Pages

Thursday, March 29, 2012

DRAGON FRUITS PANNA COTTA

Seronok betul 'girlfriend' saya nak round Europe esok. Hidup sesuka suki hati untuk berterbangan ke mana yang dikehendaki.  Boleh beli apa yang dihajati.Tanpa ragu dan ralat. Betulkah itu bahagia? 

Teringat cerita dalam satu majalah yang mana si isteri kepada orang kaya pemilik syarikat multi billion biasanya akan membeli 3 handbag sekaligus. Satu untuk dipakai, satu untuk disimpan dan satu lagi untuk anak perempuannya yang debab. Dan semua itu adalah beg-beg berjenama yang limited edition setanding yang dijinjing Oprah, Victoria Beckam dan JLo. Tapi memang pasti hidupnya tidak pernah disapa gundah dan resah?
Tahun lepas pertama kali saya tengok di majalah ada handphone berharga RM57,000. Ha????? Dan paling membuat saya  lebih tercopong bila saya pernah terserempak dengan Ah So tua yang baru keluar dari kedai dan menjinjing beg kertas. Dia baru saja membelinya! Pada sesiapa yang pernah tak tahu macam saya, jenamanya Vertu. Bila difikirkan balik, mungkin sesuai untuk warga yang kertu sahaja. Tapi, adakah anak-anak atau orang tersayang pasti akan berhubung dengannya di saat dia perlukan? 

Saya tak ada semua tu, dengan kata lain berderet impian keinginan tersenarai dalam wishlist. Tapi alhamdulillah, setakat ni saya ada apa yang saya perlukan. Itu sudah lebih dari memadai, bukan?

Apa yang saya perlukan di hari yang redup macam nipun sudah saya dapatkan. Tenang dan disambut senang oleh warga perut. Sedap dan sedap dan sedap dan sedap  panna cotta versi ni. Terima kasih kepada Ratu Jeli Jelo laling!
Untuk versi strawberry sila telan air liur  DI SINI dan versi mangga juga ada   DI SINI

Bahan-bahan:
Sumber: Kak Nor Secubit Garam
2 1/2 cawan susu segar
9gm serbuk gelatin
4 sudu besar air panas
1/4 cawan gula
Esen vanilla

Cara-cara:
  • Masukkan serbuk gelatin ke dalam air panas. Kacau hingga larut.
  • Masak susu bersama gula hingga mendidih kecil. Pastikan gula telah larut sepenuhnya. Masukkan 2,3 titis esen vanilla.
  • Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam susu. Kacau sebati. 
  • Sejukkan hingga betul-betul set. (Anggaran masa kalau tak sabar lepas 4 jam dah boleh dinikmati dah)
Bahan-bahan (dragon fruits puree):
1/2 biji buah naga/dragon fruit
2-3 sudu gula
Perahan lemon

Cara-cara:
  • Kisar buah naga dengan gula. Masukkan perahan lemon. 
  • Tuang ke atas panna cotta dan sedia untuk dinikmati.
Hurmm, memang tak teringin dah beg ke vertu ke apa bila ada dessert ni menjadi pendamping! 


12 comments:

  1. Aslmkum
    Semalam Versi merah juga..Hari ni merah juga..Hehehhee..Panna cotta mmg sedap..

    ReplyDelete
  2. eh.. ehh.. apa mimpi ni, pakat entri sama jer.. hehe

    ReplyDelete
  3. yumyumm... memang sedap.. nasib baik dah pernah rasa.. tp kita guna nama pitaya pannacotta.. heheee...

    ReplyDelete
  4. Kak ratna...mmg sedap kan, tiap2 ari layan pun ok nih...

    ReplyDelete
  5. Kak nor.....kikikiki....adoi nk gelakpun ada... Esok kak nor terserashi bershama ngan sapa lak... Tetiba rasa nk sangat jumpa ngan kak nor secara live!!

    ReplyDelete
  6. Ibh_sue, heee, biar idup gemilang cemerlang gitu...tu yg masakpun sumer warna2 semangat gitu...yup, panna cotta mmg besh!

    ReplyDelete
  7. takpe la..xde henbg mahei..rezki masing2 di dunia yg sementara* tazkirah jumaat*
    akakku..adakah bentuk gelas itu mengambarkn pinggang mu? sy jelezz..

    ReplyDelete
  8. cantikk berseri2 warna DRAGON FRUITS PANNA COTTA tu..
    mehhhh segelassss...

    ReplyDelete
  9. nmpk myelerakan la...cantik betul kaler n kjadiannya...bru pas tgk kt dpur K.Nor td...skrg kt sni pula..tliur dibuatnya...

    ReplyDelete
  10. Chah,
    seumur hidup lum pernah lagi buat..apa laa rasanyr
    selalu nampak kwn2 tayang.
    agak2 kena buat gak kot..baru tau apa ghase nyerksn...kan...

    ReplyDelete
  11. kak Asma,

    ada orang tak berapa suka sebab rasanya yang creamy...tapi ai layan On sentiasa...cubalah..kena dengan buah yg masam2 mmg terbaik!

    ReplyDelete
  12. Cantiknya kaler lapisan atas panna cotta ni... So sweet!

    ReplyDelete