Seronok betul 'girlfriend' saya nak round Europe esok. Hidup sesuka suki hati untuk berterbangan ke mana yang dikehendaki. Boleh beli apa yang dihajati.Tanpa ragu dan ralat. Betulkah itu bahagia?
Teringat cerita dalam satu majalah yang mana si isteri kepada orang kaya pemilik syarikat multi billion biasanya akan membeli 3 handbag sekaligus. Satu untuk dipakai, satu untuk disimpan dan satu lagi untuk anak perempuannya yang debab. Dan semua itu adalah beg-beg berjenama yang limited edition setanding yang dijinjing Oprah, Victoria Beckam dan JLo. Tapi memang pasti hidupnya tidak pernah disapa gundah dan resah?
Tahun lepas pertama kali saya tengok di majalah ada handphone berharga RM57,000. Ha????? Dan paling membuat saya lebih tercopong bila saya pernah terserempak dengan Ah So tua yang baru keluar dari kedai dan menjinjing beg kertas. Dia baru saja membelinya! Pada sesiapa yang pernah tak tahu macam saya, jenamanya Vertu. Bila difikirkan balik, mungkin sesuai untuk warga yang kertu sahaja. Tapi, adakah anak-anak atau orang tersayang pasti akan berhubung dengannya di saat dia perlukan?
Saya tak ada semua tu, dengan kata lain berderet impian keinginan tersenarai dalam wishlist. Tapi alhamdulillah, setakat ni saya ada apa yang saya perlukan. Itu sudah lebih dari memadai, bukan?
Apa yang saya perlukan di hari yang redup macam nipun sudah saya dapatkan. Tenang dan disambut senang oleh warga perut. Sedap dan sedap dan sedap dan sedap panna cotta versi ni. Terima kasih kepada Ratu Jeli Jelo laling!
2 1/2 cawan susu segar
9gm serbuk gelatin
4 sudu besar air panas
1/4 cawan gula
Esen vanilla
Cara-cara:
- Masukkan serbuk gelatin ke dalam air panas. Kacau hingga larut.
- Masak susu bersama gula hingga mendidih kecil. Pastikan gula telah larut sepenuhnya. Masukkan 2,3 titis esen vanilla.
- Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam susu. Kacau sebati.
- Sejukkan hingga betul-betul set. (Anggaran masa kalau tak sabar lepas 4 jam dah boleh dinikmati dah)
Bahan-bahan (dragon fruits puree):
1/2 biji buah naga/dragon fruit
2-3 sudu gula
Perahan lemon
Cara-cara: