Rasa-rasanya ada tak manusia berketurunan Melayu yang tak pernah makan crepe. Err..er... maksud saya lempeng. Kalaulah ada, mesti manusia itu missed untuk menikmati satu fasa hidup yang indah dan gemilang. Mereka itu gagal dengan cemerlangnya untuk menikmati makanan yang sepatutnya dicatatkan dalam buku Malaysia's Book Of Record sebagai salah satu sarapan yang paling syahdu. Khenn?
Mokcik tinggal sorang kat rumah ni nok. Mulalah nak imbau kenangan itu ini. So pagi ini saya melempang melempeng. Teringat pula arwah adik, satu-satunya lelaki dalam keluarga. Kalau dia makan, setengah biji dia cekau lepas tu cicah kuah, sekali ghapp je. Sebiji dua kali suap. Belum sempat habis adunan dimasak, lempeng dalam pingganpun tinggal kesan aje. Tak ke syahdu tu?
Tak apalah, banyak kenangan manis saya dengan dia untuk diingat. Buat apa ingat yang sedih-sedih. Nanti buat lempeng sedap-sedap, tapi tak selera pula nak makan sebab teringatkan yang pahit dan pedih.
Lempeng ni saya gandingkan dengan sardin masak lemak. Sardin dimasak macam ni memang top top of the world. Kena pula cicah dengan lemang atau ketupat palas, wussss! Sambil makan sambil melompat kegirangan.
Untuk acara lompatan dalam kegumbiraan, sila salin resepi di bawah. :p
Bahan-bahan (lempeng):
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Garam
Cara-cara:
- Bancuh semua bahan hingga sebati.
- Panaskan kuali leper/non-stick pan.
- Oleskan sedikit minyak pada kuali.
- Bila agak-agak kuali sudah panas sedikit, tuang sesenduk adunan dan oleskan dengan belakang senduk untuk membentuk bulatan.
- Jika semasa mengoles adunan dan adunan kelihatan terlekat pada senduk dan tidak melekat pada kuali, itu bermakna api terlalu kuat. Jadi perlahankan api. Balikkan lempeng apabila permukaan lempeng kekuningan.
Bahan-bahan (masak lemak sardin):
1 tin sardin (saya guna Mackerel brand Ayam Brand yang bersaiz 230g)
1 cawan santan pekat (daripada 1/2 biji kelapa)
5-6 ulas cili padi
3 ulas bawang merah
2 batang serai-dititik
1-2 keping asam gelugur
1/2 inci kunyit hidup
garam dan serbuk perasa (jika suka)
Cara-cara:
- Tumbuk bawang, cili padi dan kunyit. Masukkan ke dalam santan.
- Masukkan sardin (beserta sosnya), serai dan asam.
- Masak dengan api sederhana hingga pekat dan naik minyak. Perasakan dengan garam.
Hidangkan, makan dan bolehlah melompat kegumbiraan!
aww!! mengancam...!!
LOL.. sabo je la baca n3 kak chah ni.. hihi..
nnti tun pun nk lompat2 gembira jugak lah ;p
pesal omey semacam lempeng ni kak chah? tun xsampai ati nk ngap. rasa mcm nk display je lama2. hihi..
salam singgah...
cantik bila digulung begitu..
Salam Chah...
rindu pulak dengan lempeng pekena kari..tapi yg ni cicah ngan masak lemak sardin kan?...emm menyelerakan betulll.
Hi Rahel, lempeng cicah kari, sadin atau sambal ikan bilis, memang malatopss...:)
Mama Sara Nur, Tq singgah...tqtq..
Tun, comey sebab sedap la tu...hihihi
Gee, tq...mengancam nombor dua, mabeles rasanya tu nobor satu....hihhihihi
hmm sedap je mata ni nengok..belum kene kat anak tekak lagi ni..huhu
salam dari cek chun.
saya nak tompang melompat jugak. weeee..
mau coba..mau coba..
haishhh, sy dh la tengah posa ni.. tgh counting the break-hour niee...
aduiii! sedap nyaaa akak!! nnti nk cubaaaaaa :)