Pages

Tuesday, March 20, 2012

KUIH LAPIS DARUL AMAN

Seminggu cuti sekolah, seminggu juga saya tak dapat turut serta dalam fenomena berebut nak beli nasi lemak kat simpang sekolah Tadika Nabiha. Heran juga saya nasik lemak halba yang harum dengan sambal yang sedap cuma berharga seringgit. Tak kisahlah kalau dibungkus dengan daun pisang hutan dan surat khabar Nanyang Siang Pow pun kan. Sedap dan murah. 
Tinggal di kejiranan Cha Ya Nun Aliff ni agak susah bagi saya nak dapatkan sarapan pagi yang sedap. Mungkin harga pada sesetengah orang tidak membebankan, no hal punya tapi bab rasa, jangan main-main. Biasanya harganya mahal macam bedil, tapi rasanya-wuhhh up sikit je dari makanan penjara. Ke makanan penjara sedap macam kat hotel? Ataupun makanan hotel tak sedap macam makanan penjara?
Ah! solvelah sendiri permasalahan di atas.

Gedik tul nama kuih lapis saya kali ni. Bukan apa sebagai memperingati negeri asal ibu mertuakoo. Itu aje. Kebetulan pula warna-warnanya telah saya 'jelapang padikan'. Tetiba rasa nak beli baju raya kaler macam kuih ni. Heeee
Lama dah kepingin nak mencuba resepi kuih lapis yang letak tepung hoen kwee ni. Menggebu-gebu rasa tak sabar bila tengok di blog Jejaka Gebu tu. Tapi memang sah tak kesampaian juga lagi. 


Bila  start kerja-kerja awal pembikinan, rupanya semua tepung hoen kwee saya berwarna-warni. Takkan nak u-turn pula bila nyior dah 'dikukur' dan segala persiapan lain telah dilakukan dengan rapi sejak berbulan-bulan yang lalu kan?. Kekekeke.
Bahan-bahan:
Sumber : Cik Mat Gebu
Bahan A:
150g tepung beras
30g tepung hoen kwee (saya gantikan dengan tepung ubi)
400ml santan pekat
160ml air
Bahan B:
180g gula halus (saya guna 160g)
150ml air
Daun pandan untuk mewangikan (saya tak letak)
Secubit dua garam
Pewarna yang disukai (saya gunakan hijau epal, royal yellow dan warna asal)
Untuk ikut cara Cik Mat, sila ke SINI
Cara saya:
  • Campurkan semua cecair sebanyak 710ml (campuran santan, air dan air dari bahagian B) * saya guna 700ml santan.
  • Masukkan gula dan kacau hingga larut.
  • Masukkan tepung dan garam. Tapiskan jika perlu.
  • Bahagikan kepada warna-warna pilihan. Kalau guna 4 warna, gunalah sifir 4 untuk bahagikan sama rata, adil dan saksama.
  • Oleskan loyang dengan sedikit minyak untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan kuih dari loyang nanti. Lapik dengan plastik juga bisa!
  • Kukus selapis demi selapis kira-kira 6-7 minit setiap lapisan.
  • Pastikan adunan tepung dikacau rata sebelum dituang ke atas lapisan seterusnya untuk mengelakkan adunan tepung mendap.
  • Sejukkan sebelum dipotong.

18 comments:

  1. wah cantiknya.. patut le namanya Kuih Lapis Darul Aman ya.. Hijau Kuning..

    ReplyDelete
  2. Cantek la kuih lapis tu Chah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahel, macih

      Ogyep, jelapang padi gitu..

      Delete
  3. cantik kuih lapis tu... menggoda! lepas ni nk buat kuih lapis darul makmur pulak lah... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gee, a ah...harus dicoba tu...benornya saya penah buat itam putih sebelum ni...gali2 dlm blog ni leh jumpa ..:o

      Delete
  4. cantik.....menggoda habis..kalo darul iman nk kaler mcne laaa nnti yer...hitam putih? uwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar, tq nyinggah. Dulu saya pernah buat lapis darul iman ikut negeri kelahiran saya...lapis dgn cekelat hitam .. ada dlm blog ni gak.. tp rasa yg asli gak yg beh...

      Delete
  5. sedapnya...kalau anak tekakku dapat menelan sepotong 2....tgh2 hari nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myda, x cakap awal2...dh berkubur dlm perut ahli2 rumah saya...nx time eh?

      Delete
  6. amboiii kemain seksi lg kuih lapis tu bposinggggg...pdi btul dia mgoda yerkkk...cntik dan sedap nmpknye tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH, seksi eh?? Sebab gedik2 kenyal2 tu ler...

      Delete
  7. wahh kat sini pun ada kuih lapis...cantikla kuih lapis ni chah..suka tgk dan semestnya sedap ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza, kebetulan kita sama plak ek buat kuih lapis bg menambahkan lg lapisan yg sedia ada...:)

      Delete
  8. Salam Chah...cantiknya kaler kuih lapis awak tu..lembut saya pun dah tergoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citarasaku,
      Mmg Sedap...resepi cmg mmg selalu terbaekk...:)

      Delete
  9. Chah, apasaiii xda kuih lapis Darul Makmur....org Pahang nak makan jgk ni...cantiiikknnyaaa lapisan demi lapisan kuih tu...akak ni dah malas tahap gaban...serba serbi malas...hehe

    ReplyDelete
  10. Kak ummi, saya penah buat kuih lapis dgn coklat hitam ....belang cm zebra, ada dlm blog ni kira darul makmur la tuu...

    ReplyDelete
  11. Shanthini Sathasivam28 August 2019 at 15:32

    Kak, kalau ikut resepi ni, pakai 400ml santan cukup atau kena pakai 700ml?

    ReplyDelete