Pages

Sunday, June 02, 2013

DOUBLE CHOCOLATE MUFFINS

Melenggang saya ke Tesco semalam. Dalam kedemaman. Ambik angin katanya. Lalu depan satu stall produk kurus tu, budak tu siap tarik lengan saya. Suruh singgah. Mujur tak terbertas batu-batuan yang bergermerlapan bling-bling kat baju ai.
Terus muka ai berubah menjadi 'humaira' taw bila dia sua maklumat pasal produk tu. Spontan saya jeling kat sorang perempuan yang kebetulan  lalu kat belakang saya. Dagu dia dua lapis macam saya juga. Tapi tak ada lah pulak budak salesgirl tu tarik tangan dia suruh dengar penerangan bla bla bla kurus bla bla metabolisme bla bla untuk kesihatan bla bla suami sayang. Haih! Rimas daku dalam dakapan mu tau tak dik!
Tapi macam biasa. Saya berlalu pergi. Balik godek mafin. Haha apa kejadahnya heh nak masuk dalam hati walaupun  ada suara terngiang-ngiang dalam mimpi ngeri. Bila saya tersedar dari mimpi ngeri tu, muka berpeluh-peluh dan terus keinsafan datang dalam jiwa. Akibatnya tengah-tengah keheningan malam, akak kayuh beskal setempat. Terbakar hatinya yang sepi sambil 386kcal berjaya dikorbankan. Wuhh!

Owh lamunan ku terpaksa dihentikan. Sebab sedap sangat menggonyel muffin. Mudah.my aje membuatnya. Walaupun pada ketika dan saat ini beberapa tahun lepas, saya dengan gigihnya mengangkut muffin mix kat Yummie Bakery nun. Hehehe.
Resepi dari BEST RECIPES.COM
1/2 cawan minyak jagung (saya guna butter yang dicairkan)
2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/4 -1/3 cawan serbuk koko (saya gunakan 1/3 cawan serbuk coklat)
3/4 cawan gula halus
1 1/3 cawan susu (saya gunakan susu coklat)
3/4 cawan coklat putih (saya gunakan choc chips)
3/4 cawan semi sweet chocolate (hiris nipis/kecil)
Secubit dua garam (saya tambah)

Cara-cara:
  • Gaulkan chocolate chips dengan tepung. Ketepikan. * Ini bertujuan untuk mengelakkan chocolate chips tenggelam dan karam ke dasar muffin. Err ni kak Giada@Home yang wazzap saya bagi tau petua ni. :)
  • Pukul telur perlahan-lahan dengan senduk kayu/spatula. Masukkan gula dan kacau lagi. 
  • Apabila sebati, masukkan minyak.
  • Tuang susu perlahan-lahan. Kacau rata.
  • Masukkan tepung dan selang seli dengan coklat tadi.
  • Kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh.
  • Bakar kira-kira 8-10 minit atau sehingga masak.

14 comments:

  1. same le kita bila rasa selalu sangat pakai baju kurung atau jubah warna hitam bila p makan kenduri..konon konon nampak kurus sikit aka glamour..hik hik hik bila terserpak suku sakat..mula la balik kayuh basikal keliling taman dek kerana rasa tercabar...by the way pas ni kena tambah 4km lagi bila tergoda tgk mufin chah....:o)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanim...kayuh jgn x kayuh....sambil mulut kunyah jgn x kunyah...hikhik

      Delete
  2. Aslmkum Chah
    double choc muffin...nampak sedap....
    tomei pula dipacak bendera..

    ReplyDelete
  3. Comelnye muffin ni bersama bendera y berkibar tuh..mmg betul2 double choc. Muffin ni kan.

    ReplyDelete
  4. vahhh...sedapnyerrrr....
    more cekelatttt....i loike....

    ReplyDelete
  5. salam kak chah..

    ui, meleleh air liur tengok double choc tu..memang mantap dan sedap..mewah dgn coklat cip..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum chah...
    comelnye muffin.. siap bendera cute tu.. mana beli? tak nampak pulak kat bake with yen sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jassnani,

      Bendera tu x beli kt bakery shop. Kalau x kt kedai 2 hengget mungkin kt daiso. X ingat doh sbb beli da lama..

      Delete
  7. amboi kak chah dalam pelan pelan kayuh ada mapin..zila pun suka gini siap ada flag kecik

    ReplyDelete
  8. Chah, tips nk cepat kurus... buat mapin bebanyak pas tu bagi k.gee makan... kurus la ko....

    ReplyDelete
  9. Sedapnya...makcik tak leh tengok lama2....tergoda seh..

    ReplyDelete
  10. wah sedapnya..merekah2 lagi
    buat nie mesti anak-anak suka kan...

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/06/puting-luka-8-punca-paling-popular.html

    ReplyDelete
  11. tq Chah kongsi tip ganache itu.akn cuba bila buat lg ganache.

    ReplyDelete
  12. I appreciate what you have done here. I like the part where you say you are doing this to give back yet I would expect by every one of the remarks this is working for you too. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pictame right now!

    ReplyDelete