Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEMONADE FRIZZY DRINK

Ha? berapa ribun riban pow suami untuk beli cincin baru? Apa?? tak dapat? bajet tak approve? omaigad!

Baik. Semua salah awak. Kan saya dah pesan suruh buat nasi impit dengan kuah kacang, hidangkan kat suami. Lepas tu himpit-himpitlah dia sikit. Tak buat, patutlah tak dapat. Heeee

Chill babeh!. Minum air sedap ni. Hilang dahaga. Pudar segala duka tak dapek beli cincin baru. Tak chill lagi?, ok teguk lagi. :)
Gini. 

Mungkin duit tu dia nak buat belanja mak dia beli henbeg baru yang dah 4 tahun pakai tak bertukar. Sedangkan kamoo selang 4 jam bertukar satu beg. So, kesian khann mak mentues kiter?

Atau;

Mungkin duit tu dia nak buat tukar kusyen kereta yang dah banyak sangat kesan tomfok-tomfok air tumpah, kuah kari tumpah. Tak tengok cekedis sampai segenggam kat celah bedah kusyen tu. Bila dia tukar baru yang empuk-empuk sikit, itu semua untuk kesenangan awak dan keluarga awak juga bila naik kereta tu nanti. 

Mungkin juga duit tu dia nak buat sedekah, amal jariah. Di hari jumaat yang barokah dia nak juga jadi champion menderma paling banyak masa sembahyang jumaat. Sapa yang bertuah?, awakkkkk juga sebab ada suami yang bertaqwa. Khann?

Ok, last.

Juga mungkin dia sudah ada perancangan sepraissss! untuk awak anak beranak. Usahkan cincin, tokey cincin dia belikan nanti!. Jadi bawak-bawaklah bersabar okeh?

Ce mana? Dah chill blom?
Ok, salin ni. salin ye ala-ala bucuk cayang tak dapek cincin. Hekhekhek.
Bahan-bahan:
1/2 cawan ice cream soda
1/2 cawan jus lemon (saya gunakan jenama sunquick)
Gula sesedap rasa
Rainbow jelly
Biji selasih
Ais dan air secukupnya
inilah rupanya rainbow jelly. Saya beli di kedai alat bakery (Yummie Bakery)
 Rasanya kenyal-kenyal asyikkk gitu.
Cara-cara:
Bancuh jus lemon. Tuang ice cream soda. Masukkan rainbow jelly dan biji selasih. Juga air dan ais.

Seterusnya, chill!

5 Responses to LEMONADE FRIZZY DRINK

  1. Bila sy dapat ni mesti hilang rasa seram2 sejuk mcm nk demam tp macam tak berapa nk demam pun ada...sakit tekak pun boleh terus hilang nih..

Leave a Reply