mengorek tabung PTPTN untuk mencipta kegembiraan   membawa anak-anak pergi bercuti. Cik G bukan suka-suka berselimut dalam gebor dan tidur tengahari sampai hujung-hujung asar baru nak bangun. Takdenye. Cik G ni berakhlak mulialah juga orangnya. Choi!
Resepi adaptasi dari kek pisang. Tukar je pada avocado dengan penambahan situ sini. Lepas dah hajat nak dapatkan avocado yang lembik. Maklumlah dendam tak berkesudahan pada kes kek avocado ni lama juga berbahang dalam hati yang mudah sangat diguda-guda ni.

Sila rasa dulu. Lawannya teh o panas. Dengan teh wangi beli teh dapat gelaspun layan ni. Janji teh o. Bila dah rasa barulah tahu betapa pilunya kalau tak pulun kek ni puas-puas. Rasa lemak avocado bergabung tenaga dengan rasa almond, mana nak cari?
Terima kasih untuk komen-komen anda pada entry sebelum-sebelum ni. Cik G sibuk mengalahkan Cik Sri Siantan. Banyak kes nak kena hendel. Jadi anggaplah Cik G dah balas komen tu semua dalam hati Cik G ajelah ye. LOL.
Bahan-bahan:
Sumber : Bila Chah Asyik Makan aka Bila Chah Ke Dapur
125g butter
70g gula halus
2 biji telur
1 sudu besar ovellete
1/2 cawan susu pekat
150g isi avocado (lenyek sampai halus) *anggaran daripada 1 1/2 biji buah
30g ground almond/ serbuk badam
100g super fine flour
1/4 tsp soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
Cara-cara:

  • Pukul butter, ovellete dengan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur yang pertama telah betul-betul dissolve barulah masukkan yang ke dua.
  • Pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu pekat dan avocado. Pukul rata.
  • Masukkan serbuk badam dan diselang-selikan dengan tepung dan soda. Kacau rata. 
  • Panaskan oven kira-kira 5-7 minit. Bakar pada suhu 160-170 kira-kira 45 minit (jika kek) ataupun kira-kira 12 minit (jika cupcakes).

PUMPKIN PANCAKE

3 hari berturut-turut makan menda warna kuning kat sini, mujur tak ketulahan. Kalau ada baby baru lahir tu, sila jauhkan dia dari skrin laptop anda. Bukan apa takut pancaran warna kuning dari sini membuatkan si baby tu terkena jaundice pula. Sian kena duduk bawah lampu terboleng tak pakai baju, dahla mata kena tutup. 
Biasalah bila ada labu, mesti di pengakhiran cerita tak tau nak buat apa dah dengan baki labu sejuring. Masa beli tamak haloba, belah kanan kata beli separuh, tapi antu kenit belah kiri pulak pujuk-pujuk suruh beli sebiji yang besar.  Seperti biasa juga, mesti kalah dengan kenyitan mata anak hantu belah kiri. Cis!
Kali ini saya buat pancake labu. Lempeng labu lah ni dalam erti kata sebenar. Sebut lempeng nanti tak ada sapa nak baca, sebut pancake mungkin ramai yang teruja. Kejar glamer sudah pasti didahulukan, fofulariti patut diutamakan. Begitu ke? 

Tak perlu jawab, biar saja persoalan itu dibawa angin. sebab makan labu ni kalau kena orang tak tahan memang berangin, uk ek uk ek la nanti padahnya. 
Resepi asal dari Allrecipe. Saya buat sikit pindaan akta sukatan dan bahan mengikut kesesuaian. 
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (boleh juga digantikan dengan tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
3/4 cawan labu yang telah direbus
1 cawan whipping cream
3-4 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Secubit dua garam
Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati. 
  • Panaskan non-stick pan dan oleskan dengan sedikit minyak.
  • Tuang sesenduk kecil adunan perlahan-lahan dan oleskan membentuk bulatan. Jika menggunakan saiz pan yang kecil, pancake akan terbentuk dengan cantik mengikut saiz pan tersebut.
  • Rata dan oles mengikut ketebalan yang diinginkan.
  • Apabila permukaan atas pancake telah agak kering, terbalikkan.
  • Ulang baki hingga selesai.

