Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHILLI CRAB

Saya ada terbaca dalam satu magazine lama dulu pasal 'perebutan' asal-usul masakan ni antara Malaysia dengan Singapore. Biasa la menda sedap semua nak rebut, ye tak?
Ala, tak gerek seyy la menda macam nipun nak jadikan isu rebut tarik-tarik rambut sumer. Hamboi, sesedap mulut aje saya buat statement kat oh murai ni. Sebab bukan saya yang susah-susah cipta resepi yang glamer kat mana-mana restoran mahal ni . Mesti bila order lauk ni terus rasa macam orang hebat-hebat yang baru balik dari persidangan wakil-wakil negara. Heks.

Sebenarnya kalau bukan baca kat magazine tu, mapuh saya ingat ketam bercili ni asalnya dari Thai. Sebabnya saya pernah makan chilli crab yang sangat meninggalkan nostalgia dek kesedapannya di Bangkok 7,8 tahun lalu. Sampaikan saya isap-isap kaki ketam tu dalam perjalanan balik ke hotel. * tak exaggerate memang tak sah minah ni!
Tambahan pulak yang tukang serve tu mek-mek siey yang comey lote putih leppuk muka licin macam gelongsor. Memang jadi terbayang-bayang dik! Tapi tak taulah pula kot-kot saya dimandrem sampaikan ingat ke hari ini. Dasat!

Sekarang musim ketam gamaknya. Di pasar boleh katakan semua gerai ikan ada jual. Cantik dan segar, dan yang pasti berat-berat macam saya ketam-ketam tu. Ikut kata penjual tu bila kita ketuk cengkerangnya dan bunyinya semacam, itu tanda isinya banyak. Entah.
Gugel je resepi, melambak keluar gedebus-bus-bus. Versi ni saya godek-godek ikut dan je. Nak sama macam yang kat kedai jauh sekali, sebab yang ni lagi sedap...muekekeke.
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
*2 labu bawang besar - saiz sederhana
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
5-6 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil rempah kari ikan
2 sudu kecil sos ikan
2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 biji telur
Minyak
Cara-cara:
  • Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
  • Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan rempah kari.
  • Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat. 
  • Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat. 
  • Masukkan ketam dan kacau sebati.
* terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tapi saya kurang suka kerana isinya agak kering berbanding dikukus. 

BUBUR BARLI DENGAN SEKOTENG

Oleh sebab kurang kreatif dan tak mahu langsung panjangkan sikit akal tu memikirkan  menda-menda yang di luar kotak pikiran, saya tak tahupun barli boleh juga dibuat bubur. Ingatkan buat air je. Atau buat gula-gula perisa barley  yang bungkus warna putih belang-belang biru tu.  

Ni kali pertama saya buat bubur barli. Jaman bekerja dulu rajinlah beli dengan tujuan yang satu dan jitu- untuk memperkemaskan tali perut lepas makan nasi dengan kawan-kawan ngokngek. Sampaikan sambil suap, kena bukak kancing kain. Bagus!
Lepas tu bila  MD jenguk tujuh lapan kali, ulang alik buat-buat basuh tangan tujuh lapan kali juga, tak reti-reti baser nak angkat kaki bla la woi pergi naik buat kerja  nun!. Hehe, office saya kat atas, tapi suka benor bentang-bentang tikar melepak kat tingkat bawah. 
Saya tengok Noorsha buat pengat labu  dengan sekoteng, terselak lah sikit minda ni dan baru tahu macam-macam guna sekoteng ni, dan betapa ianya boleh dipelbagaikan. Lepas tu resepi tu masuk magazine gitu, kan Sha! Hee suka! suka!
Bahan-bahan:
1 cawan barli (rendam semalaman)
1/2 cawan sekoteng (rebus hingga lembut)
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
gula secukupnya
Secubit dua garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Rebus barli hingga empuk dan lembut. Masak santan dengan gula. Masukkan susu cair dan garam. 
  • Masukkan juga daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan barli dan sekoteng.
  • Masak sebentar dan pastikan dikacau sentiasa dan jangan sampai pecah minyak.

