Di rumah saya memang jarang kehabisan stok daging. Kadang-kadang stok semasa masih ada, dah di top-up stok baru. Begitulah bestnya menjadi menantu seorang tokey lembu. Itu jugalah sebabnya ahli-ahli rumah saya semuanya ‘berdaging’ lebih. Huhu.
Kadang-kadang sampai saya tak tahu nak buat apa dengan daging lembu yang banyak-banyak ini. Mulalah dikitarkan dengan resepi yang sama saja. Bosan ah! Tapi jangan bimbang, kenikmatan akan jelas terpancar. Jika dimasak sepenuh jiwa raga. Tanpa digigit rasa terpaksa. Atau dihambat perasaan lemau dan payau.
Bahan-bahan:
½ kg daging
4 batang serai (2 batang dikisar dan 2 batang lagi dititik)
10-12 biji cili api*
5 ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
2-3 cawan santan
Daun kunyit
1-2 keping asam keping/gelugur
Ubi kentang
Garam
Cara-cara:
- Potong daging dan rebus hingga agak empuk. Jika daging telah empuk dan air rebusan masih banyak, gunakan air tersebut untuk memerah kelapa.
- Kisar bahan bertanda *. Jika anda tidak kisahkan jumlah lelemak yang akan masuk ke perut nanti, pilihan ada di depan kamoo. Tumis atau tidak. Terserah. Tak perlu bermasam muka disebabkan isu ini.
- Masukkan daging dan bahan kisar ke dalam santan. Juga asam keping dan ubi kentang. Jangan lupa pula daun kunyit dan serai yang dititik tadi. Masak dengan api perlahan hingga pekat dan rasanya sudah mencapai gred mumtaz. Jika belum mumtaz, tambahkan apa yang patut, ataupun masak aje semula.
Tang nak tunggu daging empuk ni, yang fikir berkali kali sebelum masak daging. Pastu guna alasan yang kita orang tak suka makan daging. Huhuhu. Ada tips?