Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM SOUP

Sila pejam mata dulu, tarik nafas. Kalau ada yang tengah tersedu-sedu tu, telan air liur pelan-pelan. Atau telinga tetiba rasa 'bengang-bengang pilu' macam dalam  eroplen masa nak  take off tu, telan lagi air liur.  Kena banyak-banyak pektis menelan. Sebab acara seterusnya anda memang akan banyak menelan lendir leliur tu ye.

Heeee. Sebenarnya memang saya teruje tahap nak nyanyi lagu 'mari menyusun bunga seroje a ahh ahh ahhh' (picing ke laut sikit) bila menu ini di 'astro first' kan oleh GMM. Sebab ini memang menu kegemaran ahli kelorga.
Kalau tak melahap di 'pondok pizza', saya dengan gemalai menyapu roti dengan garlic spread yang dibeli je. Pastu panaskan dalam oven kejap. Sambil tu panaskan mushroom yang super segera tu. Akhirnya semua tidak kelihatan lagi di dunia fana ini. Baik roti mahupun mushroom soup. 


Kini tidak lagi! Semuanya di hujung jari mungil. Nak 'marah' sapa? Sapa lagi kalau bukan kasnut (kaswi + donut) lover mantan mapin lover tu. Oh..well!
Memang keeper la Jemah oi. 
Dan sedu-sedan itu bertukar menjadi sendawa....;)* Sila letak tangan kat bahu sambil mata ke atas, lepas tu jelir lidah sikit hoqqay? 
Bahan-bahan (Basic Bread)
Sumber: Chef Michael dari ICCA
500g tepung high protein
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex
90g gula castor 
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk
Cara-cara (menggunakan mixer atau uli dengan tangan):
  • Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam mixer kecuali butter.  Gunakan hook beater. Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut.
  • Pukul hingga doh telah sebati. Masukkan butter.
  • Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
  • Rehatkan doh  sehingga mengembang dua kali ganda.
  • setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
  • Bentukkan doh mengikut saiz yang disukai. 
  • Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
  • Sapukan dengan garlic spread ke atas bun.
  • Rehatkan doh hingga mengembang sekali lagi.  Tambah garlic spread jika perlu. Tapi pastikan disapu perlahan-lahan agar tidak doh tidak menjadi mampat.
  • Bakar pada suhu 150-160 deg C ira-kira 10-12 minit.  Wuhh!

Sumber: Izah,  Mamafami, Tun Telani dan Chekgu Hana 
Bahan-bahan (Garlic spread):
3 ulas bawang putih
50g butter (salted) * saya letak lebih
2-3 pokok Daun ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur. Potong daun ketumbar halus-halus.
  • Gaulkan bersama butter dan serbuk lada hitam. 
  • Sedia untuk disapu pada bun.
Bahan-bahan (Mushroom Soup): 
* saya adjust mengikut kesesuaian. Untuk sukatan dalam resepi asal, sila rujuk link yang diberi di atas.
1.5 liter susu (saya bancuh 7 sudu besar susu tepung dengan air)
2 keping dada ayam
1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
1 1/2 kiub ayam (brand knorr)
1/2 tin cendawan butang (anggaran 7-8 kuntum)
Garam-jika applicable
Serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Kisar ayam kasar-kasar. Masak dengan susu dengan api yang kecil. Masukkan kiub ayam dan cendawan.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masak hingga mendidih dan pekat. Seimbangkan rasanya.

KUIH LAPIS KELEDEK UNGU CITARASAWAN

Opps, melapis lagi? 

Beranilah menghadapi kenyataan. Walaupun hakikatnya badan memang dah banyak lapis, tak semestinya biar stagnant kat situ. 

Macam orang kaya. Bila dia dah kaya, ingat dia duduk diam terus sampai kiamat ke? Tak ada maknanya. Mereka akan berusaha dan terus berusaha  untuk menambah  reta.Haih!

Jadi, marilah kita berfikiran seperti orang kaya. Teruskan usaha untuk menambah apa yang patut. Jangan goyah. Jangan serender tau!
Ungu ke Unggu? 

