Pages

Wednesday, September 26, 2012

STEAMED OREO CHOCOLATE CAKE

Nampak tak? Suka sangat kek yang kelam-kelam. Tapi yang kelam inilah buat susah nak tidur malam. Macam mencari syalon  suami. Dulu kriteria 'tall dark & handsome' menjadi igauan kaum hawa. Tapi la ni  isk takutla pulak kalau kriteria tu ada pada  jejaka idaman. Bukan apa, bila ramai benor 'Awang Hitam' melata keliling kita, serem jugak mak ni noks!

Setakat ni tak pernah lah lagi saya diganggu gugat oleh mamat-mamat kelam tu, Tapi yelahkan, walaupun Siti Norkiah ni matanya kedut, tapi tu tepi mata aje. Bila calit maskara biru pastu tampal bulu mata palesu, huh sedu sedan Kak Ita Che Wan makin rancak nanti. Herrr. 
Kek ni tak ada kena mengenapun dengan mamat kelam tu. Tapi kek ini memang ada kena mengena dengan dia ni kalau tak kerjanya melapiskan dagu memang tak sah. Oh lupa nak buat deklarasi. Memang dagu saya ada dua. Jarang-jarang ada orang 'seistimewa' ni dalam pekan Kajang yang asyik banjir ni.
Tapi kek ni memang istimewa. Kalau jual kat Zalora ni, orang sanggup bayar dua kali ganda taw sebab punyalah hebak dan sangatlah overs kesedapan dia. Muehmuehmueh.

Gabungan coklat dan oreo, Cik Siti Norkiah aka kakak dagu gendut ni godek-godek  semalam. Diinspirasikan dari resepi kebanyakan kek coklat lembab yang dahsyat-dahsyat kesedapannya. 
Rasanya? Kombinasi oreo dan cekelat sangat membantu membuatkan kek ini menerjah laju separuh loyang ke dalam mulut sambil melalui dagu gendut  Cik Siti Norkiah. Seterusnya bersemadi dalam tali perut yang panjangnya 5.21 meter tetapi bisa memuatkan 15.37 tan makanan dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. ;)
Bahan-bahan:
250g butter
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan susu coklat
1 cawan serbuk coklat * ada beza dari segi rasa antara serbuk coklat dan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan oreo crust
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Cara-cara: 
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu 
  • dan pukul sebati.
  • Masukkan susu pekat dan susu coklat. Kacau perlahan.
  • Masukkan serbuk coklat diselang-selikan dengan tepung gandum. Masukkan juga soda bikarbonat dan baking powder.
  • Akhir sekali masukkan oreo dan kacau-kacau manja mengada gitu. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin atau lapikkan dengan parchment/baking paper. 
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus kira-kira 1 jam 20 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan hias/tuang topping kesukaan. 


12 comments:

  1. humang aiiihh.. mcm berpakat membesarkan ferut jek atin chah ngan ai nihh.. kikiki.. tayangan sama aa kek coklat tapi tapi tak semewah cik tin la, sebab kita guna milo jek, tak sampai tahap oreo lagik. tapi gile texture kek tu.. cam nak hentak kepala kat screen den tengok.. naakkkkk

    ReplyDelete
  2. kalau jilat kat screen boleh rasa tak nya..hu hu

    ReplyDelete
  3. aduiii Chah
    ni buat bagi akak marah ni hahahaa nk kena buat jgakk sebab tengok gambo je mana aci dok telan ayaq lioq ja mesti lembab habis ni kan huh sedap tkyah cakaplah ni ,tunggu dan lihat nnt suatu hari yg rajin pasti akak buat jugak hee

    ReplyDelete
  4. Wow k.chah....tangkap leleh nih, nak amik recp la nak try gak nanti. Klu nak minta xdapek la k.chah nak bg ha.... Tq k.chah kongsi recp. Kenan gak teko tu hehehe.

    ReplyDelete
  5. fuiyooo..mmg meletops kebabommm wehh!! nak mintak ada lg ke chah oii??

    ReplyDelete
  6. h ehhee..meti gelak dulu baru leh komen..sedap kek cklt tue..kita lama bnor x buat.:)

    ReplyDelete
  7. hang memang antu cenggkeratttt!!!!

    ReplyDelete
  8. susu coklat tu susu pe yekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik anon, susu coklat yg mcm brand dutch lady etc. Kalau guna susu segar juga ok actually...

      Delete
  9. serbuk coklat cap ape yek..x sama rasa ngan serbuk koko ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida,
      Saya guna serbuk coklat yg jual packed kt kedai bakery tu je. Rasa mmg x sama sbb serbuk coklat ada kandungan susu...kalau serbuk koko mmg purely koko....

      Delete
  10. Aslmkm Chah. Terjumpa entri ni kat KR. Walaaaa.... marvelous!

    ReplyDelete