PUDING PEACH MANGGA DENGAN SOS COKLAT

Kalau berpeluang makan di hotel- 'dapat peluang' sebab acara itu bukanlah aktiviti rutin saya. Saya akan menonong cari manis-manisannya dulu. Sebab tu antara yang saya suka adalah hotel Shangri La KL. Desserts dia memang wow dan buat saya angkat kain biar melepasi perut sebab sengkak dia lepas makan ai tell yu, memang kena duduk tegak macam pakai korset ketat. Silap-silap tersentuh sikit perut muncit harus termuntah agar-agar hijau.
Dan KALAULAH saya jadi seorang pakar masak yang ada rancangan masak-masak kat  Food Network, ha kau, terus go internationally. Padahal kedek-kedek Mak Itik, saya akan buat rancangan ala-ala SUGAR. Hekhekhek. Tapi versi melayulah. Tajuknya GULA NISAN. Lepas tu for sure Anna Olson dan Ina Garten takpun abang air liur bersembur tu, err abe Jamie akan order berkontena-kontena gula nisang dari  Terengganu. Hihihi. * tak menyewel tak sah. 
Ini kes orang lain yang berpuasa, kita pulak tumpang terliur. Tak boleh jadi betoi itu Ibundo. Kemain tonggek puding mangga dia posing. Kena pulak whipping cream baru je bukak untuk buat ganache ari tu. Dan Bundo pulak sua resepi yang guna whipping cream. Memang ibarat mencurah ganache direct ke dalam mulut la kaedahnya.

Tapi saya buat versi tak cukup mangga. Maklumlah 2 hari balik kampung, semua stok buah-buahan cuba dihabiskan. Terkonteng-konteng ada sebiji  je mangga yang tinggal. Tupun yang kenit. Bila saya kopek, isinya dapat seciput je. 
Jadi saya tambah buah peach dalam tin untuk mencukupkan kuota. Heee.  Juga tanpa sos strawberi. Saya gantikan dengan sos coklat. Banyak benar tanpanya tu. Juga terpaksa adjust sikit mengikut bahan yang ada kat rumah. Maaf ya Bundo, tapi idea dan lobang idung mu tetap menjadi pojaan hatiku. Ambik lah aku ni sorang lagi jadi anak ko bundo leh tak? Kekeke...Perigi cari timba tul!
Bahan-bahan:
Sumber:Bundo
* untuk sukatan dan resepi asal sila ke link Bundo tu yer.
200g isi mangga
350g buah peach dalam tin (anggaran 5 ketul halves peaches)
1 cawan whipping cream
1/2 cawan jus mangga (saya gunakan jus mangga jenama sunquick)
Gula sekiranya masih kurang manis
Air * saya masukkan air untuk mencukupkan sukatan bahan-bahan selepas dikisar di atas menjadi 1 liter
5 g serbuk agar-agar
Cara-cara:
  • Kisar mangga dan peach hingga hancur. Masukkan whipping cream, gula dan kisar lagi. 
  • Masukkan air hingga sukatan menjadi 1 liter.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih kecil.
  • Sejukkan.
Bahan-bahan sos coklat : 
1 cawan whipping cream
100g milk chocolate (saya gunakan chocolate coins jenama Berry's)
2 sudu besar butter/marjerin
Cara-cara:
  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil.
  • Masukkan butter dan chocolate. 
  • Kacau sebati hingga coklat betul-betul larut.
  • Hidangkan bersama puding.

ROTI JALA & KARI AYAM

Wah cuti sekolah sudah bermula. Saya suka. Balik dari kampung malam tadi dengan lengan yang masih terasa sakit-sakit sebab biasalah buat-buat rajin di rumah mentues


Roti jala dengan kari ayam untuk anak dara balik dari asrama. Itu baru balik dari KB, kalau balik dari obersi berapa jenis pulak saya masak. Heeee
Pertama kali saya  kena menjala setiap hari bila di bulan Ramadhan 3 tahun lepas. Agaknya bau masa menumis kari tu menarik perhatian Nuhaa yang oh no memang terkenal seantero keluarga kerana masalah 'peribadi' dia yang memerangi makanan secara terang-terangan. Hukhuk.

Bila dia dah pandai makan roti jala, saya memang syahdu bila  kena time menjala. Adakah uban di rambut saya turut mempengaruhi hati yang perasan-perasan masih rumaja
Dua cawan saya buat, tinggal dua ketoi.  Semua Nuhaa ngap. Urut dada saya tengok. Hehehe. Terpaksa saya bancuh lagi untuk habuan Sang Arjuna. Takut nanti elemen pilih kasih timbul tanpa disedari dan buatnya Sang Arjuna bungkus tikar bantal lari ke rumah Seri Kenangan, saya juga yang jadi intanku kesepian. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning/serbuk kunyit
Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan kacau sebati. 
  • Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
  • Oles non stick pan dengan sedikit minyak. Gunakan acuan roti jala ataupun botol acuan untuk roti jala yang boleh dibeli di kedai-kedai Daiso. * Promote free.
  • Masak dengan api perlahan sehingga permukaan roti jala kering.
  • Angkat dan gulung perlahan-lahan. Ulang hingga selesai.
Bahan-bahan (kari ayam):
1/2 ekor ayam
2 1/2 cawan santan
2-3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
1-2 keping asam gelugur
1-2 biji ubi kentang
Garam secukupnya
Secubit dua garam
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan naik minyak.
  • Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana hingga turun air ayam.
  • Masukkan santan dan asam gelugur. Masukkan kentang.
  • Masak hingga agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam.