Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GELEK KEPEK


Seminggu dua ni saya rasa tahap keberlagakkan saya di puncak awan la. Takbur betul bila stok kelapa ada setimbun dan stok gula nisan ada 4 timbun. Alangkah indahnya hidup bila ada insan yang sayangkan kita macam mana dia sayangkan IC dan kad ATM dia. 


Gula nisan Terengganu ada orang belikan. Bukan satu penjuru, dari dua penjuru. Baik betul hati sahabat ini bila sanggup bersusah-payah balik ke Terengganu semata-mata untuk belikan nisan ni. Azo, saya sayang kamoo. Kuhkuhkuh.  *Harus lepas dia baca ni lepas ni bukan setakat gula nisan, batu nisanpun dia tempahkan untuk saya. Hohoho.

Begitu juga dengan adik ipar dabooom sorang ni. Sanggup terima tawaran belajar di Terengganu sebab mudah bagi dia untuk belikan gula nisan ni. Hihihi. 

Ada stok ni, joli sakan la. Kuih tradisi (?). Tak pasti asalnya dari mana. Masa zaman BMI saya pada tahap selamat dulu-dulu-dulu, kuih ni selalu disediakan  masa kenduri-kendara di kampung saya. Meriahnya 'malam besar', begitu jugalah meriahnya masa nak sediakan kuih ni. Gelek-gelek, dikepek-kepekkan. Hamboi, nama ikut proses membuatnya gitu. Sah, masa tu penciptanya tengah kekeringan idea ya amat. 


Ada sedikit persamaan dengan kuih puteri mandi, tapi kuih ni hadir tanpa disalut kelapa. Jadi kalau puteri mandi tu mandi susu, kuih ni mungkin mandi lumpur dari laut mati, atau mandi bunga sebab nak buang ketuat nasi kat perut?

Yang saya pasti, masa makcik-makcik yang datang kenduri tu menggentel kuih ni, mereka suka gentel sambil mengumpat, kenapa ek?  Kenapa tak hafal aje Doa 7 Pintu ke, Ayat Seribu Dinar ke?  Saya perlukan penjelasan kukuh! 


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya (anggaran secawan)
2 cawan santan pekat (daripada 1 biji kelapa)
1 keping gula nisan saiz sedang
Gula pasir (jika berkaitan)
1-2 helai daun pandan (koyakkan dan simpul)
Secubit garam


Cara-cara:
  • Sediakan air rebusan seperti hendak membuat buah melaka.
  • Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh seperti membuat buah melaka. Tambah atau kurangkan jika masih tidak mendapat doh seperti buah melaka.
  • Gentelkan bulat dan tekan tengahnya untuk membentuk lubang kecil. Berhati-hati jika memakai kuku palesu, dibimbangi kuku akan terlekat pada doh kuih. Heeee
  • Rebus kuih hingga timbul. Toskan
  • Masak santan dengan gula melaka. Masukkan daun pandan dan secubit garam. 
  • Kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah minyak. 
  • Masukkan kuih tadi ke dalam kuah dan nikmatinya sebaik sahaja anda selesai belly dancing. :D


10 Responses to GELEK KEPEK

  1. alahaiii...masa CNY tu hari g Ganu, dah npk gula nisan tp tak teringin pulak nak beli sbb entah bila ada masa nak wat kuih tp bila chah tayangkan puteri mandi lumpur ni cam rasa nyesal lak tak beli...

  2. Chah

    gula nisan sampai sekarang I lom nampak kat sini..if not harus I beli jugak..one more thing, sorry arr but the title tu kelakar jugak arr...coz I tak pernah dengar lagi..heheh..tapi mengancam beb tu dessert!

  3. Nise bukan nisan baru naik aura gula nise dari ganu. Dok? Penjelasan kukuh? Huwee huwee.. Eh pesal gelak gitu pulak. Aku nyer pngalaman msa knduri pernah mngutarakan crita2 kisah pngorbanan mujahidah dan isteri2 solehah sesambil potong bawang. Agak2 apa org lain rasa masa tu? Eh diorg buat muka "ada aku kesah". Haha.. Bila bab ngumpat, tu dia mata mcm sinetron indon tercekik kuih gentel kepek ni. Hahaha

    Mampus aku kena ketuk kaang ni

  4. ini sudaa lebeyyyy!! orang ganu pong takdok stok nissang banyok gitu weehhhh!! hahaha...
    hadoiii.. sedap betul ler gelek kepek tu... terliur sudah... lebih kurang je ngan bubur candil ni kan? beza rupa jer.. & ada akak terdengar jiran sebelah rumah orang kelantan panggil puteri mandi tu 'kepek idung' hehehe.. rasanya mcm ada sikit2 persamaan nama gelek kepek ngan kepek idung.. kehkehkeh...

    p/s: ehh.. kenapa bila akak masuk blog chah ni.. kdg2 terasa mcm masuk blog 'kucingorengemuk' sedarooo kooo? hehehe...

Leave a Reply