Tak sabar menunggu siang untuk sediakan kek 'tempahan' anak sedara rambut kepam bau bantal. Dia mintak kek 'warni-warni'. Mak sedara ni pulak takkan nak ngaku tak pandai, haruslah nak kena jaga reputasi dan kewibawaan. Nah ayat-ayat manifesto gitu! Kenapa? kamu kaget ya kerna saya bisa berbicara bahasa Indonesia? Emangnya rakyat Malaysia berbilang kaum dhong! Ada Melayu Mudah Lupa. Saya ini jutawan senyap dari Seberang juga warga Malaysia. Cina India, Nepal dan Bangla juga rakyat 1Malaysia kok!
Hee. Teremosi lah pulak ketua wanita bahagian ni. Saya tak sabar nak mengundi. Sebagai mana tak sabarnya nak tengok orang yang akan makan kek ini terkepot-kepot sengih sampai ke petang sambil menikmati kek ni.
Bila kita gembirakan orang, pasti Allah membalasnya dengan kegembiraan juga. Tapi jika orang mendurjanakan kita dan kita balas dengan kegembiraaan pada mereka, nak tak kalau Allah balas dengan kegembiraan berganda?
Nak? Sekali sekala cuba bayarkan tol untuk kereta belakang anda. Pasti si pemilik Saga Silver tu pening meneka-neki tapi anda di depan dok sengih sorang-sorang sebab berjaya berbudi walau sekuman untuk manusia. Oh itu andaian saja jika ada Proton Saga. Jika sebuah Mercedes berlampu sepuluh pun di belakang anda, mungkin impactnya lebih besar.
Apa impactnya, pasti boleh fikir sendirikan? Takpun wazzap je saya, sambil saya bagi jawapan, boleh saya rekemen produk baru penjagaan kulit ni. Pakai kat muka, muka jadi licin, uban hilang, tumit pecahpun jadi mulus dengan sekali oles, nak? Hegegege.
Kek span asas dan standard. Cubaan untuk mempetak-petakkan memang tak pernah pudar. Kot-kot tak adalah bersepai sangat macam NI.
Bahan-bahan:
Saiz loyang : 9 inci (juga boleh gunakan loyang 8 inci provided anda ada ring cutter yang sesuai dengan saiz loyang anda)
Sumber kek asas: Kak Yatie Ayu
5 biji telur
150g gula halus
1 sudu besar ovellete
150g tepung naik sendiri/super fine * jika menggunakan tepung gandum, campurkan tepung dengan 1/2 sudu kecil baking powder dan ayak.
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
80ml air (saya letak susu penuh krim)
Secubit garam
Pewarna dan perasa kesukaan (saya gunakan pink, hijau epal dan kuning)
Cara-cara:
Bahan-bahan:
Saiz loyang : 9 inci (juga boleh gunakan loyang 8 inci provided anda ada ring cutter yang sesuai dengan saiz loyang anda)
Sumber kek asas: Kak Yatie Ayu
5 biji telur
150g gula halus
1 sudu besar ovellete
150g tepung naik sendiri/super fine * jika menggunakan tepung gandum, campurkan tepung dengan 1/2 sudu kecil baking powder dan ayak.
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
80ml air (saya letak susu penuh krim)
Secubit garam
Pewarna dan perasa kesukaan (saya gunakan pink, hijau epal dan kuning)
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan ringan. Masukkan minyak dan susu. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung dan sedikit garam. Pukul hingga rata dan kembang.
- Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Saya masukkan ke dalam bekas yang sama saiz dan isi adunan kek dan timbang.
- Satu adunan dicampurkan dengan pes lemon dan pewarna kuning. Satu lagi masukkan pewarna hijau epal dan pes pandan. Akhir sekali masukkan pes strawberry dan pewarna pink ke adunan terakhir.
- Kacau setiap bahagian perlahan-lahan hingga sebati warnanya.
- Oles loyang dengan sedikit minyak dan lapik dasarnya dengan kertas parchment/baking paper. Tuang adunan dan ratakan.
- Bakar setiap kek pada suhu 170 darjah C kira-kira 10-12 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong menggunakan ring cutter.
Bahan-bahan untuk buttercream:
250g butter berkualiti tinggi (juga berharga tinggi. Hukhuk) -saya gunakan SCS butter
1/2 cawan gula icing (ayak 2 kali)
2/3 cawan whipping cream (non dairy) -saya gunakan brand Rich kotak biru
2,3 titis esen butter (pastikan yang halal kerana kebanyakan esen butter mengandungi alkohol seperti brand wilton)
Cara-cara:
- Putar butter hingga warnanya agak pucat.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit serta beberapa titis esen.