Oleh sebab ada orang yang angin dalam hidung dia sikit lebey, G nya akan berbunyi dua kali. Orang 'moden' macam saya, akan sebut ungu. Sama macam dalam buku. Apa-apalah!
Dah bersedia untuk berfikiran macam orang kaya? Salin resepi ni. Siapa tak kenal Kak Wan aka K1. Resepi dia semua pergh! dan wow! belaka. Cuma kuih lapis keledek ni susah nak kelebet selai-selai macam kuih lapis biasa tu. Ummmp.
Bahan-bahan:
Saiz loyang : 8 inci
Sumber:Kak Wan
250g tepung beras
70g tepung ubi
250g gula
200g keledek yang telah direbus
450ml santan pekat (* Saya guna 900m santan daripada 1 1/2 biji kelapa)
450ml air
Secubit dua garam
2,3 titis pewarna ungu
2 genggam keledek (dipotong dadu dan dikukus-saya tambah) 
*Saya tak sarankan   nak ngengada letak keledek dadu ni. Sebab bila dikukus tekstur yang akan jadi kering sedikit. Sebab dia mengurangkan stim gitu bila nak ngonyel. Maybe kalau letak di dalam lapisan tengah kuih should be better. Abaikanlah ye! 
*saya guna cara biasa buat kuih lapis asas. Untuk cara Kak Wan, sila ke link kat atas tu ya.
Cara-cara:
  • Kisar keledek dengan santan dan gula.
  • Campurkan tepung dan garam.
  • Kacau rata dan tapiskan.Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian dibiarkan warna asal -akan jadi ungu lembut. Manakala satu bahagian lagi masukkan beberapa titis pewarna ungu. *Resepi ini akan menghasilkan kira-kira 3 cawan setiap bahagian. Jadi nak memudahkan kerja saya tuang satu cawan setiap lapisan. 
  • Panaskan air kukusan. Jika gunakan pengukus letrik, ikut sajalah arahan pengukus masing-masing.Oleskan loyang dengan sedikit minyak.
  • Kukus selapis demi selapis. Setiap lapisan mengambil masa kira-kira 7-8 minit untuk masak. Jika terdapat air bertakung atas lapisan kuih, lap perlahan-lahan dengan kitchen tissue. Jangan lupa lap penutup pengukus.
  • Taburkan keledek yang didadu tadi ke atas lapisan terakhir kuih. *Saya tambah kira-kira 5-7 minit lagi masa mengukus setelah semua lapisan habis.
  • Sejukkan dan....
Errr Puan Tun Telani pemilik blog Permata yang Menyejukkan tu (betul ke makna dia Tun?) saya tak boleh pergi ke kotak komen awak, bila klik je ada anak antu kenit mengeringai kat saya. Virus dari ai atau yu? Huhuhu...

NASI LEMAK TERENGGANU

Nak nangis! Nasi lemak yang paling jiwang dari saya. Sebab ini antara hidangan emak yang paling saya tak akan 'berwaspada' langsung bila mengadapnya. Akan digunakan tanpa was-was.

Bila emak buat  nasik lemak episod 'temasya kampung pisang' ni, Atikahlah orang yang paling rajin. Rajin ambik daun pisang je! Bungkus ala-ala makan kat kedai gitu. Huh dia ingat sedap sangat nasi lemak kedai.
Nasi emak lemak dengan kasih sayang,penuh kontroversi juga sebab bila tak cukup akan saling berebut macam anak burung.

Sebenarnya Makcik Kedek nipun bukan sesaja nak cipta kontroversi berkenaan 'tempat lahir' nasi lemak ni. Tapi dinamakan begitu sebab nasi lemak yang disediakan  emak yang berasal dari Terengganu. Heeee. 
Nasi lemak berlaukkan ikan tongkol ni mungkin asal-usulnya dari Barbados ataupun Tunissia. Tapi yang saya pasti di Terengganu lebih popular nasi lemak dihidangkan dengan sambal ikan tongkol ni.  Tak gitu orang gganu?
Hai rakan, takkan tak rasa nak nangis tengok nasi lemak 'airport' ni. Bawak duit berjuta-juta nak pergi melencong, tapi bukak bekal nasi pulok! Maid Indonpun beli Delifrance tau buat sarapan kat dalam epot. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
3 cawan beras 
Santan secukupnya
Secubit dua garam
Secubit dua gula
Daun pandan
*Boleh juga masukkan halba untuk meningkatkan lebih aroma

Cara-cara:
  • Himpunkan semua zarah-zarah kasih sayang dalam badan dan masaklah nasi dengan cara meluahkan sayang mengikut citarasa anda. Eceh!
Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Tongkol:
4-5 ketul ikan tongkol
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan air yang minimum. Masukkan asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan wow rasanya kerana rasa masam dan masin meresap jauh ke isi ikan. 
  • Goreng ikan yang direbus tadi dan ketepikan. Tak perlu terlalu garing.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. 
  • Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan gula nisan, dan air rebusan ikan. 
  • Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.
Mak! terima kasih sebab suap saya dengan makanan yang sedap-sedap. Nasib baik saya bukan anak Vincent Tan, walaupun kaya tapi mesti saya tak merasa menikmati kebahagian hidup yang sebenar!
Mohon semua ambil iktibar dengan 'amaran' petang semalam. Ini bukan kisah dongeng, buatlah sesuatu sebelum terlambat. 


