Pages

Tuesday, December 06, 2011

KUIH CIK MEK MOLEK



Masa sekolah menengah dulu, saya panggil kuih ini kuih Cik Mek Su. Panggilan tu sebenarnya untuk mengingatkan pada seorang cikgu di sekolah saya. Namanya Cik Mek Su. Cikgu lelaki dan orangnya comel. Dia tak pernah mengajar saya kerana dia guru pertukangan untuk pelajar  lelaki yang ambil aliran Sains Rumah Tangga. 



Manalah agaknya dia sekarang ni. Masih comel lagi ke atau dah agak kerepot. Mungkin sedikit gendut. Jahatnya haku mengejek cikgu. Hihi.

Pagi-pagi lagi saya rebus keledek, sambil buat lempeng sambil jeling keledek. Bukan apa, takut juga peristiwa pilu sambil  'meratapi' ubi kayu hangus kembali berulang. Kesianlah saya asyik kena menyental periuk aje. Nasib kali ini tak tembus. Bolehlah hangitkan lagi. Keke.



Masa bekerja dulu, kalau lunch kat area Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi, mesti beli kuih ni. Sorang-sorang menjinjing 4-5 ringgit. Tak reti-reti nak kenyang. Padahal ayam penyet dah satu set kena libas. 

Ni ha, makan puas-puas. Sampai termuntah lagi bagus, biar tak teringat-ingat dah.


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan keledek (rebus, lenyek dan sukat) * daripada 3 ketul keledek sederhana besar
3/4 cawan tepung gandum + 2-3 sudu besar untuk dusting
Garam
Gula secukupnya
Minyak


Cara-cara:

  • Gaul keledek, tepung  dan garam. 
  • Uli sebati. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. 
  • Gentelkan bentuk memanjang, masukkan gula dan pastikan tiada gula yang terkeluar. 
  • Taburkan sedikit tepung atas dulang sebelum meletakkan kuih yang telah siap diuli. 
  • Apabila selesai, goreng segera untuk mengelakkan gula mencair dan keluar. 
  • Goreng dengan api sederhana hingga keperangan. Jika minyak terlalu panas semasa menggoreng batch berikutnya, tutup sebentar api untuk menurunkan suhu minyak. Ini untuk mengelakkan kulit kuih menggerutu jika digoreng dalam minyak yang terlalu panas.



6 comments:

  1. ahaii,cik mek molek
    ahaii,manyak sudapp...mai setapaware
    (xm0 sebijik xcukup...hehehe)

    ReplyDelete
  2. saje jer kau tunjuk gula yang meleleh tu kan...

    ReplyDelete
  3. amboi..meleleh2 air gula cekmek molek ni...comey sungguh :)

    ReplyDelete
  4. macam ubi keledek dah rupe dia..hehe..comel2..

    ReplyDelete
  5. Chah

    kita tak pernah la makan CMM ni...tgk air gula dia meleleh2 aduhaii....sodappppp

    ReplyDelete