Tahun dah beralih. Bulan dan hari dan waktu dan detik lagilah. Berputar-putar dan berpusing-pusing ligat betul. Apa khabar orang di sana? Saya masih saya yang lama. Kulit je ada pertambahan kerepot dua line. Krim ubanpun makin berderet dalam lemari solek. Almaklum ai dah 40 yu. Huks!
Rindu pada kawan-kawan semua. (Ayat pembuka memang kena stended dan tak boleh bla punya) Tapi apakan daya, tak ada usaha lebih untuk cari masa tambah power jiwa, beginilah jadinya. Sikit lagi blog ni nak terbengkalai dan terbaghai!
Banyak cerita menanti. Tapi nanti-nantilah kita gebang-gebang sambil sip-sip kopi pekat bancuh dengan air panas menggelegak pada suhu 100 darjah selsius. Gula kasi kurang. Akak memang jaga pemakanan sekarang dik. Bukan apa risau juga kalau banyak sangat ambil gula, hilang pulak segala kemulusan kulit kaki. Macam tak ada kaitan. Hummpp.
Kuih koci edisi terhad untuk kawan-kawan yang tak jemu-jemu kelebet blog basi ni. Kokye ai lama tak bermesorat tingkap dengan yu ols, janganlah pinggirkan ai pulak ye.
Untuk Inti
1/2 biji kelapa inti (diparut)
2 -3 keping gula melaka
Gula pasir
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara:
- Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
- Masukkan simpulan daun pandan.
- Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Untuk kuih:
1 cawan keladi yang telah direbus dan dilenyek
1 1/4 cawan tepung pulut
Sedikit garam
2-3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu
2-3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata.
- Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
Sedikit garam
Cara-cara:
- Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
- Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
- Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.
Cara-cara untuk membungkus kuih:
- Gentelkan inti sebesar saiz duit 20 sen. Ketepikan.
- Ambil adunan tepung anggaran sebesar duit 50 sen dan bungkus inti tadi. Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum.
- Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
- Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
- Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak.
Ni ha, nak cakap salah. tak cakap macam tak kenalah juga. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Majalah Aroma kerana 'berani mati' tempek kisah blog Kak Temah yang haprak lagi kepam ni.
Cuma tulah, saya mintak maaflah banyak-banyak kalau rekod jualan Aroma untuk bulan Mac merosot dek kerna saya. Hukhuk.
Welcome home chah... nk tapaw kuih koci boleh...
Selamat kembali Kak Hjh Chah..rindu taw dgn celoteh akak yg kelakau tu..ni pon dh geli hati...ni br mukadimah kan!
InsyaAllah tak pernah pinggirkan u... malah sentiasa ternanti2 kepulangan Hajah... alhamdulillah.. seorang lagi dah kembali berblog selepas kak Anymz, Kak Ummi & kali ni giliran Chah pula... welkambek dear.. kuih koci mu menggamit2 mcm i nak capai.. tp tak kesampaian... nak ambil bau pun tak dpt.. i cuci2 mata sajalah ye.. hehe...
next entry tak sanggup i nk tunggu next year tau...
Assalamualaikum puan hajjah. Ingatkn dah pencen hiiii....
nk dua tiga ketul koci tu bole?
Lama tak menjelma entri bau, sekali keluar, terus resepi terbaeek
Memang lama tak menjama kuih koci...yang ni lagi best...koci keladi...uuu enak tu.
yezzzaaa....apa kabo....terubat rindu nak baca celoteh kat sini...esok ada entri resepi yang dicilok dari sini...macam janji2 lak ya. Kira entri tu macam celeberate kemunculan Chah yang dah lama membisu...:)
dah tengok Chah dalam aroma tu mmg best lah ur resepi tu, yg ni lgi mesti nak kena cuba jugak bintang2 Aroma ni heee
Kak.ingat saya lagi..sayaa sayaaa..alaa sayaaa...saya tak mo bagi perumpamaan saya dengan sapa kak..nanti akak ckp saya siok sendiri..saya xmo kak..saya ikhlas xnak samakan saya dengan rozita che wan yg nak kawin ngan zen tu kak..opss
Hahaha..akak welcome back.hope sihat sentosa.dah tahniah di aroma..
Miss uuuu..bukan miss j okeh..
Welcome back chah:-)rindu nak baca celoteh chah nie..
hurmm...lama dah tak baca ko punyer gebang chah, windu ooo...
moga suksess yunk.
p/s-aku jumpa kak zam kat pekan bulan 2 itu hari...dia niaga pau skrg ni.(TAK TANYA PUN...hahaa...saja nk bg tau kt ko...sbb msa jumpa dia,ada gak aku mention nama ko kt dia)
Jangan berenti berceloteh..Sambil2 selongkar dapur ni sambil senyum2..He3
Tenggss semua...terharu den...auff auff....ambik nafas diva sat....;p
salam kak..
lama berehat,yg hebatnya dah bergelar Hajah..tahniah, doakan saya pula yang entah bila akan menjadi tetamuNya..mudah-mudahan dipermudahkan..
Kuih koci keladi; mmg enak sangat ..(penggemar tegar ni kak)..
chah!!! ehh hajjah chah!! welkam bek! aloooo.. rindu sungguh dgn dia sorang ni.. akhirnya on air balik.. ingatkan nak bela hutan dah blog ni chah hehee
miss u sungguh2 tau.. duk ketuk jer entri lama tu.. huhu.. tak ada org reply.. ikut hati nak bawak diri rasanya.. sapa lah diriku huhu
panjang ai berceloteh.. bak sini kuih koci 3 bj, kopi O panas se mug..
huk alohhhh baru masuk 4 series ya... ingatkan dah 5 series.. hahhahaah... welkam to the club la ya.. :)
Kak nor...dari sehari ke sehari nk sambung perjuangan kt sini..x tersambung2 jugok...last2 sampai 4,5 bln x ber update....ai pun winduuu sama kamoossss!!!
sedapnye... suka makan kueh koci tp lum pernah makan yg ada keladi camni...nyum3x