Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

APAM PANDAN

Dah setel Bajet 2013 ye. Macam mana? Bajet bawang dapat penambahan berapa peratus? Bajet tudung? Takkan kena potong kot. Tak Hana Tajimalah macam ni. Eh ke ada pesen simpulan tudung baru lain yang saya tak tau. 
Bila menyentuh isu (wuhh, macam ucapan pada hari pembentangan manifesto pilihanrayalah ahkak ni!) bajet keluarga ni, apa yang saya sangka sebelum mengundur diri dari  dunia  pekerjaan aka dunia yang sentiasa berbaju lawa, berwangi-wangi tapi lagho dalam banyak hal, sangkaan saya banyak yang meleset. 
Tak apalah. Duduk di rumahpun saya sedang berbaju lawa juga ni. Wangi jugak. Tapi part lagho tu, haih ada lagi! 

Dalam wangi-wangi ni Cik Dagu Double Decker sempat lagi mengepam apam. Sampai kepam keti dibuatnya. Nasib baik hilang kepam dek harum semerbak bau pandan. Lagi edisi apam kampung yang ala-ala-ala verat vontot jugak. Kali ni bajet pandan naik 12%, jadi kisarlah 5,6 helai daun pandan kurus perah dengan kelapa parut. Tangan kasar sebab perah kelapapun takpela, nanti bajet losyen naik pulak 27%. Heee.
Jemputlah pekena apam  dengan Cik DDD yang  wangi dari hujung telinga sampai ke tapak kaki ni. Hey, dah bajet minyak atar kita naik 16%, apa lagi, spray ajelah!

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
100g gula
5-6 helai daun pandan
1 cawan campuran santan dengan air daun pandan
2,3 titis esen pandan
2 sudu kecil yis
1 biji telur
Cara-cara:
  • Kisar daun pandan. Campurkan air daun pandan dengan kelapa. Perah dan jadikan 1 cawan campuran santan dengan pandan.
  • Campur dengan bahan-bahan yang lain.
  • Timbuk/kacaukan hingga rata dan gula hancur sepenuhnya.
  • Peram kira-kira 30 minit.
  • Sediakan air kukusan.
  • Kukus kira-kira 15 minit atau sehingga masak.
  • Hidangkan dengan kelapa muda parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
* kalau bajet pinggang dah kembali kerengga 42% ke bentuk asal bolehlah ngap apam ni 95.44% dari jumlah yang saya hidangkan ni. Heeee

PISANG GORENG KAKAK KANTIN


Dulu saya adalah gadis si penjual pisang goreng. Bila tiba cuti semester, saya akan bantu emak kat kantin dengan jawatan kakak kantin. Tanpa elaun rumah, elaun mekap atau elaun orang gaji. Uh EPF pun tak potong! *Nasib baik emak sendiri, takkan nak saman dia pulak sebab majikan tak buat caruman EPF. So masa tu, muka serta seluruh persalinan akan berbau asap kerana sepagian akan membuat kerja-kerja menggoreng serta analisis terhadap hasil gorengan tersebut; dengan kata lain sambil goreng sambil suap. Eh analisis. 

Bila cuti sabtu ahad, menyenget pulek pinggang mengusung bahan-bahan jualan ke (lokasi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan-heh?!) untuk jualan perdana pisang goreng jugak. Jadi kalau nak kata saya boleh menggoreng sambil pejam mata tu, tidaklah sehebak tu. * Ada ura-ura nak menjadi insan humble di situ nampak gayanya . Tapi kalau nak celen dengan rasa tepung  goreng cap 'abadi' tu, hurmm well?!. 

Dan duit jual pisang goreng itulah buat beli  baju konvo Cikgu Azimah. Baik, berjaya masuk unibarsiti dan menghadiri konvo bagi puak lapisan masyarakat pada zaman saya yakni zaman telefon bimbit sebesar batu penggiling adalah sesuatu yang sangat ajaib  dan menjadi kebanggaan orang kampung dan orang kampung sebelah yu noe!
Tapi  saya rasa, emak  cikgu juga layak menerima 'anugerah' atas kudrah  dan usaha dan doa dan kerja tanpa henti usah haraplah nak ada EPF demi Cikgu Azimah, saya, arwah Teh, Atikah hidung jambu dan juga Azwana yang punya anak suster ngesot macam wan. 

