Suka sangat dengan kuih lama-lama. Lagi lama lagi antik lagilah saya gumbira. Tapi jangan cepat sangat buat andaian dan ramalan. Bukan bermakna bila saya asyik craving for (hamboi! oh my english kau!) kuih orang lama-lama disebabkan bila-bila masa dari sekarang saya boleh jadi penghuni muzium tetap dan berpencen!.
Heyy, tak ada yang lama tak ada yang baru taw!
Heyy, tak ada yang lama tak ada yang baru taw!
Kuih wajib kenduri kendara di kampung halaman saya. Dulu. Tapi sekarang mungkin macaroon dan pavlova pula mengambil tempat. Kesian gelek kepek!
Cuma itulah, bila banyak sangat yang manis dan berlemak dok berlegar-legar di aras mezzanine dalam peyut boyot ni buatkan rasa kesal tu datang main cak-cak pula dalam minda. Apatah lagi bila membayangkan kesukaran makcik saya bertarung nyawa selepas operation membuang blood clot di kepala, rasa bimbang tu datang bertimpa-timpa. Maknanya bila ujian sakit itu disua kepada kita, tanpa memilih rupa dan usia, siapa kita untuk tidak bersemuka. Siapa kita untuk tidak sudi terima.
Jadi cegah sebelum parah! *tetibe!
Tapi takkan la saya nak cegah anda makan dessert kenyal gedik ni bila dah ada depan muka kan? Suap ajelah perlahan-lahan. Cuma kalau nak tambah lagi dua mangkuk tu perlahan-perlahankanlah juga. Bukan apa, orang kendian pun nak merasa sama! Weewiiiiii, tetiba terpantun seloka kita ya?!
Bahan-bahan:
versi asli kat sini
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya (anggaran 1cawan)
Pewarna kesukaan
1 1/2 cawan santan
Gula putih secukupnya
1/2 cawan susu cair
Secubit dua garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:

- Sediakan air rebusan seperti hendak membuat buah melaka.
- Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh seperti membuat buah melaka. Tambah atau kurangkan air jika masih tidak mendapat doh yang lembut dan tidakmelekat pada tangan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian.
- Campurkan 1-2 titis pewarna kesukaan pada setiap bahagian doh tadi.
- Gentelkan bulat dan tekan tengahnya untuk membentuk lubang kecil.
- Rebus kuih hingga timbul. Toskan.
- Masak santan dengan gula. Masukkan daun pandan dan secubit garam.
- Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
- Kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah minyak.
- Masukkan kuih tadi ke dalam kuah dan sedia untuk dinikmatinya.
nama kucing gee kepek tau sbb telinganya kepek sebelah... hehehe...
HAHAHAAA...gelak sakan dulu dgn ayat2 novelis di atas tu..
Ermm..akk x pernah dgr nama dessert ni.. baguslah awak Chah...tau mknn turun temurun.. Macam butir nangka kt sini pun ye gak gelek kepek ni...