THREE LAYER TEA

Rasa haus pulak tengahari rembang macam ni kan? Dan..


Oh! ada permintaan rupanya. Sebelum tu bak dulu tiga hengget. Tambah lagi lima posen. Itupun sebab saya kira ikut harga Mamak kat Giant. Tu kira mamak kelas pertengahan tu. Kalau ikut rate Pelita, harus kena lelong itu Nazran.

Jujurnya saya beritahu sambil mata terbelil-kebil macam mana teh ini dibuat. Risau juga Cik Fiona. Tapi kalau bukan kawan yang memang dilahirkan untuk menyusahkan kawan, sapo laie?
Ini percubaan pertama saya melayer teh ni. Tukarannya? Tudung layer-layer ada ropol-ropol tau! 

Itulah ajaibnya internet ni. Taip aje, jumpalah yang kita nak cari. Resepinya dari web F&N. Siap ada yu tiub lagi. Klik aje kat SINI
 Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 1 gelas
3-4 sudu besar air gula nisan pekat (seakan-akan kepekatan madu)
1/4 cawan susu cair
2 uncang teh (rendam dengan 1/4 cawan air panas) * jika menggunakan teh timbang macam di kedai mamak, pasti rasanya lebih kaw babeh!
Ais secukupnya

Cara-cara: Jom mulakan!
Langkah 1 : Masukkan air gula nisan
Langkah 2 : Masukkan ais
Langkah 3: Masukkan susu cair
Langkah 4: Masukkan air teh
  • Tuang air gula nisan kira-kira 1 inci atau lebih ke dalam gelas. 
  • Masukkan ais hingga memenuhi gelas.
  • Tuang susu cair hingga separuh gelas. Tuang perlahan-lahan dari sisi gelas untuk mengelakkan susu bercampur dengan air gula. 
  • Akhir sekali, masukkan pula air teh hingga memenuhi gelas. Juga pastikan dituang dari sisi gelas.
  • Cuba tengok ada rupa 3 layer tak, kalau tak ada, gagal sekali bukan bererti gagal  untuk selama-lamanya. Heeee

BUBUR SOM-SOM PANDAN

2 hari saya di KB. Melepas rindu dendam pada Nuhaa. Terpaksala sekelorga pergi bercuti  ke sana. Gitu rupanya rasa rindu pada anak. Sakit! :(


Bila sampai semua ke kandang saya ni, mood masih di sisi Nuhaa. Kemalasan melanda sampaikan nak gerakkan sikupun saya fikir 4,5 kali. Malas tahap Jula Juli Bintang 7 dah tu. Ahad tu saya langsung tak masak apa-apa. Lapar je sumbat roti dalam mulut. Dah rasa macam mulut ni kilang mauripan pulak sebab banyak sangat bahan tu terjah ke tekak saya. 


Hari ni saya kembali beraksi. Di layar lara?. Huhu. *Sumpah payah nak percaya,kan?
Cerita makanlah pulak. Rindu tu letak dalam gobok dulu jap. :)


Sebab Kak Ijan Puri lah saya tau namanya bubur som-som.  Namanya begitu sebab mengambil sempena nama ayah sapa-sapa ke, tak pastilah pulak. Errr Cik Ruh!


Mula-mula rasa sesudu saya ingatkan lompat tikam. Tapi mana bahagian hijaunya? Sebab versi Kak Ijan tu warnanya putih. 

Lepas suap sesudu, apa lagi. Saya teruslah sudi suap dan terus suap sampai bersudu-sudu lagi. Nasib baik Cik Kembong masih ada hati dan perasaan serta sedikit maruah, kalau tak harus pinjam senduk sat, buat suap menatang ni.
Kali ini saya perisakan dengan pandan, biar wanginya dam dam dum berdentum dentam satu Kajang. Kohkohkoh.