Amacam sedih tak kisah saya ni? Agak-agak boleh box office, nak juga ai jual skrip kat Osman Ali ke sesapa. Tapi kalau itu filim nanti baru dua hari tayang dah masuk Astro First, baik haku tulis belog ajelah!

Resepi  dah bagi ni. Beli lagi tepung cap abadi tu ai hampuk kepala tu!.  Yang penting, sedih tak cerita saya tu? 
Bahan-bahan:
(untuk menggoreng 1 biji pisang tanduk atau 6-7 biji pisang nangka atau pisang nipah)
Sumber : Makcik Kantin aka Emak Tersyenta
1 biji pisang tanduk (potong mengikut kesukaan)
1 cawan tepung beras
Sedikit air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit kapur makan
1/2 cawan air (anggaran)

Cara-cara:
  • Bancuh tepung dengan telur, garam, serbuk kunyit dan kapur makan.
  • Bancuh sehingga menjadi doh seperti doh buah melaka.
  • Perapkan kira-kira 5 minit. (sementara menyediakan pisang, kuali dan minyak segala bagai)
  • Campurkan doh tadi dengan air sedikit demi sedikit. (yang 1/2 cawan tadi) sehingga menjadi adunan yang agak pekat. *tapi tahap kepekatannya lebih cair daripada bancuhan lempeng.
  • Masukkan pisang dalam bancuhan tepung.
  • Goreng dalam minyak yang panas. Apabila kerak gorengan sudah mengeras, balik-balik dan pecah-pecahkan. Sederhanakan api.
  • Goreng hingga kuning keemasan.

STEAMED OREO CHOCOLATE CAKE

Nampak tak? Suka sangat kek yang kelam-kelam. Tapi yang kelam inilah buat susah nak tidur malam. Macam mencari syalon  suami. Dulu kriteria 'tall dark & handsome' menjadi igauan kaum hawa. Tapi la ni  isk takutla pulak kalau kriteria tu ada pada  jejaka idaman. Bukan apa, bila ramai benor 'Awang Hitam' melata keliling kita, serem jugak mak ni noks!

Setakat ni tak pernah lah lagi saya diganggu gugat oleh mamat-mamat kelam tu, Tapi yelahkan, walaupun Siti Norkiah ni matanya kedut, tapi tu tepi mata aje. Bila calit maskara biru pastu tampal bulu mata palesu, huh sedu sedan Kak Ita Che Wan makin rancak nanti. Herrr. 
Kek ni tak ada kena mengenapun dengan mamat kelam tu. Tapi kek ini memang ada kena mengena dengan dia ni kalau tak kerjanya melapiskan dagu memang tak sah. Oh lupa nak buat deklarasi. Memang dagu saya ada dua. Jarang-jarang ada orang 'seistimewa' ni dalam pekan Kajang yang asyik banjir ni.
Tapi kek ni memang istimewa. Kalau jual kat Zalora ni, orang sanggup bayar dua kali ganda taw sebab punyalah hebak dan sangatlah overs kesedapan dia. Muehmuehmueh.

Gabungan coklat dan oreo, Cik Siti Norkiah aka kakak dagu gendut ni godek-godek  semalam. Diinspirasikan dari resepi kebanyakan kek coklat lembab yang dahsyat-dahsyat kesedapannya. 
Rasanya? Kombinasi oreo dan cekelat sangat membantu membuatkan kek ini menerjah laju separuh loyang ke dalam mulut sambil melalui dagu gendut  Cik Siti Norkiah. Seterusnya bersemadi dalam tali perut yang panjangnya 5.21 meter tetapi bisa memuatkan 15.37 tan makanan dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. ;)
Bahan-bahan:
250g butter
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan susu coklat
1 cawan serbuk coklat * ada beza dari segi rasa antara serbuk coklat dan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan oreo crust
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Cara-cara: 
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu 
  • dan pukul sebati.
  • Masukkan susu pekat dan susu coklat. Kacau perlahan.
  • Masukkan serbuk coklat diselang-selikan dengan tepung gandum. Masukkan juga soda bikarbonat dan baking powder.
  • Akhir sekali masukkan oreo dan kacau-kacau manja mengada gitu. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin atau lapikkan dengan parchment/baking paper. 
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus kira-kira 1 jam 20 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan hias/tuang topping kesukaan. 


