4,5 kurun yang lepas pernahlah sekali saya buat taufoo fah ni. Masa tu saya gunakan resepi dari Blog Zaliana. Itu ajelah sekali. Lepas tu, macam biasa- sandar pada kenangan. Bagus!
Tapi kelmarin terlebih rajin lah pulak nak proses soya sendiri.
Tapi kelmarin terlebih rajin lah pulak nak proses soya sendiri.
Tapi itulah, kalau dah namanya bukan pengusaha produk soya, banyak kelengkapan tak cukup. Puas saya cari kain putih untuk buat tapis. Masa ni nak guna, masa tulah tak ada. Adalah perca-perca kain pelbagai tona, tapi kang tak pasal-pasal soya saya sayu siyes jadi kaler maler sebab warna-warni kain 'menurun' ke air soya Kak Temah.
Toleh kiri kanan, atas bawah, jumpa kain telekung anak yang lama. Gasak situ. Geli? Takkkk ok! kalau nak dibandingkan dengan berita gempar satu Malaya kes penjual soya ludah dalam air soya yang dijual tu, mana yang lebih geli? Yucks!
Saya tak salahkan penjual yang meludah tu. Dia rakyat Malaysia yang taat beradab baik pekerti mulia martabat tinggi gitu. Kitakan dilarang meludah merata-rata. Jadi dia meludah serata ajelah. Persekitaran terjaga, kuman tidak bebas menyebar bahana. Haa gitu!
Kali ni saya cuba resepi dari Baking Quinn. Nak kata sedap sangat tu tidaklah, tapi bila dah sudukan ke mulut beberapa ribu kali sampai naik lenguh siku, memang asyik dan ralit. Mungkin sebab berkat guna kain telekung anak yang dibuat tapis soya? Kebarangkalian tu ada.
Bahan-bahan:
4 cawan air soya panas (tanpa gula)
Coagulants *
Bahan-bahan coagulants :
1/2 sudu teh gypsum powder
(boleh digantikan dengan 3/4 sudu teh pectin atau GDL) aduhh macam buat ujikaji kat lab sains pulak doh!
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar air
Cara-cara: Campur semua bahan dan kacau rata.
Cara membuat taufoo fah:
Coagulants *
Bahan-bahan coagulants :
1/2 sudu teh gypsum powder
(boleh digantikan dengan 3/4 sudu teh pectin atau GDL) aduhh macam buat ujikaji kat lab sains pulak doh!
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar air
Cara-cara: Campur semua bahan dan kacau rata.
Cara membuat taufoo fah:
- Masukkkan coagulants dalam bekas yang sesuai (yang boleh menampung 4 cawan air soya itu nanti).
- Tuang air soya panas ke dalam bekas berisi coagulants perlahan-lahan.
- Biarkan set kira-kira 45-50 minit.
- Jangan sesekali mengacau campuran air soya semasa proses ini. Nanti tak jadi nangis!
- Hidangkan dengan air gula melaka. Sejuk atau panas, boleh belaka!
salam kak chah... lamanyer xnmpk datin mengapdate... hihi...
windu nk makan tau fu fa.. sbb kemalasan kan, bila teringin tu tun guna cara Love buat, guna tauhu lembut. kui kui... walaupun x sesedap taufu fa ori, tp buleh laa lepaskn gian nk makan tu. hihi..
gypsum powder tu 1st time dengor. jakun!! pectin tu dgr nama penoh laa, tgk depan mata xpenoh lg. GDL tu mcm pos express je nama dia. haha... mana nak cari semua2 tuuu datin ooii... kt bakery bintulu blom tentu ada nih.. agak2 kene gi pecah masuk scince lab mana2 gi cari nih. ahaks
hubby QH suka mkn ni...nti bleh la cuba buat sdri pula...
Tq yea resepi...
nampak sedap.. warne kuah menarik.. presentasi ok lah.. rasa? hmmm meh bagi 10 senduk gulai nak wase.. leh?
erkkk.. apa ni main ludah2 nih.. ishh tak senonoh sungguh!! heeeeeeee... chah.. org tu nak 10 senduk gulai tu nak bukan main lg kan.. pelahap betul la.. hehe k.nor tak mo banyak 1 cup dah la.. ehhh 2 cup, satu tu utk cik abg ku.. sayang dia kan, kena la bg sama dia gak kan.. hehe
Yes....Kak Chah dah kembali...hehehe..saja la tu nak buat gempak come back on 29th February....hehe...apa pun rindu dengan celoteh Kak Chah didapur...
Milah, bz sket minggu lepas...:)
Kak Nor, ada dulu org masukkan dalam u tube yg kes penjual air soya ludah dalam setiap plastik air soya yg dia jual...huhuhuu...carila kt u tube..
izah...takat sepoloh senduk no hal, sebab mokcik ada berpuluh2 senduk lagi ni...hiihi...sedap sbb soya leh buat pekat2...
QH, agak2 time nk buat air soya tu, lajak kan la terus buat taufo fa plak...:)
Tun..hehehe...kalau kat Bintulu susah nk cari, mmh kena hijek lab sains la kalu gitu, lagi hebat2 chemical dlm lan ada...hihihi... GDL tu cm soda bikarbnat rupanya. Pectin tupun saya x pernah jumpa.