Acara makan sedang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Masih. Siapalah kita nak menolak kalau yang sedap-sedap bakal menerjah tekak. Macam buaya, ada ke masa menolak bangkai? Aduh, bughuk pulak perumpamaan untuk diri sendiri.
Ramai ke yang berpuasa sunat Rejab? Oh ya, mohon adab-adab berpuasa tu jaga elok-elok. Antaranya tak boleh berangan-angan nak makan apa masa berbuka puasa tu nanti. Pagi-pagi lagi dah 14 keping resepi kena print guna reta benda company. Hehehe. Tengahari karang, tambah lagi 8 keping bersamaan 16 resepi sebab print depan belakang. Tu kelaku hampeh ai gak dedulu. So perlahan-lahan kita tinggalkan ye. Moga Allah ampunkan saya. ^__^
Brownies kak Martha
Saya bagi markah kesian kat brownies resepi kak Martha ni 7/10 ajelah. Walhal dalam komen, rating 9.5 yang diterima buatkan saya selok kero nak buat brownies yang menggunakan peanut butter filling.
Bahan-bahan (saya adjust sikit-lepas convertkan kepada timbangan gram/cawan)
Resepi asal kat SINI
120g butter
170g coklat kurang manis (saya gunakan milk chocolate coins jenama Berry's)
2/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper. Ketepikan.
- Panaskan butter dengan api perlahan. Apabila butter mula mencair, masukkan coklat.
- Kacau rata hingga coklat mencair sepenuhnya. Sejukkan.
- Apabila adunan coklat telah sejuk, masukkan gula dan pukul sedikit untuk memastikan gula larut dan sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Masukkan esen vanila.
- Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder. Juga garam. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
- Sediakan peanut butter filling.
50g butter
1/2 cawan gula halus (saya masukkan 1/4 cawan sahaja)
3/4 cawan peanut butter (saya masukkan secawan)
Sedikit garam
Cara-cara:
- Pukul butter dengan gula hingga sebati.
- Masukkan peanut butter dan garam. Kacau hingga sebati.
- Tuang sedikit demi sedikit filling ke atas adunan brownies.
- Bentukkan seperti marble/swirl untuk mencorakkannya.
- Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 40 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebelum dipotong.
salam kak chah...sehari tak bc citer kak chah..tak ceria idup..hehehe...
owhh.. sedap nampak!
for me.. anything with peanut butter sure i like it..... tiba2 tubik skeping londong..hehe...
Sy tak cuba lg, x boleh bg komen dulu ni..tp nmpk sedap
Salam kak chah..tak thn tgk peanut butter filling kt kek tu..pasti yummy!!
sedap ni kak chah..ada plak lemak2 peanut butter
Assalamualaikum...he he he he baba print resipi kat opis tu rasanya sampai sekarang masih berjalan..cuma sekarang dah tak sebanyak dulu lagi..2~3 keping je seminggu...kadang2 2~3 keping sebulan..bertambah baik tak kitaaaaa...
psstttt...boleh minta upah brownieeee...? motifff...sebab dah kurang print resipi kat opis...ha ha ha ha ha
Oh dah baca review kt kurang tak masuk list lah kot, hehe bab print resepi tu saya selalu buat naknya time bulan puasa hehe
Salam perkenalan. Brownie oh brownie. Ada banyak versi yang boleh dibuat. Salah satunya brownie yang ada caramel di tengahnya, campur pula walnut. Yummy! Brownie yang lembut apabila masih panas keluar dari oven dan kemudiannya tekstur berubah keras sedikit & merekah. Kegemaran anak-anak saya :)
salam..
texture brownies ni cam kek ke gooey?
You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ... sims 4 news