Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGAT KELADI 2


Kalau nampak keladi memang tak boleh tahanlah. Asyik nak beli aje. Harus kalau tengah tak ada duit, saya berhutang dulu dengan Bangla yang telah diberi kepercayaan penuh oleh tuan gerai tu untuk menghandle bisnes yang sedang meningkat naik dan sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan ISO 9001 tuh. (Phewww!! Sila baca dengan satu napas, kalau napas panjang, nak bertarranum pun mudah dengan syarat suarapun kena ada unsur-unsur lemak jugalah)  

Bikin pengat  (wah bikin, cam orang Kota Singa lah pula) untuk Sang Arjuna memang menggembirakan saya. Apa tidaknya, sebuku keladi yang dibeli, 3/4 buku masuk ke perut dia. Saya? dapat kuah aje. * Kejadian sebenar mungkin sebaliknya. Ngehngehngeh.


Kali ini, kak andam bubuhlah sedikit kaler kat keladi tu bagi naik semangat kenegaraan gitu bila memakannya. Kali ini versi gula nisan pula. Maklumlah semenjak Nuhaa bersekolah asrama di Kelantan ni, banyak betul stok nisan saya. Dah la Siah meneja yang baik hati menaja stok nisan Terengganu seumur hidup. Ni ada pulak lagi stok dari Kelantan.  Bahagianya akak!


Bahan-bahan:

1 ketul keladi (anggaran 700g)
1 1/2 keping gula nisan 
3-4 cawan santan
Segenggam kecil sagoo mata ikan
Secubit dua garam
Daun pandan 

Cara-cara:
  • Potong keladi mengikut saiz yang dikehendaki. Jangan terlalu kecil kerana keladi mudah hancur.
  • Basuh dan rendam sebentar dalam air garam
  • Rebus/kukus hingga empuk. * Saya masukkan 2,3 titis pewarna Burgundy ke dalam air rebusan.
  • Jerang santan dengan gula nisan. Masukkan daun pandan dan sagoo. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan keladi dan masak hingga sagoo menjadi jernih dan santan telah mendidih kecil.


11 Responses to PENGAT KELADI 2

  1. sedapnyer pengat keladiiiiiii!!!!!!!!!!!!!! tun xpandai pilih keladi. last time beli keladi tu dh x elok, bila masak rasa keras2 sket :( dh laa time tu punya laa semangat nk makan keladi. x sabo2 masak terus cedok masuk mulut. pastu terasa penuh kekecewaan.. uh uh..

  2. Tun,
    biasa keladi yg 'kurang ragam' keladi dr thai, yg local biasanya cepat jd cm masuk angin tu, lisut. Pastu yg local byk lubang2 n kotoran itam tu. Saya selalu beli yg boolat2 cm ai, yg kurus2 pjg tu biasa keladi local

Leave a Reply