Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BINGKA UBI URBAN

Assalamualaikum..

Wahhh poyoponyer asyik update blog aje lately. Rajin bertempat dan asyik buat baik berpada-pada nampaknya. 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang saya cuba berselindung di sebalik dagu yang masih dabel deker ni. Yelah, takkan 4,5 bulan mengisolate kan diri tak ada berita langsung kan, baik yang benar ataupun palesu.
Paling tak boleh tahan seketul lens kesayangan hamba telah terbarai. Beli aje yang baru bukan solusinya di saat ai sedang ngumpul sari seposen ni. Atas seposen tulah nak buat beli lens ganti, buat beli bedak 'Arab' dan lain-lain lagi. Owh. lupa. Tabung derma kilat untuk beli lens ada  kat pintu depan blog ni. Hulur-hulurlah 4,5 posen sorang ye. Jangan buat-buat tidur ataupun bertafakur sebentar pulak bila dengar bunyi krek-krek roda tabung yang dah berkarat tak cukup minyak pelincir lalu depan korang. Tapi spot rim pak imam menten 30 inci. Heh
Saya dah hampir khatam meneroka blog kawan-kawan. Banyak yang ketinggalan. Menupun wah dahsyat-dahsyat betul.  Dari pengamatan saya, rasanya hasil dari menu-menu yang tersangatlah walla gitu tu, mesti ada jugak yang dah jadi sama spesis dengan ai kan, dagu 2 ketul? kan? baik ngaku!

Bingka ubi fenomena ini memanglah keeper rasa dan perasaan bila mengunyahnya. Kali ini dengan penukaran suka sama suka bahan utamanya yang saya lakukan kerana geram! mesin kukur nyior elektrik rosaklah pulek!  Jadi kalau ada nyior yang nak dikukur tapi mesinnya tak ada, so proses menjadikan nyior itu berjurai-jurai macam air mata Dhia takkan berlaku. Iye dok?

So hampir berjurai-jurailah air mata ai kena menyagat ubi. Memang 'kasi gegar punya' lengan nak nyagat berketul2 ubi tu. Abis muka berminyak sume lepas sagat ubi, dah  malas ah nak ke kedai bawah tu untuk cari kelapa parut pulak. Kang banyak pulak soklan budak cashier tu, eh lengan akak dah kurus? apa rahsie yer? 

Apa ai nak jawab? 

Untuk versi sebelum ini  sila derma dulu untuk tabung lens saya tu, then  barulah klik kat SINI


Bahan-bahan:
3 cawan ubi mentega/kuning yang telah diparut (anggaran daripada 1 1/2 kg ubi)
1 1/2 cawan whipping cream
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin/butter
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Parut/sagat ubi. Jika ubi kelihatan seperti banyak air, perah dahulu untuk membuang airnya yang agak pahit tersebut. 
  • Campur semua bahan dan kacau hingga gula hancur. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin. Bakar hingga masak. 
  • Jika menggunakan loyang kecil, anggaran masa membakar kira-kira 25-30 minit. 
  • Apabila bingka telah masak, oleskan dengan sedikit marjerin ketika bingka masih panas-panas. 

Rasanya? Rasa lemaknya sangat menyerlah. Sebabnya ada whipping cream dan tak ada kena mengena dengan lengan yang dah mengecil dalam khayalan je tu. 

Kira boleh terkehellah mata Cik Martha 'Stewardest' baca resepi ai  tu nanti. Kalau tanya saya, memang mak  bagi markah seratus. Atau dalam bahasa Nabiha markahnya adalah nombor terakhir dalam dunia ini. :)



6 Responses to BINGKA UBI URBAN

  1. ooops, cadang nak lolap dah, ternampak lak bingka lemak manis disukai ramai nih...ada lagik ke? kalau tak alamat mimpi lah wak den mlm ni....bingka oh bingka ubiiii. hu hu

  2. Wah, saya memang suka bingka ubi. Suka jugak sebab Kak Chah dah kembali menulis seperti biasa dan suka lagi sebab dah tengok muka Kak Chah kat Aroma.

  3. senang kiranya bingka dah siap diacu macam ni...tinggal masuk mulut je..teringat ubi membusuk bulan lepas dek tertangguh2 nak buat bingka...sayangnya..

  4. Salam ukhuwah. Rasanya first time i borak ngan u ni. Dulu masa lens kamera Nikon meletup (crack) dalam kereta, tak de sorang pun yang nak tolong ganti. Kumpul duit sendiri beli canon compact camera je, murah gambar cantik, bila lens dia rosak, pun tak de sapa nak hadiahkan ke ape. Kali ni sgt harap hubby ganti.. mmmm..tak de jugak. Hasil simpan hari-hari dapatla beli kamera baru.. hehehe.. sian kita ek...

Leave a Reply