Konsep asasnya lebih kurang sama macam buat kuih tepung bungkus. Cuma bedanya pada wangian pandan tu. Ada saya terjumpa versi hijau, tapi bila diteliti bahannya,   tiada unsur-unsur kepandanan pun. Mungkin itu versi mengabiskan pewarna hijau tersilap beli la tu.
Dah, untuk sesi berdentam- dentum di rumah anda pula, gerakkan sikit vontot tu. Sila ke dapur. 

Bahan-bahan:
Sumber: Adaptasi dari Bubur Som-som Kak Ijan Puri dan cara penyediaan Kuih Tepung Bungkus oleh bonda tersyinta
1 cawan tepung beras
4 cawan santan 
4-5 helai daun pandan
Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan. 
  • Gunakan air pandan tadi untuk memerah kelapa.
  • Campurkan dengan tepung beras. Kacau rata. Tapiskan. Masukkan garam.
  • Kacau atas api perlahan hingga kental dan dan naik wap seperti menyediakan kuih tepung bungkus.
  • Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
  • Hidangkan bersama air guna nisan.
Nah senduk, buat cedok! Biar cepat sikit masuk ke mulut. :)

    AGAR-AGAR KEMENYAN

    Kak Eni- antara rakan sepermainan saya masa kecil. Anak jiran betul-betul sebelah rumah. Kalau dia main libas-libas tuala lembab dengan abangnya, mesti dengar sampai ke rumah saya. Macam tu jugalah kalau emak saya tengah mengacau cendol atas dapur, for sure bunyi kruh krah kuali akan sampai juga ke rumah dia.
    Rakan ketat la tu. Tambahan pula emak dia Makteh Pesoh adalah guru mengajar mengaji saya. Tangga dapur dia dah jadi macam tangga rumah saya. Saya suka bertenggek tengok dia buat kuih especially kuih raya yang satu adunan lepas tu letak macam-macam kaler dan hias dengan ceri hijau merah kerat kenit-kenit sebab nak jimat. Satu adunan dapat bermacam-macam jenis kuih. Tapi rasanya menten  sama saja dari mula, tiba di pertengahan mahupun ke peringkat akhir. Bila dah mamah makin terserlahlah ketidakadilan kepada tekak yang berhajat kunun-kunun nakkan rasa kuih yang lain-lain, tapi itu tidak akan berlaku wahai sekalian alam. 
    Tapi satu benda yang menjadi sangat malar segar di ingatan saya, bila dia buat agar-agar ni. Dia darjah enam, saya pula darjah empat. Maknanya dah melebihi 29 tahun resepi ini terpahat dalam hati saya. Agar-agar yang sangat kool. Sebab ada corak 'gila cun' yang tidaklah klise yang menampakkan ala-ala agar-agar merah sangat ataupun agar-agar santan stended yang selalu mak saya buat masa bulan puasa dan bila masa sahur tak selera nak makan, lepas tu bila pagi mulalah terliur tak hengat.

    Saya tak pasti dari mana dia dapat resepi tu, tapi konsep yang Kak Eni adaptasi dari agar-agar santan lambang betapa Enid Blytonnya dia sebab sangat kreatif (pada masa itu) hinggakan saya ternganga-nganga kekaguman. Fuh cerita! kalau tak ada penambahan watak heroin idaman, Cik Kembong macam tak reti je nak ketuk papan kibod ni. Nanti hentah apa kebenda bijik butir  Cik Kembong ceritapun tak tau.

    Sesi mengenang rakan ketat saya. Naknye saya peluk dia ketat-ketat juga. Huh bahasa muda-mudi je tetiba.
    Bahan-bahan A:
    1gm serbuk agar-agar
    120ml santan pekat
    Secubit dua garam
    Cara-cara:
    • Kacau agar-agar dengan santan hingga larut. Masak atas api sederhana dan masukkan garam. 
    • Tapis dan sejukkan.
    Bahan-bahan B:
    8gm serbuk agar-agar 
    2 keping gula nisan
    1 liter air
    Gula secukupnya (jika masih kurang manis)
    Daun pandan
    Cara-cara:
    • Masak agar-agar dengan air  hingga hancur. 
    • Masukkan gula nisan dan gula jika berkaitan. Masukkan daun pandan dan masak hingga mendidih. tapiskan.
    • Masukkan dalam bekas yang sesuai. 
    • Potong bahagian agar-agar putih kecil-kecil. 
    • Masukkan ke dalam bahagian agar-agar gula nisan dan sejukkan.

