Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

APAM JAGUNG

Acara mengepam diri memang berlaku setiap hari. Saya akan pastikan tidak ada sebarang gangguan sepanjang proses itu berlangsung. Jadi untuk acara seterusnya, baik kita mulakan langkah untuk pam badan dengan apam. Boleh gitu?
Kita bereksperimen dengan jagung pulak hari ni. Bukan apa, jagung ni kalau disimpan lama-lama, manisnya akan hilang. Macam alam rumahtangga kot. Makin lama bersama, mulalah makin luga menatap si dia. Tak setuju? Saya juga. Sebab kemanisan rumahtangga bukan bergantung kepada tempoh masa satu-satu  ikatan  perkahwinan itu dilalui dan dibina. Eceh, lepas ni keluarlah rancangan 'Semanis Apam Jagung' pulak kat Tiwi Semilan. Mesti semat bai Sang Arjuna saya berbaju batik lengan cekak penuh. Hekhekhek
Resepi cuba-cuba dari saya. Mengimbas kembali  apam tepung gandum/apam kampung yang mak buat. Jadi saya cuma masukkan sedikit unsur-unsur jagung di situ. Lepas ni mungkin boleh sertakan santan untuk menaikkan rasa lemak. Rasanya?  ada rasa jagungnya di hujung-hujung 'tanjung'. Tidak gagah perkasa sangat rasa jagungnya laksana Si Badang. Tapi takkan saya nak kata tak sedap, sebab nanti mesti penonton boooo rancangan 'Semanis Apam Jagung'  ni. Hakhakhak.
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
100g gula
1 cawan jus jagung (daripada 2 tongkol jagung)
2 sudu teh yis kering
1 biji telur 
2 sudu teh perisa jagung
1/2 biji kelapa inti diparut dan gaulkan dengan sedikit garam
Cara-cara:
  • Kikis isi jagung dan kisar dengan air. Tapis dan ambil jusnya sahaja.
  • Rendam yis dengan 2-3 sudu air suam. Ketepikan dan biarkan mengembang.
  • Campurkan jus jagung, gula dan tepung. Kacau dan masukkan telur dan perisa jagung.
  • Masukkan campuran yis tadi. Kacau rata hingga adunan menjadi halus dan tidak berbintil.
  • Peram kira-kira 1 1/2 jam.
  • Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Jika menggunakan papercup tak perlulah dioles dengan minyak.
  • Panaskan air pengukus dan kukus kira-kira 12-15 minit. 
  • Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan dengan sedikit garam.

17 Responses to APAM JAGUNG

  1. As'salam Chah

    ewahhh ewahh...bukan main montok dia naik apam tu. k.ct abb2 apam ni pun paling fav gak Chah. jagung krim masih ada lagi tu masih elok tersimpan bolehlah cuba nanti bila kerajinan menjelma petang ni hehehe Insya'Allah..

  2. Assalam Chah,
    lawalah apam jagung tu, mesti riuh nanti bila kuar kat Tiwi Semilan tu... pakat ramai2 nak cuba resepi!

  3. Sangat bersarang2 apam jagung ni Chah, mesti lembut jer kaann...boleh hantar kat akak sikit x, xda kerajinan lagi ni lantaran dah berehat sangat2 tangan ni...hahaha

  4. Salam Chah.tkasih byk2 wish bday utk Syakirah.sampai 2x tak lepas2...maybe blog tgh pening masa tu...hi..
    nengok Apam jagung Chah hidangkan ni....gebusnya...sedap mkn dgn kelapa...'Semanis Apam Jagung' hi..hi..bagus gak kalau ada program gitu....mcm2 idea Chah..hi..hi.....

  5. Chah cayang gelak aje membaca ni hehehehee.... buatlah rancangan semanis jagung akak orang yang pertama ngadap depan tiwi tu hehhee...

    waduh apam jagung terbaik!! gebuss resipi masuk list... sabor hentah bila nak mencuba hagaknya hehehheeh

  6. ada juga apam jagung ye..teingin nak rasa...biasa kalau gi pasar malam beli jagung dah siap rebus je..heheheh...jarang beli jagung seketul2 ni..kalau beli yg dlm tin pulak..bila nak expired baru la kelam kabut nak masak itu ini..hehhehe

Leave a Reply