Assalam ibuk-ibuk gojes dan manis-manis belaka. Wah senyum terus. Apa khabar mama mummy yang banyak lemak sekalian? Amacam? Hee.
Mana datangnya angin gebu-gebu meniup saya tiba-tiba membuat come back dengan macarons ni. Ya, lebih setahun rasanya saya dengan muka selamba yaya dan keras hatinya mengenepikan semua 'order-order' dari anak-anak sedara.
Pujilah macam mana sedapnya macarons Cikda ni, takde heh ai nak layan. Okeh. Saya nak mula. Mad mad macarons lah lepas ni. Merah biru kuning hijau. Tapi yang coklat masih menjadi pilihan. Dan owh, tolonglah pulak bagi banyak-banyak resepi kat saya yang gunakan kuning telur boleh?
Suatu hari 2 tahun lepas, saya beli macarons silicon pad jauh dari Singapore nun. Siapa lagi kalau tak sifoo macarons, Rima. Harganya, bisa membuatkan mata saya berkelip-kelip sampaikan susah nak berhentilah. Kelip-kelip ku sangka apipun rasa pelik, lu pehal?
Dan ceh ceh ceh, semalam saya ke kedai bakeri, ada beb jual yang copycat punya. Adeh, harganya lebih murah daripada silpad yang didatangkan khas dari Amareka tu. :(
Bahan-bahan:
Sumber : Chef Angelina ICCA
Bahan-bahan:
80gram serbuk almond (saya jemur tengah panas untuk pastikan betul-betul kering)
80gram serbuk almond (saya jemur tengah panas untuk pastikan betul-betul kering)
140 gram gula icing
80 gram putih telur (pastikan pada suhu bilik)
65 gram gula halus
1 sudu teh perisa blueberry
1-2 titis pewarna pink
1 sudu teh perisa blueberry
1-2 titis pewarna pink
Cara-cara:
- Ayak gula icing dua kali. Masukkan serbuk badam, gaul sekata dan ketepikan. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi, masukkan gula halus dan pukul lagi hingga adunan menjadi glossy dan soft peak*
* jika kita gunakan stand mixer, cabut beater-celup dalam adunan dan bila diangkat akan kelihatan bertanduk.
*Jika menggunakan hand mixer, cuba terbalikkan mangkuk, adunan stay dan buih-buihnya sangat halus dan glossy.Bahagian ini akan menentukan adunan kita licin dan macaron kita akan membentuk kaki yang sempurna.
- Masukkan perisa blueberry dan pewarna pink. Masukkan campuran serbuk badam tadi (3 kali) dan gaul secara kaup balik dengan spatula. Semasa proses ini, adunan yang ok akan berkilat dan licin. Sila cuba jatuhkan adunan ke dalam mangkuk dan ianya akan membentuk simpulan riben yang besar.
- Panaskan oven 20 minit lebih awal.
- Sediakan tray yang dilapik dengan macarons silicon pad/silpad/parchment paper. Masukkan dalam piping bag, dan pipekan mengikut template atau saiz yang dikehendaki. Rehatkan adunan kira-kira 30 minit. Bakar dengan api sederhana kira-kira 10-12 minit dengan suhu 150 deg C.
- Sandwichkan dengan filling kesukaan.
120g dark chocolate
110 g whipping cream
50g butter
Cara :