Isnin yang terang. Damai bagi yang damai lah. Bagi yang kebuntuan, tetap berkerut seribu juga muka dan dahi mencari penyelesaian. Usah gusar, bukan sesaja Allah nak uji kamu. Kamu orang yang kuat, kamu orang yang kental. Maka haruslah ujian-ujian getir yang datang kamu boleh tepis seperti menepis nyamuk yang nyaris-nyaris menggigit cuping telinga.
Sakit dan gatal kena gigit nyamuk kat cuping telinga memang buat bengang lambat hilang weh. Gatal dan ada kerengsaan di situ agak berpanjangan. Heh!
Apa juga rasa di kalbu anda, sejadah cantik-cantik simpan dalam lemari buat apa. Duduk atas sejadah, 'seru'lah Sang Pencipta. Nescaya semua berlalu pergi, mudah-mudah saja. Lupakanlah 'bahu' facebook untuk mengadu hiba. Malu weh kalau Mark Zukerberg baca kisah dalam kelambu kita. Tahu berapa LV yang kita ada, 'tertahu' juga personaliti kita yang suka mengumpat nesta. :)
Sebenarnya, nak juga saya kongsikan kisah seorang kakak yang sungguh istimewa. Kenalan sewaktu di Mekah tahun lepas. Tapi hari ini saya rasa bahasa agak sumbang sikit, seperti blues itu bergulung-gulung datang mengaut mood untuk mengarang dan menulis. Nanti saya kongsikan. Saya janji!
Ni satu lagi kes. Cold case file nih. Anak-anak saya sukakan minuman yang manis-manis. Agaknya tekak diorang ni kalau disua dengan air kosong, terasa macam air longkang gamaknya. 'Jijik' benar dengan air kosong.
Tolong bagi tips sikit macam mana nak sedapkan air kosong agar anak-anak saya teruja setiap kali nak kena teguk air penuh khasiat tu.
Owh, terima kasih in advance. Anda memang baik hati. Juga thanks ye kepada yang sudi 'declare' diri sebagai 'bestest student' kat sini. Anda memang mempunyai keyakinan yang tinggi. Syabas!
Mango lassi untuk rendahkan suhu hati juga tekanan di bahu. Andailah bisa. Jika mango lassi yang sedap mengalahkan lassi di Al-Salam ini tak mampu meredakan batu-batu di bahu tu, sila istighfar banyak-banyak sampai berbuih-buih mulut ok.
Bahan-bahan:
1 biji mangga (anggaran dalam 300g) - kupas dan ambil isinya
1 pack plain yougurt (90gram)
1 cawan susu segar
Gula- jika perlu
Sedikit perahan lemon
Sedikit air -jika perlu
Cara-cara:
- Kisar mangga dengan yougurt dan susu. Masukkan gula jika perlu. Perahkan lemon dan kisar hingga hancur dan mulus. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
- Sejukkan sebelum dinikmati.