Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MANGO LASSI

Isnin yang terang. Damai bagi yang damai lah. Bagi yang kebuntuan, tetap berkerut seribu juga muka dan dahi mencari penyelesaian. Usah gusar, bukan sesaja Allah nak uji kamu. Kamu orang yang kuat, kamu orang yang kental. Maka haruslah ujian-ujian getir yang datang kamu boleh tepis seperti menepis nyamuk yang nyaris-nyaris menggigit cuping telinga.
Sakit dan gatal kena gigit nyamuk kat cuping telinga memang buat bengang lambat hilang weh. Gatal dan ada kerengsaan di situ agak berpanjangan. Heh!

Apa juga rasa di kalbu anda, sejadah cantik-cantik simpan dalam lemari buat apa. Duduk atas sejadah, 'seru'lah Sang Pencipta. Nescaya semua berlalu pergi, mudah-mudah saja. Lupakanlah 'bahu' facebook untuk mengadu hiba. Malu weh kalau Mark Zukerberg baca kisah dalam kelambu kita. Tahu berapa LV yang kita ada, 'tertahu' juga personaliti kita yang suka mengumpat nesta. :)
Sebenarnya, nak juga saya kongsikan kisah seorang kakak yang sungguh istimewa. Kenalan sewaktu di Mekah tahun lepas. Tapi hari ini saya rasa bahasa agak sumbang sikit, seperti blues itu bergulung-gulung datang mengaut mood untuk mengarang dan menulis. Nanti saya kongsikan. Saya janji!

Ni satu lagi kes. Cold case file nih. Anak-anak saya sukakan minuman yang manis-manis. Agaknya tekak diorang ni kalau disua dengan air kosong, terasa macam air longkang gamaknya. 'Jijik' benar dengan air kosong. 

Tolong bagi tips sikit macam mana nak sedapkan air kosong agar anak-anak saya teruja setiap kali nak kena teguk air penuh khasiat tu. 

Owh, terima kasih in advance. Anda memang baik hati. Juga thanks ye kepada yang sudi 'declare' diri sebagai 'bestest student' kat sini. Anda memang mempunyai keyakinan yang tinggi. Syabas!

Mango lassi untuk rendahkan suhu hati juga tekanan di bahu. Andailah bisa. Jika mango lassi yang sedap mengalahkan lassi di Al-Salam ini tak mampu meredakan batu-batu di bahu tu, sila istighfar banyak-banyak sampai berbuih-buih mulut ok.
Bahan-bahan:
1 biji mangga (anggaran dalam 300g) - kupas dan ambil isinya
1 pack plain yougurt (90gram)
1 cawan susu segar
Gula- jika perlu
Sedikit perahan lemon
Sedikit air -jika perlu
Cara-cara:
  • Kisar mangga dengan yougurt dan susu. Masukkan gula jika perlu. Perahkan lemon dan kisar hingga hancur dan mulus. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.

11 Responses to MANGO LASSI

  1. Sedapnya lassie, naknya skrg musim panas, try perah lemon sikit dlm air masak tu kot lalu budak2 nak minum

  2. Wahhh tengah panas panas macam ni, kalau dapat lassi ni, mesti leh cool down sket. Cantik gambar-gambar yang Chah snap. Paaaandai Chah... I suspek you sister... hehehe

  3. sejuk alurrrr tekak dapat sebarang ni...kisahnya pulak anak saya tak gemar air2 manis kecuali milo ais...mmg diaorang suka meneguk air masak..sehinggakan klu time raya kita orang yg malu sbb minta air kosong pulak kat tuan rumah,padahal tuan rumah dah hidang air gas, sirap n laici bagai,diorang tak nak jamah....sbbnya tak pasti, maybe sbb dr kecik sy terlalu jarang buat air manis,asyik sua air kosong...seriess dulu sebelum giat masak2 macam sekarang, dalam setahun gula pasir dalam rumah sy boleh kira berapa kampit je sy beli..sekarang dah terbalik..sbb banyak buat kuih2..

  4. Assalamualaikum Chah, weeeeyy sedapnya manggo lassi...uissh teringat masa kat Mekah, otw balik jer Dhuha, lalu tepi2 kedai, xpun kat D'Saji, mesti akak pekena manggo lassi nih...pergghh bayangkan, pagi2 boleh masuk ke perut nii...duk terbayang2 lgk manggo diaorg yg sedap tu kan....manggo India mari eh... Ini manggo kebun mari ke, lori jual mari Chah? hehe..

  5. thanks mates, kepada yang bagi tips untuk sedapkan air kosong tu. Saya pernah juga cuba dengan perahan lemon tu, tapi still x jalan la...:( err petua lain...hahah gile demanding...:P

  6. Kak Ummi,
    bukan mangga india, bukan mangga ostolia, mahal tuh..level2 ai mampu beli mangga lori aje...hukhuk...duh sedap eh lassi kat mekah...:)

Leave a Reply