Saya petik dari wall Ustaz Azhar Idrus petang semalam : TSUNAMI = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf. Mari audit diri kita ye laling-laling semua. :)

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Minggu yang manis-manis. Semanis minggu yang saya lalui sekarang. Walaupun asyik-asyik kena tinggal dek Sang Arjuna, tapi saya tabah dan bisa mengemudi bahtera merdeka rumahtangga tanpa tersedu-sedu. *borak ah!

Bila laki berpergian memanglah tak ada hiccupnya; anak lapar vromm ke mamak beli roti canai. Sendiri lapar rebus mee sedap. Takde nak susah-susah masak marinated chicken with dill and bay leaf hainan style. Tipu. Tak ada maknanya nama resepi tak ketahuan macam tu.
Serius saya terliur bila 'mengacau' rumah tangga dapur maya Kak Ummi. Biasanya makan puding karamel stail dolu-dolu. Tapi bila ada cekelat, wah apa lagi. Macam perempuan joget saya menari keliling taman sambil mengalunkan lagu Malaysia Tanah Air Terchenta. Yekss!
Saya buat separuh sahaja dari resepi asal. Ai sekarang ni semua makan separuh-separuh je tau.Heeee. Juga saya skip untuk buat gula hangus. Jadi untuk resepi penuh sila ke dapur Kak Ummi.
Bahan-bahan:
Saiz hidangan: loyang 6 inci 
Sumber: Kak Ummi 
1 tin susu cair (400ml)
3 biji telur
5 sudu besar gula
2,3 titis esen vanilla
1 sudu besar serbuk coklat
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan kacau hingga gula hancur.
  • Tapiskan.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. *Saya bahagikan 1/3 warna asal dan 2/3 lagi dicampurkan denngan serbuk coklat.
  • Tapiskan adunan coklat.
  • Kukus selapis demi selapis. Setiap lapisan mengambil masa kira-kira 7-8 minit untuk masak.

BINGKA UBI OMG!

Nota kepada yang bersuami.Yang belum bersuami sila baca juga. Dan ambik iktibar. Jangan ingat kawin tu best semata-mata sebab boleh berkepit-kepit dengan laki macam 'orang asli sejuk', dapat pakai baju blink-blink, jalan terkepot-kepot ke pelamin. Lepas tu letak mahendi mengalahkan tangan  kaf lam ya nga kawin keliling-keliling api. Ayark! 


Pening tau sebab banyak nak kena menuntut ngan mak mertua!
Soalan: Pernah tak rakan taulan tiba-tiba  tak sabar-sabar nak jadi isteri mithali serta merta? Impian tu datang waktu tengah berangan-angan nak masak apa hari ni untuk bukak puasa. Kalau boleh 1Hari 1Menu yang berbeza. Ala-ala satu kampung satu produk, ha gitu!
Saya jawablah. Pukul 6 petang Ramadhan ke berapa dah lupa. Tapi 1430H. Tergolek ubi tepi pintu minta dikasihani. Kalaulah ada tangan, dah lama dah dia paut kaki sesapa yang lalu " tolong aku, janganlah siksa aku begini. Masak lah aku, buat lah sesuatu!". Huh, kaki si pemalas yang dah lalu 16 kali kat situ tak berhati perut terus sepak sampai tertonggeng ubi. * Cop! bab sepak tu akan menjadikan blog ini 18PL pula nanti. Delete. Delete.

Entah dari mana datangnya kerajinan yang melampau; saya parut ubi. Mesin kelapa, campur itu ini dengan hajat setinggi Katmandu, nak buat bingka ubi. 

Bila dah nak masukkan ke dalam oven, terus call mak. Tanya macam mana nak buat bingka ubi. Ada ka?

Saya plan nak buat macam versi Mak mertua tapi giler ko nak call mak mentua petang-petang  semata-mata nak tanya cara buat bingka kesukaan anak dia. Sepanjang 10 tahun yang dah berlalu, berapa ribu petang kau ada, tak sibuk pulak nak tanya. Gulp!

Tak sangka pula bahan-bahannya 97.51% tepat. Kohkohkoh.

Dan taulah kan apa kesudahannya. Terhasillah bingka ubi yang OMG sedapnya. Heee. 
Kepada 'testimoni-testimoni' saya, boleh juga guna resepi ari tu. Nak guna yang nipun sama juga. Dua-dua OMG! Kehkehkeh.
*ada tak pecahan statistik orang yang baca blog ni, berapa % yang suka, berapa % lagi yang meluats. Nak juga saya tahu. Huhuhu.

Bahan-bahan:
3 cawan ubi mentega/kuning yang telah diparut * saya parut guna mesin kelapa
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin/butter
Secubit dua garam


Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan kacau hingga gula hancur. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin. Bakar hingga masak.
* Jika menggunakan ubi putih, selepas diparut tos dan perahkan untuk membuang airnya. Ini kerana biasanya kandungan air dalam ubi putih lebih banyak dari ubi kuning. Air ubi ini juga agak pahit. Selain itu, jika menggunakan ubi putih, lebih sedap jika digandingkan dengan gula nisan. Sekian.

OMG! OMG! 

PUMPKIN CHIFFON CAKE

Wah lama gitu boleh menahan diri dari tidak mengembang seia sekata macam kek ringan ini. Bila terasa diri terlebih muatan dan hanya lane kiri saja layak untuk saya anda , berbaliklah ke pangkal jalan.


Makan kek yang ringan dan airy akan membuatkan diri calm kembali kerana yang berat dan ringan telah berjaya diseimbangkan. Bagus! 
Setengah loyang berjaya dihadap tanpa secalit rasa kesal? Tak, tak perlu berkeluh-kesah. Memang ok punya. Angin-angin dalam kek akan buat diri nyaman dan seolah-olah betis sedang disapu bayu  sebab tak pakai kain dalam hingga menampakkan dua batang tiang letrik walaupun ketua pengawas yang kerek giler dan banyak jerawat pulak tu dah warning banyak kali. 
Dik, pakailah kain dalam. Buruk rupanya kalau berdiri depan pintu lepas tu borak tak  ketahuan kukik kukik sampai orang kata, ish anak dara gedik.
Abaikan.
Tapi kalau kek lemak sedap ni anda abaikan, tak taulah nak kata apa. Anda mungkin  sedang menghadapi saat getir. Kena usahakan sesuatu la. Hiho.
Lepas ni kalau hidangkan pada Sang Arjuna memasing, pasti dia akan ralit dengan kek ini. Sumpah!


Dan...anda pula yang akan terpintal-pintal bucu langsir sambil terkebil-kebil. Ngehngehngeh.
Bahan-bahan:
Saiz loyang : Angle pan 22 inci
Sumber: Small Small Baker


Bahan A
4 biji kuning telur
30g gula halus
60ml susu/santan
60ml minyak sayuran (saya gunakan minyak jagung cap Daisy)
80g labu (rebus, lenyek dan timbang)
120g tepung kek  (tepung superfine)
1/4 sudu kecil baking powder
Secubit dua garam
Bahan B
4 biji putih telur
100g gula hallus
1/4 sudu kecil cream of tar tar


Cara-cara:

  • Pukul kuning telur dengan gula hingga agak kembang dan warnanya bertukar menjadi pucat. 
  • Masukkan susu dan minyak. Pukul lagi. Bila telah sebati,masukkan labu dan tepung. Kacau rata. Ketepikan.
  • Pukul pula putih telur hingga berbuih. 
  • Setelah berbuih, masukkan gula dan cream of tar tar. * Cream of tar tar berfungsi untuk menstabilkan adunan putih telur (meringue)
  • Pukul dengan high speed hingga menjadi meringue.
  • Gaulkan aduan putih telur dengan adunan tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja.
  • Masukkan pumpkin seed dan kacau sedikit.
  • Tabur pumpkin seed dalam loyang dan tuang adunan kek perlahan-lahan.
  • Panaskan oven kira-kira 5 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160 deg C kira-kira 35 minit.

TEMPE GORENG CILI API & IKAN PEKASAM GORENG

Aduh! Pedih mata dua hari dok pakai contact lense tona hazel pagi, biru teal tengahari dan malamnya pulak warna gold plated. Nak bukak dah ni. Rambut kaler perang macam bulu jagungpun dah sapu warna hitam 'marble' putih balik ni. Hehehe.

Silalah berpijak di bumi nyata semula. Naik tinggi-tinggi kalau jatuh kedebus sakitnya boleh tahan. Kecualilah berat bersih diriw muw itew menyamai 2 kampit tepung gandum 1Malaysia je. 

Suap nasi berlaukkan tempe dengan sabar dan tenang. Moga-moga 'roh' tempe dengan segera meresap ke liang-liang kulit dan kulitpun bertukarr jadi muda remaja semula. Ngongs!
Potong tempe nipis-nipis dan goreng garing-garing. Tumis bawang merah, bawang putih dan yang utama-cili api. Masuk sekali ikan bilis yang ditumbuk halus. Hachum-hachum dua tiga kalipun takpe sebab memang berbaloi nak!

Campaklah serai yang dititik-titik  perlahan-lahan, jangan sampai membangunkan jiran. Sertakan sekali garam gula. 

Bukan setakat emak mertua lalu tapi kalau Sang Arjuna cuit sambil pintal-pintal bucu langsirpun harus disuruh bersabar. Kuikuikui.
Jangan lupa goreng ikan pekasam mak mertua bagi. Haa yang ni tak boleh tidak, memang mengundang rasa iri hati jiran.

Tak tergoda? Tak apa. Tapi anda memang seorang yang malang. Hekhekhek.