- Masukkan whipping cream dan putar hingga kental. Sedia untuk dilepa pada kek.
- Saya gunakan ring cutter bersaiz 6 inci, 4 inci dan 2 inci. Jadi saya akan dapat 4 ring kek untuk setiap warna. * jadi saya ada 1 bulatan kek saiz 9 inci, 1 bulatan saiz 6 inci, 1 bulatan saiz 4 inci dan 1 bulatan saiz 2 inci.
- Susunkan secara berselang-seli warna kuning, hijau dan pink.
- Seelok-eloknya kita perlu buat 4 keping kek untuk disesuaikan dengan 4 bulatan kek dari setiap warna. Jadi susunan warnanya akan lebih seimbang.
- Untuk memudahkan sapuan cream ke setiap lapisan kek, gunakan piping bag. Kaedah ini lebih mudah dan kurang comot. Kemudian barulah ratakan dengan spatula. Setiap kali ingin meratakan kek, pastikan spatula dilap bersih.
- Susun di atas cake plate dan sapukan setiap bahagian kek dengan buttercream.
- Tekan-tekan sedikit kek agar kedudukannya rata.
- Apabila selesai, buat crumb coat pada keseluruhan kek dan biarkan set sebentar dalam peti sejuk kira-kira 10 minit.
- Tujuan untuk crumb coat adalah untuk memerangkap serdak-serdak kek agar tidak bercampur dengan buttercream semasa proses melepa keseluruhan (icing) kek nanti.
- Apabila kek telah set, sapukan dengan butter cream dan hiaskan mengikut kreativiti.
- Kali ini saya hiaskan dengan ros comot sebab lama tak praktis. Tapi kalau praktispun belum tentu bunga ros saya tak comot. Hoho. * Untuk menghasilkan bunga ros, gunakan nozzle bersaiz 104. Sila rujuk 'wilton rose' di you tube untuk cara yang lebih efektif bagi menghasilkan buttercream rose.
- Ring cutter juga terdapat pelbagai jenis. Ada yang dijual loose mengikut saiz. Ring seperti ini lebih kukuh dan lebih tajam. Manakala ring yang telah dipatri mengikut saiz agak ringan dan agak lari bentuknya kerana bahan acuan yang agak lembut dan nipis.
- Ada juga ring cutter yang boleh dilaras saiznya. Maknanya satu ring tetapi mempunyai 3-4 saiz yang berbeza dan boleh diadjust. Ring ini juga lebih berat dan kukuh.
- Selain ring cutter ada juga acuan ready made khas untuk checkered cake. Bagi jenama seperti wilton, harganya agak mahal pada saya golongan marhaien ini. Tetapi pilihan yang ada, acuan yang lebih kurang sama dengan produk Wilton yang dijual di kedai-kedai alatan dan bahan bakeri.
Fuhhh kalerful gitu. Tak dapat rasa kek, dapat bunga ros sekuntum pun jadilah...
Waaa... meriahnya kek mu Chah...cantek banget!!
Assalamualaikum Chah, waaahh sesekali jadi penglipur lara tersengih2 akak baca, sesekali jadi ustazah cum motivator....ya bayarkan tol untuk orang di belakang anda, bila anda ditimpa resah, nescaya akan bahagia selepas itu....seperti pernah ku dengar itu yaaa, tp di manaaaa....hehehe, radio Ikim.fm....pilihan kita ya Chah? Apapun, cubaan terbaik, kalau akak, serah kalah terus wpun pada budak kecik...x kuasa aaiii..hehe..
Amboi kak chah...cantiknyer...siap bunga bagai...klu saya xsempat nak buat camni. Buat kek biasa pon terkedek-kedek cam itik gembo2 hehehe.
fuiyooooo..mmg mengancam lagi meletopp woo!!!
Kretip btl..kita x pas lg nk memetak tue..he hee
santek tertarik menarik..suka nyer tengok tangan orang yang berseni nie...
kelassssssssss ko chah oiiiiiii...... cayalah sama ko! aku numpang nengok jer dulu! buat ntah jaman apa tak tau hihihi
atoi laaaa... alki aku nih suka nyibuk tab aku! huh! arap maklom msg dr dari aku yang cun! hahaha