    TALAM KELADI

    sw
    Eh eh, Malaysia jangan gempar! Orang-orang kat benua lain sila buat derk je ye. Bila tengok selang dua hari ai post kisah talam, bermakna dua hari berturut-turut saya menalam?. Cer tengok betul-betul tarikhnya. Kan ke satu bulan Mei dan satu lagi di bulan April. Maknanya sebulan sekali aje saya makan makanan berlemak. Frurrrrr!

    Pertama kali saya makan talam keladi yang sedap, bila office order dari Kak Jemaah. Bukan Mak Jemah, Kak Jemaah!. Memang abadi tul talam keladi dia. Lepas tu banyaklah  jumpa versi lain yang hebat-hebat juga.
    So Minah Kroh ni naklah jadi hebat juga. *Biasala, kau tu bukan boleh tengok orang ada.


    Dari situlah saya kenal Kak Yatie. Percubaan pertama boleh kira abadi juga sejarahnya. Boleh dimakan, tapi rupa parasnya tak fotogenik sangat.  Bila nak buat kali ke dua, saya berperang dengan kucing yang main cak-cak kat rak pasu Kak Minah Kroh. Dahlah rak tu ogek. Sambil kacau kepala talam, pergi pulek kejar kucing. Abis bergentel sebab dah jadi terlalu pekat dan mengeras. Huuuuu.


    Sudahnya?, memang kesudahan yang pilu dan panggungpun kena bakar. Penonton pun mengganas main baling-baling botol dan sepak-sepak kerusi segala. Marah betul dengan kesudahan kisah talam yang menggerutu tu. 
    Masa tu nak suap ke mulutpun rasa sebu. Bukan rasa makan talam keladi, tapi rasa makan batang keladi yang penuh getah! Si kucing tak mandi tu pulak mesti dok bershuffle wihawiha tengok saya yang dah dirasuk antu sebab bengong dengan kucingpun nak gaduh. 


    Bila saya 'sampai hati' hidangkan juga talam bahana onar si kucing tu pada Sang Arjuna, dia kerut dahi. 


    Jawapan paling membela hak wanita pada ketika itu, " ala yang..langit tak selalu cerah, kadang-kadang pelangi menyinggah, tak kurang juga kilat dan guruh sanggah menyanggah..."  *Errr dooh jek, saya tak jawap apa-apapun sebenarnya. Mana nak jawab, air liur sendiripun rasa berpasir. Huuuu


    Tinggalkanlah kisah sadis (lah sangat!) tu. Macam Forrest Gump, mula-mula berjalanpun senget-benget, lama-lama boleh pacu lari laju-laju. Eceh!
    Sesiapa yang belum ada kisah yang boleh dianggap abadi selama-lamanya, sila salin resepi talam ni. Talam ni punya lentik bila dipotong dan dia punya gegar tu, perghh ai tell yu!


