2 weekend berturut-turut kami sekeluarga menghadapi cuti hujung minggu tanpa si Bapa Kacak aka Sang Arjuna Kacak Giler. Sedih tak intro?
Baik tak ada kena mengena walau secebis.
Dan ye betul, saya masih mengekalkan momentum dengan labu labinya. Dari muka surat pertama blog ni sampailah ke muka surat 141, semuanya menu berasaskan pertanian adalah perniagaan. Nak cari resepi jalapeno poppers grilled cheese with cipotle caramelized spinach pesto and sweet tapioca sila selak muka surat 142 ke atas okeh! :P
Haha gilos panjang nama resepi-resepi mat salleh ni kan? Agaknya kalaulah kari kepala ikan di English Edukesyen kan, lepas tu masuk dalam food network ke AFC ke, namanya mungkin akan jadi ini. Tamban Fish Head Curry with lady's finger & vietnamese herbs and chopped onion with garlic together with coconut milk and 'piece' asam (heheh asam keping). Muekeke.
Maaf, Kak Ummi mesti 'marah' saya merapu merapi kan? Pis Kak Hajjah!
Berjaman dah tak main sembur-sembur api. Sebelum saya sembur kaki Nabiha dengan api ni sebab malas mengaji dan banyak hal sungguhla kalau suruh buat homework baik saya lupakan niat jahat saya untuk mendera budak ebab perut 3 lapis macam mak dia tu. Eh Mak sedara dia tu.
Banyak resepi yang dahsyat-dahsyat untuk creme brulee versi ada labu ni. Tapi saya masih gunakan resepi dari SINI sebagai asas untuk membuat creme brulee ni.
Bahan-bahan:
200ml susu penuh krim
100ml whipping cream
1/4 cawan gula
2-3 titis esen vanilla
1/2 cawan labu (rebus, lenyek dan baru disukat)
2 biji kuning telur
Gula putih/gula perang -untuk ditabur di atas creme brulee nanti
2 biji buah markisa
Cara-cara:
- Masak susu dan whipping cream hingga mendidih kecil. Ketepikan dan biarkan suam sebentar.
- Pukul telur dan gula perlahan-lahan untuk sebatikannya sahaja. Masukkan esen vanilla. Pastikan tidak berbuih.
- Tapiskan. Masukkan labu yang telah dilecek terlebih dahulu. Kacau rata.
- Tuang ke dalam remekin/bekas yang sesuai.
- Letakkan remekin dalam dulang pembakar. Masukkan dulang ke dalam oven dan tuang air panas.
- Bakar kira-kira 20 minit atau hingga masak.
- Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
- Untuk menghidang, taburkan gula ke atas creme brulee tadi dan semburkan dengan blow torch sehingga gula menjadi caramel/mencair.
- Kaedah lain : masukkan creme brulee ke dalam oven dan bakar sebentar menggunakan api atas sahaja untuk mencairkan gula.
- Hidangkan dengan buah markisa (passion fruit). Owh, rasa masam manis buah ni boleh seimbangkan rasa lemak manis creme brulee ni.
Uhhh..xdan dah aku nak buat cenggini kalo ada labu.asyiiikkkk la labu masak lemakkk..harus lepas ni beli labu sorok dulu..sbb nak buat cenggini aaa..cammm sedappp...leleh ayaq lioq.Besa la kan..owang lepas kebah demam memang selera tambah...tapi menten tawww..hik hik
samala...aku pun beli labu buat masak lemak. Teringin gak nak buat cam ni tapi aku nak sudu bunga macam chah...mangkuk macam chah...meja antik macam chah..dulu baru aku nak buat...muahahahaha
Mantap...rasanya pasti creme banget....sudu kecik tu pun i suke...cute la
bilalah kita nak buat cream brulee ni...makan tahun pun belum tertunai2..yg penting..sukeeee labu..