RENDANG KERANG

Eceh, hari-hari ada post baru. 'Dedikasi' sungguh. Mami je yang asyik tak kasi.  Tak lama lagi jadilah blog terhebak  Pojaan Malaya. Heh

Well, terpulanglah pada diri masing-masing apa tujuan berblog. Mula-mula dulu  tujuan saya buat belog masak ni sebab nak tayang sudu, lepas tu ada orang berkenan dia akan call banyak-banyak kali. Rayu-rayu nak beli jugak-jugak sudu tu. Tapi saya buat derk biar dia letak rege tinggi lagi pastu saya boleh jual lagi tinggi dari harga pasaran. Ha gitu kalau nak menegaAci

Hidup ni kena ada tekanan sikit dik. Kalau tenang sangat nanti cepat gendut. Bila dah gendut mulalah nak marah bila orang nyanyi lagu gendang gendut tali kecapi.  Macam perut tu kalau tak ditekan selalu, mana nak kempis macam Aiswarya Rai during her good old days. *sekarang dah tak ada maknanya, perut dia sama aje ngan perut guwe, eh perut Mek Jah  belimbing buluh goreng cicah cekelat. :)
Sambil-sambil dok tekan tubi tu, salin resepi rendang ni siap-siap. Nanti esok nak raya haji barulah hegeh-hegeh masuk redah belog ai  cari resepi. Nanti sapa yang perasan 'ramai' orang suka singgah sini? aiii jugak!

Bahan-bahan:
400g isi kerang (anggaran daripada 3 kg kerang)
3 sudu besar cili kisar
*4-5 biji cili api 
*3 ulas bawang putih
*4-5 ulas bawang merah
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*1 inci lengkuas
*3 batang serai 
*4-5 helai daun limau purut
*3-4 biji buah keras
*2 sudu teh jintan manis
*2 sudu teh jintan putih
*2 sudu teh ketumbar
1-2 batang kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1/2 keping gula melaka
1-2 keping asam gelugur
Sedikit sos tiram, sos cili dan sos tomato
Garam secukupnya
Minyak
Cara-cara:
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar. 
  • Masak hingga naik minyak. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. 
  • Masukkan santan, asam keping dan gula melaka. Biarkan reneh hingga agak pekat. 
  • Bila kuah rendang agak pekat, masukkan sedikit sos cili, sos tiram dan sos tomato. 
  • Masukkan kerisik dan kacau rata. * Jika menggunakan kerisik yang sudah agak keras, bancuh dahulu dengan sedikit air untuk mengelakkan kerisik berketul-ketul.
  • Masukkan kerang, seimbangkan rasa dan bolehlah dihidangkan.



KIWI PANNA COTTA

Word of the week. NOTED. Memang mulut saya cakap saya boleh tenang dan damai aje bila tak ada maid. Tapi gelodak di jiwa manjalara berbuku-buku macam getah sekerap juga . Bukan sebab saya ngengada hidup nak kena belaian manja seorang minah indon rambut tak berapa nak Kris Dayanti yang kerjanya kelebet-kelebet rumah sepanjang masa. Bukan. 
Saya tak berapa nak tenang bila berurusan dengan agen yang cakapnya bermadu laddu bersira gula  macam saya. Tapi action plannyapun hampas kelapa macam saya juga

Dah, noted aje ye!
Allah sedang berbicara dengan kamu. Iman dan taqwa saya sedang terbina dan menyubur barangkali. Tapi selalunya nak ubat masalah bangang bengang ni saya akan duduk bertafakur sambil suap sesuatu. Mujur-mujur dengan suapan itu boleh merangsang minda. Ha gitu!
Apa lagi, berpanna cotta lah kita. Jom!

Resepi? selak aje  versi mangga kat sini atau versi pittaya atau dragon fruits kat sini. Untuk topping kiwi tu, kisar aje buah kiwi, perah sikit lemon. Noted?

STEAMED NUTELLA BROWNIES

Dua kali saya tertanjat boboi masa beli barang dapur. Perasan macam mak datin kepit evening clutch celah keti sambil lenggang kangkung dalam pasaraya 'gergasi'. Tu ler pasal.

Kali pertama bila membeli nutella, lepas tu berlagak diva tak hengat hangkut yang botol besar. Mujur yang tu je paling besar. Kalau ada yang pack 5kg, harus nafsu menyetan suruh beli 3 kali 5kg. 30 hengget rupanya sebotol! Serius saya ingatkan harganya belas-belas RM je. Uwarghh!  Big spender betul si pemakai big spenda tuh!
Kali ke dua bila 2,3 hari lepas bila saya beli oreo yang dalam bas tu. Mak ai dua poloh hengget! Kalau bas tu boleh naik takpe la jugak. Baru semut sekeluarga naikpun dah bergoyang-goyang tayar. Hergh!

