Belakang rumah saya adalah rumah tokey Pau Ahmad. Semua tahukan walaupun nama pau itu sungguh mulia tapi pemiliknya macam biasala! Cha Ya Nun Aliff. Jadi dengan berpindahnya mereka di belakang rumah saya, maka lengkaplah hidup saya dikelilingi penduduk yang guna tisu toilet untuk beristinjak walaupun bekalan air di sini tidaklah berada di tahap kritikal seperti di padang pasir.
Tinggalkan kisah jiran saya yang suka berkaraoke dengan suara ala-ala tercekik tisu tu. Pening Cik Embun. Harus hasil penjimatan beli bawang bulan depan Cik Embun buat beli sound proof system pulak. Hiks!
Pau yang sungguh berenjut resepi dari dapur Rahel. Kenapa berenjut? Sebab keanjalan disertai dengan kelembutan yang sangat hakiki membuatkan saya menyesal buat satu adunan. Heeee.
Saya yakin kalau 'jiran pau' saya itu ternampak saya sedang membuat sesi penggambaran pau yang sangat berahi ini, pasti dia akan minta resepi yang sangat whoaaaa! ni. Sori,Cik Embun akan enjut-enjutkan dulu bahu kalau dia paksa juga bagi resepi. Kehkehkeh.
Bahan-bahan:
Sumber : Majalah Sedap thru Rahel
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g susu tepung
50g gula
1 biji putih telur
115ml air dari peti sejuk
20g shortening
Inti yang disukai secukupnya * saya gunakan inti kaya dan nutella
Cara-cara:
*uli dengan tangan/menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, anda hanya perlu ikut arahan BM masing-masing.
- Campurkan semua bahan kecuali shortening. Uli hingga sebati dan masukkan shortening. Uli lagi hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Pada tahap ini doh akan menjadi licin.
- Peram doh hingga naik dua kali ganda anggaran 30 minit.
- Keluarkan udara dari dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan.
- Ambil doh anggaran 30g setiap satu . Canaikan dan masukkan inti. Pastikan inti tertutup sepenuhnya. Lapik pau dengan paper cup/daun pisang atau plastik.
- Peram lagi hingga naik 2 kali ganda. Saya peram anggaran 15 minit sahaja.
- Kukus kira-kira 12 minit. Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan pau.