Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLUEBERRY MACARONS

Assalam ibuk-ibuk gojes dan manis-manis belaka. Wah senyum terus. Apa khabar mama mummy yang banyak lemak sekalian? Amacam? Hee. 

Mana datangnya angin gebu-gebu meniup saya tiba-tiba membuat come back dengan macarons ni. Ya, lebih setahun rasanya saya dengan muka selamba yaya dan keras hatinya mengenepikan semua 'order-order' dari anak-anak sedara. 
Pujilah macam mana sedapnya macarons Cikda ni, takde heh ai nak layan. Okeh. Saya nak mula. Mad mad macarons lah lepas ni. Merah biru kuning hijau. Tapi yang coklat masih menjadi pilihan. Dan owh, tolonglah pulak bagi banyak-banyak resepi kat saya yang gunakan kuning telur boleh?
Suatu hari 2 tahun lepas, saya beli macarons silicon pad jauh dari Singapore nun. Siapa lagi kalau tak sifoo macarons, Rima. Harganya, bisa membuatkan mata saya berkelip-kelip sampaikan susah nak berhentilah. Kelip-kelip ku sangka apipun rasa pelik, lu pehal?

Dan ceh ceh ceh, semalam saya ke kedai bakeri, ada beb jual yang copycat punya. Adeh, harganya lebih murah daripada silpad yang didatangkan khas dari Amareka tu. :(
Macarons coklat idola anak sedara saya kat SINI
Bahan-bahan:
Sumber : Chef Angelina ICCA
Bahan-bahan:
80gram serbuk almond (saya jemur tengah  panas untuk pastikan betul-betul kering)
140 gram gula icing
80 gram putih telur (pastikan pada suhu bilik)
65 gram gula halus
1 sudu teh perisa blueberry
1-2 titis pewarna pink
Cara-cara:
  • Ayak gula icing dua kali. Masukkan  serbuk  badam, gaul sekata dan ketepikan. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi, masukkan gula halus dan pukul lagi hingga adunan menjadi glossy dan soft peak*
* jika kita gunakan stand mixer, cabut beater-celup dalam adunan dan bila diangkat akan kelihatan bertanduk.
*Jika menggunakan hand mixer, cuba terbalikkan mangkuk, adunan stay dan buih-buihnya sangat halus dan glossy.Bahagian ini akan menentukan adunan kita licin dan macaron kita akan membentuk kaki yang sempurna.
  • Masukkan perisa blueberry dan pewarna pink. Masukkan campuran serbuk badam tadi (3 kali) dan gaul secara kaup balik dengan spatula. Semasa proses ini, adunan yang ok akan berkilat dan licin. Sila cuba jatuhkan adunan ke dalam mangkuk dan ianya akan membentuk simpulan riben yang besar.
  • Panaskan oven 20 minit lebih awal.
  • Sediakan tray yang dilapik dengan macarons silicon pad/silpad/parchment  paper. Masukkan dalam piping bag, dan pipekan mengikut template atau saiz  yang dikehendaki.  Rehatkan adunan kira-kira 30 minit. Bakar dengan api sederhana kira-kira 10-12 minit dengan suhu 150 deg C.
  • Sandwichkan dengan filling kesukaan.
CHOCOLATE GANACHE:
120g dark chocolate
110 g whipping cream
50g butter

Cara :


  • Panaskan whipping cream hingga timbul buih-buih halus. 
  • Masukkan butter dan chocolate, kacau hingga sebati. 
  • Sejukkan dan bolehlah dipipe pada macarons. Sejukkan macarons yang telah siap dalam peti ais.

22 Responses to BLUEBERRY MACARONS

  1. Ai masih kebal dek virus macaroons ni... Kuning telur banyak boleh le buat aiskrim, kuih jala emas atau susah susah goreng je makan ngan nasi. Bernas tak idea ai?

  2. wah wah kak chah..cantiknya..I tenung u..boleh tenbus skrin laptop ....nie..so sweet....me tak berani buat macarons..tah rasa macam susah bangat.....tolong sifu ajari.aku....

  3. gojesnya.. Bundo ni tak tergoda dengan macaron sebab tak tahan dengan kemanisannya tapi bila tengok macaron ko chah yang sungguh indah kejadiannya, sungguh mencabar iman ku chah.

  4. Comeeeyy sungguh macarons mu Chah, kakinya rapat2..dakap pun kedap2...apakah petua mu hingga kulit muka macs mu licin bagai lilin cair dituang....hehe

  5. assalamualaikum....
    Selalu singgah tapi tak tinggal jejak...ptg ni lalu lagi...he he...mac menggoda dan tergoda....cutela sesgtnya...:)

  6. Waalaikumsalam wani,

    Saya ternampak ada di yummie bakeri bangi. Tp saiznya saya x perasanla plak. Nnti saya tlg ushakan lg. Kalau nk yg mcm saya guna boleh order dgn rima spore. Dlm link yg saya bg kt atas tu

  7. Amboi k.ummi pujian x hengat.... Dlm setiap batch yg saya buat tu mmg akan ada yg cacatla retakla mcm2 juga karenahnya....lgpun kebetulan je tu..

  8. Heeee k.nor....

    Benar sebenarnya kata2 mu itu k.nor....tp sbb anak sedara suka pink punya pasal....cikda ni cuma turutkan aje...

Leave a Reply