Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ALMOND AVOCADO CUPCAKES

Heeeeee. *panjangnya menyeringai. Ada ke yang muntah darah bila terpaksa mengulang-ulang makan lempeng labu yang ada rasa nak lempang Cik Gempal (selepas ini dirujuk sebagai Cik G sahaja) pemilik belog suam-suam susu ni? Heeeee lagi.

Cik G terpaksa buat tak kisah kalau anda semua nak tolong tukarkan nama belog ni kepada Bila Chah Tidur atau Bilalah Dia Ni Nak Tukar Menu hatta Bilalah Chah Ni Nak Rajin Hapdet. Takpe, Cik G tak marah. Cuma satu je last warning  yang pertama  (Oh My English!) Cik G nak peringat. Lempeng labu sedap banget, tu yang Cik G buat 'sticky post' tu. Hikhik.
Well, namanya cuti sekolah. Cik G terpaksalah mengorek tabung PTPTN untuk mencipta kegembiraan   membawa anak-anak pergi bercuti. Cik G bukan suka-suka berselimut dalam gebor dan tidur tengahari sampai hujung-hujung asar baru nak bangun. Takdenye. Cik G ni berakhlak mulialah juga orangnya. Choi!
Resepi adaptasi dari kek pisang. Tukar je pada avocado dengan penambahan situ sini. Lepas dah hajat nak dapatkan avocado yang lembik. Maklumlah dendam tak berkesudahan pada kes kek avocado ni lama juga berbahang dalam hati yang mudah sangat diguda-guda ni.

Sila rasa dulu. Lawannya teh o panas. Dengan teh wangi beli teh dapat gelaspun layan ni. Janji teh o. Bila dah rasa barulah tahu betapa pilunya kalau tak pulun kek ni puas-puas. Rasa lemak avocado bergabung tenaga dengan rasa almond, mana nak cari?
Terima kasih untuk komen-komen anda pada entry sebelum-sebelum ni. Cik G sibuk mengalahkan Cik Sri Siantan. Banyak kes nak kena hendel. Jadi anggaplah Cik G dah balas komen tu semua dalam hati Cik G ajelah ye. LOL.
Bahan-bahan:
Sumber : Bila Chah Asyik Makan aka Bila Chah Ke Dapur
125g butter
70g gula halus
2 biji telur
1 sudu besar ovellete
1/2 cawan susu pekat
150g isi avocado (lenyek sampai halus) *anggaran daripada 1 1/2 biji buah
30g ground almond/ serbuk badam
100g super fine flour
1/4 tsp soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
Cara-cara:

  • Pukul butter, ovellete dengan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur yang pertama telah betul-betul dissolve barulah masukkan yang ke dua.
  • Pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu pekat dan avocado. Pukul rata.
  • Masukkan serbuk badam dan diselang-selikan dengan tepung dan soda. Kacau rata. 
  • Panaskan oven kira-kira 5-7 minit. Bakar pada suhu 160-170 kira-kira 45 minit (jika kek) ataupun kira-kira 12 minit (jika cupcakes).

12 Responses to ALMOND AVOCADO CUPCAKES

  1. musim avocado kah? kat bintulu ni semua warga2 kampung yg x bape nk kenal abokado tu camner rupa. kui kui...
    so, cik G berjaya cuti2 malaysia dgn hebat nya laa nih.. ce naik penimbang tu sket.. biasa tun kalau cuti2 ni keje dia makan makan dan makan... pagi2 marathon tolong habiskan bekfes buffet, pastu bila jalan2 nk kene menerai kedai2 makan yg ada.. hoho..

  2. Salam Chah...tak tau pun buah avacado nie boleh letak dalam kek.Hmmm teringin gak nak rasa tapi buah nie memang sedap dan mahal sikit. Selalu kita buat jus atau ala ala kerabu minah saleh saja haha.

  3. Holla,selamat kembali ke dapur chah...eh,cik G (suda tukar ka???hehe...)
    aku kene tunggu pasaraya kt umh musim avacado bru leh wat cupcake ni (^_^)

  4. cik g? warghkahkah.. oopss sori sebab kurang sopan mentertawakan ko. err rupanya ko senyap ni pergi menghabiskan duit lah ye.
    chah, eh.. cik g, avocado ni mengingatkan bundo ni pada jus alpokat. Setiap kali pegi indon mesti wajib minum jus alpokat. Sodap. Kalau buat kek mestilah rasanyapun sodap gak kan? Bak la sini dua tiga ketul.

  5. Assalam Chah, lama akak x masuk sini...bz ntah apa2...apapun persembahan cc mu mmg menawan dan membuka selera....lama x buat muffins or cupcakes....mood baking out...hehe

Leave a Reply