Pages

Monday, May 14, 2012

BUBUR BARLI DENGAN SEKOTENG

Oleh sebab kurang kreatif dan tak mahu langsung panjangkan sikit akal tu memikirkan  menda-menda yang di luar kotak pikiran, saya tak tahupun barli boleh juga dibuat bubur. Ingatkan buat air je. Atau buat gula-gula perisa barley  yang bungkus warna putih belang-belang biru tu.  

Ni kali pertama saya buat bubur barli. Jaman bekerja dulu rajinlah beli dengan tujuan yang satu dan jitu- untuk memperkemaskan tali perut lepas makan nasi dengan kawan-kawan ngokngek. Sampaikan sambil suap, kena bukak kancing kain. Bagus!
Lepas tu bila  MD jenguk tujuh lapan kali, ulang alik buat-buat basuh tangan tujuh lapan kali juga, tak reti-reti baser nak angkat kaki bla la woi pergi naik buat kerja  nun!. Hehe, office saya kat atas, tapi suka benor bentang-bentang tikar melepak kat tingkat bawah. 
Saya tengok Noorsha buat pengat labu  dengan sekoteng, terselak lah sikit minda ni dan baru tahu macam-macam guna sekoteng ni, dan betapa ianya boleh dipelbagaikan. Lepas tu resepi tu masuk magazine gitu, kan Sha! Hee suka! suka!
Bahan-bahan:
1 cawan barli (rendam semalaman)
1/2 cawan sekoteng (rebus hingga lembut)
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
gula secukupnya
Secubit dua garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Rebus barli hingga empuk dan lembut. Masak santan dengan gula. Masukkan susu cair dan garam. 
  • Masukkan juga daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan barli dan sekoteng.
  • Masak sebentar dan pastikan dikacau sentiasa dan jangan sampai pecah minyak.

14 comments:

  1. suker..suker... takde le aku asek2 buat pengat pisang je sampai loya anak tekak. Kau pegi bali ke chah lama tak nampak muka kat sini.

    ReplyDelete
  2. salam hemmm bali....kenyang tu....nak jugak merasa :-)

    ReplyDelete
  3. sedapnye...set pon cantik...hehe

    ReplyDelete
  4. sampai skrg tun x penah lg tgk skoteng tu depan mata. sedih sedih..

    ReplyDelete
  5. Ahai...sedapnya.... semlm gee buat bubur jagung + keledek oren + sekoteng... ermmm slruppp 2 mangkuk....sedap!

    ReplyDelete
  6. anak dara ai dah lama teringin nak makan bubur barli.. sedap ek.. tak ada talam sekoteng.. talam besi dan talam plastik jer yg ada.. hangak2 boleh letak tak? ngeeeeeeee :)

    ReplyDelete
  7. x pernah lg mkn skoteng..wallaaa jakun btul sy:)

    ReplyDelete
  8. mehhhh semangkukkkk...
    nak ngan mangkuk2 tu sekali...he3

    ReplyDelete
  9. wah cantiknya mangkuk tu i love blue..bubur tu sedapnynnnnnnnn

    ReplyDelete
  10. lama jugak tak buat bubur barlie ni.. bubur gandum pun lama tak buat.. haishhh tiba2 kecur tgk bubur chah ni tau.... nasib baik kat rumah masih ada baki bubur kacang hijau.. hehehe...

    ReplyDelete
  11. konpem boleh cuba buat try test ni chah..sekoteng ada..barli ada..(bali je yg takde),santan?..tak kisah boleh beli..alamak gula?..dah habis laah..buat kuih kaswi tadi..angkut je lah apa yg ada kat sini dulu..dgn mangkuk2 sekali ya chah..kira halal lah tu ya..hehe

    ReplyDelete
  12. sedapnya bubur ni..ada barli pula tu boleh hilangkan panas badan..

    ReplyDelete
  13. Salam chah...boleh tak tunjukan macamana rupa skoteng tu.

    ReplyDelete