    Bahan-bahan:
    Saiz loyang : 6 inci (1/2 daripada adunan asal)
    Sumber Asal: Chef Asma
    Rujukan lain: Kak Yatie, Kak Wan Citarasawan, CMG, Kak CT Delima, Kak Ita Masam Manis
    Lapisan bawah (putih)
    50g keladi (rebus/kukus dan toskan) *saya letak lebih dan saya masukkan sedikit garam dalam air rebusan
    80g tepung beras
    1/2 sudu besar tepung ubi (resepi asal guna tepung hoen kwee)
    350ml santan pekat
    70g gula halus *saya letak 2 sudu besar sahaja , jadi rasanya lemak dan ada manis-manis sikit di hujung tanjung lidah
    Secubit dua garam
    Cara-cara:
    • Campur semua bahan (kecuali keladi) dan kacau hingga gula larut.
    • Tapiskan terus ke dalam periuk. Lebih baik jika menggunakan kuali/periuk non-stick.
    • Masak atas api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi agak pekat.
    • Masukkan keladi dan kacau rata. 
    • Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik atau boleh juga disapu dengan sedikit minyak. *kali ni saya guna loyang yang boleh dibuka dasarnya. Jadi saya sapukan minyak.
    • Kukus kira-kira 25 minit atau hingga masak. Pastikan air pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum meletakkan kuih ke dalam pengukus.
    Bahan-bahan Lapisan Atas
    80g tepung gandum
    2 biji telur
    100g gula halus (jika ikut resepi asal sepatutnya sukatan gula adalah 150g, tapi saya agak terlalu manis, jadi saya telah kurangkan)
    350ml santan
    Secubit dua garam
    2-3 titis perisa keladi
    2-3 titis pewarna ungu
    Cara-cara:
    • Campur semua bahan dan tapiskan terus ke dalam periuk. 
    • Masak atas api perlahan hingga agak kental dan naik wap. 
    • Tuangkan ke atas lapisan putih tadi. 
    • Kukus kira-kira 25 minit. Selalu pastikan penutup pengukus dilap. *saya tutup loyang menggunakan aluminium foil.
    • Sejukkan sebelum dipotong.

    DAGING MASAK MERAH

    Semenjak Sang Arjuna berkecimpung dalam arena asyik-asyik kena beli seluar baru sebab seluar lama dibuat dari kain yang tak bermutu ala-ala jut yang suka-suki hati seluar tu je nak mengecilkan diri dan tertunduk malu macam pokok semalu. Nyampah! 

    Jadi untuk menjadikan Si Suami tadi tu sentiasa berada di takhta keunggulan, saya kena beli seluar yang lebih bermutu. Masalahnya seluar yang 'bermutu' itew haruslah bersaiz bak umur ai ni.  27 tahun. (tu tak masuk cutilah. Kalau campur sekali PH, cuti jaga anak, cuti buat-buat MC sebab nak pergi JCard Day, adalah lebih kurang 39 tahun JER!) Kekeke.

    Gilos, kena beli seluar yang bersaiz hampir2 dengan umur memasing tuuuu!. Hampir aje tau! 
    Jadi untuk tidak menambahkan kehebatan dia berbelanja dan sayapun 'terpaksa' berbelanja sama, dia nekad. Si dia sedang mencucuk belon-belon udara di perut dengan melakukan aktiviti yang agak berfaedah di situ ya kawan-kawan. 

    Saya? Apa cehelop nak beriadah sama. Selagi mak mertua saya masih mengaku saya ni menantu, hey walleiwallei la saya nak naik antu bersenam-senam heh! Tak koser mak!

    Lama tak masak daging. Nasi pun, (eceh!) dah lupa cemana rasanya. Uhui!

    Yang, ai ratah jelah sumer lauk ni ye, yu 'mengambinglah' sensorang makan salad tu. * Bini yang layak dimasukkan dalam guni!

    Bahan-bahan:
    1 mangkuk kecil daging (anggaran 300g)
    2 senduk kecil cili kisar
    2 ulas bawang putih
    2 ulas bawang merah
    1/2 keping gula nisan *gantikan dengan gula perangpun boleh
    1 sudu kecil serbuk ketumbar
    1 sudu kecil serbuk jintan manis
    Air asam jawa
    1 labu bawang besar
    Garam secukup rasa
    Minyak

    Cara-cara:
    • Perap daging dengan gula nisan, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. * Saya perap kira-kira 3 jam.
    • Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tumis bersama cili kisar hingga naik minyak.
    • Masukkan daging  dan sedikit air. 
    • Renehkan. Tambah lagi air jika daging masih belum empuk. Masukkan air asam jawa.
    • Masak hingga agak kering. Masukkan bawang besar dan masak hingga layu. Tambahkan gula nisan jika belum cukup manis.
    • Seimbangkan rasa masam masin manisnya.