Saya tak pernah bertanya khabar rakan-rakan yang menyinggah ke sini kan? Sombong giler! Hikhikhik. Bukan apa, saya pasti (walau bukan 100%) rakan-rakan sekalian mesti sihat walafiat. Ah dah tu boleh selak blog demi blog sambil jilat skrin, tu bukan sihat namanya? Orang sakit je yang tak selera makan. Oh ada lagi, orang kaya banyak masalahpun tak selera makan jugakan. Haip!
Berbaki lebih kurang 2 cawan pulut hitam yang direbus lebih buat bubur pulut hitam kegemaran kekanda Sang Arjuna. Maka terhasillah donut yang namanya je hitam tapi rupanya suci dan rasanya yang gebu gebana ni.
Ngap 3 ketul buat buka puasa, tersandar! Mahu bersandar macam saya? Silalah. Boleh aje kalau nak beli kat kakak jangok eye shadow biru tepi simpang kedai gunting tu, tapi tak feel la kan. Entah-entah pembayang mata jatuh dalam adunan donut tu, tu yang buat habibi hubbypun terbayaaaaaang dan terkenang-terkenaaaaang kat kakak jangok. Mahu? Heeee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi dari donut keeper Izah. Ini versi keladi dan versi keledek
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi dari donut keeper Izah. Ini versi keladi dan versi keledek
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
11g yis kering
100g gula pasir
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
50g susu tepung
200g pulut hitam yang telah direbus
100ml air dari peti sejuk (untuk versi pulut hitam, sukatan air adalah kurang daripada 100ml, jadi masukkan air sedikit demi sedikit)
- Kisar pulut hitam yang telah direbus dengan air yang minimum hingga halus. Teksturnya akan menjadi pekat dan agak kental.
- Campurkan semua bahan ke dalam mixer kecuali garam dan air. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, cuma ikut sahaja langkah BM masing-masing.
- Pukul hingga doh hingga agak sebati dan barulah masukkan garam dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi elastik dan licin.
- Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
- Canaikan dan tekap dengan acuan donut. Taburkan sedikit tepung gandum pada doh dan juga acuan jika doh agak lembik dan melekat.
- Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
- Goreng dengan api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
- Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing atau topping kesukaan.