Dan, masalahnya siri jeritan aw aw tu berlaku bila dah tiba di rumah dengan selamatnya. Terbaik! 

Itulah, kalau buat sesuatu benda tanpa fokus dan konsentrasi memang ke laut dik. Pengalaman mengajar erti kehidupan ya anak-anak. Pengalamanlah mendewasakan kita. Ceh!
Sudahla tu. Terasa nak buat sesuatu dengan nutella. Jumpa resepi brownies dari Mother Thyme. Tapi saya kukus, sebabnya? Ahhh, ovenku! *macam tak ada harapan nak pulih. Bahan-bahan yang sangat senang, janji ada nutella aw aw tanjat boboi  tu.

Bahan-bahan:
1/3 cawan butter
1 cawan gula halus (saya letak 1/2 cawan saja)
2 biji telur gred A
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan nutella
1/2 sudu teh garam
2,3 titis esen vanilla

Cara-cara:

  • Pukul butter dengan gula hingga agak kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
  • Masukkan esen vanilla dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan tepung. Kacau sebati. 
  • Masukkan nutella dan bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 30-40 minit. (saya kukus kira-kira 45 minit- jadi tekstur brownies saya agak 'kekekkan' di situ)

PAU LABU

Ceh! Naik 'berlumut' cheq tunggu Putera William & 'Catering' semalam. Baru jadi raja muda dah sombong! Kata janji ditepati. Cheq geram kat depa tu bukan seypa. Kata nak mai, tapi nak cancel call tidak apa pun dak. Sengap teruih!. Kot la nak sms kata mai lambat ka, atau esuk akan nyinggah sat ka. Ini tidak, abih  belemuih cheq ngan baju kemain lip lap serba berdiri tunggu depa. Seypa depa buat cheq lagu ni?!
Mujur ada pau sedap buat pengubat penantian satu siksaan. Terpaksa main masak-masak guna pengukus juga sebab masalah oben anak itik tokwi ni belum pulih sepenuhnya. 
Suka sangat beli labu. Nak buat macam mana, bodi neelofa dah, tapi selera tetap diva kampung jemah-jemah sekalian. Cuma 'sayur labu masak air dengan ikan bilis berenang-renang ke tepian' je Lofa tak boleh telan. Sebab lauk 'maut' asrama tu. 
Cekidaut resepi pau yang tidaklah melampau macam laki bini anak raja tu. Buat janji macam orang takde iman. Herherher. First time saya terima resepi pau yang katanya resepi Chef Li, melompat-lompat (errr hampir melompat) saya riang hati badan bertuah, punya teman yang comel dan manja sebab dapat resepi keeper tu. Tapi lama-lama bakat berjaya dicungkil bila buat pau ni tak perlu teliti macam nak potong kaki seluar encik lelaki yang sangat cerewet rupanya. Tapi idok ler semua main campak-campak je. 
Bahan-bahan:
(menghasilkan 12-14 pau bersaiz Neelofa. Jika buat saiz Aflin Shauki mungkin dapat 5 biji kot)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh gantikan dengan tepung gandum)
1 cawan labu yang telah direbus & dilenyek
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh bread improver
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar marjerin/shortening
Secubit dua garam
1/2 cawan air sejuk (anggaran)
Inti kegemaran secukupnya
Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan kecuali air dan garam ke dalam mixer bowl. Masukkan air -jangan habiskan. Ini kerana kandungan air dalam labu mempengaruhi jumlah air yang perlu dimasukkan. (Jika menggunakan BM, kaedahnya juga sama).
  • Menggunakan hook  beater pukul bahan hingga menjadi doh yang elastik.  Jika doh agak keras, bolehlah tambah sedikit lagi air.Biasanya mengambil kira-kira 30 minit untuk mendapat doh yang elastik.
  • Peramkan kira-kira 20-30 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  • Keluarkan udara dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan doh.
  • Leperkan doh dan masukkan inti. Gentelkan doh hingga menutupi inti.
  • Peram sebentar sementara menunggu air kukusan mendidih.
  • Kukus kira-kira 10-12 minit.