Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY & CHOCOLATE SAUCE

"Mama, KAWAKASI tu apa?". Soalan dilontarkan Nabiha memecah keheningan pagi dalam perjalanan singkat kami ke Tadika Al Hannah.

Saya sedang memandu, otak berputar ligat. Harus kalau ada depan laptop ataupun ada access internet di tangan saya gugel dan-dan tu jugak.

Pertama sebab saya tak mahu membantutkan semangatnya yang tengah rajin membaca. 

Ke dua, sebab mak kenalah lebih terers giles mengalahkan Ticer Wan dia. Haruslah kan?
Owh. Sebenarnya tak perlupun kita nak beritahu, wahaiiiiii doniaaa, akulah orang yang paling pandai, aku jugalah yang paling tak ada jerawat. Dan akulah orang yang ada kasut merah biru oren segala tona yang matchy-matchy siot dengan henbeg, baju, tudung dan juga kabinet dapur. Huh!
Orang berada, tidak akan mengaku dia ada. Cuma orang yang tak punya, selalunya bersusah payah untuk membuktikan bahawa akulah orang yang ada segala-galanya...

Ok. Kawakasi tu apa? 

Err, dedikasi ke Nabiha? Nabiha buat muka tak puas hati. Aiseh salah lah. Pening kening juga saya memikir. 

Patah balik dari hantar dia dari Tadika. Saya terpandang signboard sebelah kedai tayar. KAWASAKI. Oh, kawasaki rupanya. Ini semua sama kes dengan KUSDIWANITA dan jugak NORKUSAMALARI lah ni...
Patutlah dia lireks je sambil naik lorrer coaster tak ada teberi.... cekuali kalau saya bentang sedajah dekat  dorio. Heee, itu baru sebahagian vocab spesel Nabiha.

Sedap betul bread pudding. Jadi ala-ala orang Amareka kalau ada breakfast dengan puding roti ni. Sudah biasa dengan sos kastard, kali ni saya curah sos strawberry dengan sos coklat sekali. Naik ke Utara Amareka terus jadinya.

Tanpa sukatan wajib ikut ketat-ketat. Yang kena ikut berapa keping roti nak dipudingkan, lepas tu sediakan bahan cecairnya mengikut keperluan. 

Humm..Makan puding ni terus  jadi rindukan Noli dan Nobit sebab penggemar tegar puding ni. 

Li, mung sayang aku lagi tak? Kalu mung sayang, dis is for you. 

Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 3 remekin
3 keping roti putih
1/2 tin susu cair (200ml)
3 sudu besar whipping cream
4-5 sudu besar gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis
Sedikit marjerin untuk sapuan pada remekin (loyang)
Cara-cara: 
  • Potong kecil roti.
  • Campurkan susu dengan telur. Masukkan gula dan esen vanila. Kalau hingga larut.
  • Tapiskan.
  • Masukkan whipping cream dan kacau rata.
  • Masukkan roti dalam remekin. Sebelum itu, sapukan remekin dengan marjerin. 
  • Selang seli masukkan kismis.
  • Tuang adunan susu dan tekan-tekan sedikit untuk memastikan roti menyerap susu dengan sepenuhnya.
  • Akhir sekali tuang baki adunan susu.
  • Bakar pada suhu 170 darjah kira-kira 15 minit.
  • Sedap dimakan suam-suam dengan sos pilihan.
Resepi sos coklat kat SINI. Resepi sos strawberi pula kat SINI

11 Responses to BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY & CHOCOLATE SAUCE

  1. sedapnya, tapi saya suka guna butterscoth, tertambah2 lemak lah hehe, makan dgn sos kan wah

Leave a Reply