Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERRY BONANZA SMOOTHIES



Wah, muncul jua saya di sini. Ada yang merindu kew? Berombak-ombak tak? Ong Bak 3 dah tengok belum? Heee. 

Cuaca ala-ala panas. Togak minuman atau jus yang bersuhu rendah bisa melegakan tekak yang kepanasan. Ini semua kes menghabiskan buah-buahan dalam peti ais yang ditanam di backyard. Tapi bukan backyard rumah saya, backyard rumah orang putis nun. 


Hari terakhir di bulan Disember 2011. Kenangan yang mana entah saya nak nobatkan sebagai memori suka duka of the year. Alhamdulillah, yang duka sesangat hingga membuatkan saya kehilangan berat badan hingga mencapai berat ideal dan BMI macam Amber Chia tak ada. Suka sesangatpun  sampai makan tak ingat suami sedang menjeling tajam,  patah jarum alat penimbang dan pakar pemakanan juga akan geleng kepala sampai pening melihatkan kemontelan sayapun tak ada juga.



Yang sedang-sedang saja. Macam  smoothies ni. Rasanya sedang-sedang juga. Taklah hebat sangat macam rasa duduk di pergunungan Katmandu bersari merah jambu sambil melantunkan  OST 3 Idiots.  Ahaks.

Sorilah rindu nak menulis. :)

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 2 gelas
3-4 biji strawberry
3 biji dried apricot
2 biji dried plum
3 biji kiwi
Ais
Madu secukupnya

Cara-cara:

Kisar semua bahan dan sila bersedia dengan sari warna pink untuk minum smoothies ni. 

Selamat datang 2012!


3 Responses to BERRY BONANZA SMOOTHIES

  1. Salam tahun baru. Semoga tahun baru membawa kenangan yang terindah buat kita semua insyaAllah :)

    Saya suka smoothie fresh fruit. Paling best berbanding beli dikedai. :)

    Ijan

  2. assalamualaikum kak chah.. hahah menggelikan hati tul baca entry akak neh. haishhh.. berombak2 rindu kat akak neh. cam ombak rindu dah neh. woooww.. omputis nyer buah buahan. saya ada gak buah2 nak diperabihkan dlm peti es. ingat nak campur2 gak tu. ada buoh limo madu, buah betik ngan mangga muda. amacam.. smutie apakah itu? hahaha.. ok kak chah.. slamat tahun baru ek.. muah muah

Leave a Reply