Mengimbau kegemilangan zaman kanak-kanak riang air sirap (sebab masa tu emak tak mampu belikan air ribena) bila makan nasi lauk ayam, rasa something meresap dalam jiwa. Kesedapan yang tak terhingga. Bila berlaukkan ikan masin pula, mulalah muka mencuka dan terasa diri seolah peserta rancangan 'Bersamamu' di TV3. *E eh, macam berpantun seloka pula.
Dan bila usia di ambang senja, kedutan melata di muka, uban menular seluruh kepala, lauk ayam hilang pesona. Ikan masin dan lauk-lauk kampung pula bertahta di jiwa. Kenapa ya? E eh, betullah, memang macam berpantun! Kih kih kih.
Apa da, ikan masinpun mak mentua bagi. Belum yang lain-lain lagi. Jadi sekali sekala saya perlu juga menginsafi diri. Menoleh kiri kanan dan ke dalam diri. Cari yang mana perlu dibaiki. Siapa tak mahu gelaran mithali yang abadi.
Tahniah kepada sahabat yang menjadi 'maharani' di mata keluarga mertua. Kamoo bertuah. Tetapi saya lebih teruja untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang tidak henti-henti berjuang untuk 'memaharanikan' diri di mata mereka (erk?! ada ke perkataan ni? tak apa, kita adakan, selagi DBP tidak tangkap saya atas kesalahan berbahasa. Hui!)
Buat sahabats itu (kamoo tahu siapa anda) silakan dengan berani merentas segala onak dan duri hoqqay? * duhh letih dah berpantun, nak makan nasi dengan lauk maharani ni pulak. Mari la oi!
Bahan-bahan:
5-6 keping ikan masin Talang (campurkan bahagian tulang dan isi)
1/2 biji nenas
2 cawan santan
1/2 cawan santan pekat
Segenggam kecil cili api
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
Garam jika berkaitan
Cara-cara:
- Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit. Masukkan ke dalam santan. Masukkan serai yang telah dititik.
- Masukkan ikan masin dan nenas. Masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan santan pecah.
- Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam.
Wallaaa...sedapnya..emm habis lg tisu klu mcm ni..
cik sri siantan..
mak mertua sayapun ada mengirim ikan talang ini semasa anaknya singgah menjenguk dia..
akan kumasak dengan penuh kemaharanian utk si maharaja hatiku.
Assalam Chah weeeyyyy....amboiii kalau Chah kata Chah dah tua...akak ni lg la terasa2 ketuaannya, wpun mcm x ngaku...apa ada pd umur kan..yg penting hati dan minda muda selalu...wakakakkaa. Hah, gulai lemak ikan masin + nenas, nostalgia bila akak citer kat blog suatu masa dulu, tercekik Gulai Lemak Ikan Sepat + Nenas la jgk...pastu serik mcm lama x makan dan x masak dah...hahahhaha...siap kena buli dgn GMM lg terutamanya si Mat Gebu n Mama....wakakakkaka, sabauuu jek laa.. Tp kalau Chah nk hantar semangkuk tuk kak gulai ni, akak terima jer...hehe
Kak Ummi!!! tercekik? hah?? rasanya saya ari2 baca blog akak, bila kejadian tu...hehehehehe...agaknya tkde 'rezeki' saya nk kutuk akak gak kot ari tu...kuikui...
Puan HS,
sila masak dan jamu maharaja lawak hang tu, smabil kipas dengan kipas bulu2 cam dayang2 istana pegang tu..liptips kasi merah sket...kiki
uiiii kak chah...kecornyaa saya tengok....tak sabau nak makan *nak dapat mana ntah. huk2...
Thanks forr this blog post