Pages

Monday, February 20, 2012

BUAH MELAKA KELEDEK


Buat masa ini perut saya tidaklah semancung hidung Kavitha Sidhu. Mungkin sedikit penyek macam hidung Atikah. Jadi alang-alang tahap perut masih belum melepasi paras bahaya, apa tunggu lagi. Eh, ai ni bukan nak cakap besar, setakat nak try limbo rock tu boleh lepas lagi taw

Baik kita raikan dengan aktiviti-aktiviti memadatkan tali perut. Duduk tanpa produktivitipun lama-lama kakipun naik kematu. Silap-silap resdungpun makin rancak makan dalam. 

Kuih yang sesuai untuk pengguna polident yang kehabisan stok. Tapi kalau yang species masih 'tulen bang' macam ai ni, nak tumpang mamah secekau dua, tak de hal punya. 


Bahan-bahan:

1 cawan keledek (rebus dan lenyek)
1 cawan tepung pulut
Air (anggaran 1/2 cawan *bergantung kepada kadar air yang terkandung dalam keledek yang telah direbus tu)
Gula nisan secukupnya
secubit dua garam
1/2 biji kelapa muda (tak semestinya dara) diparut dan digaulkan dengan sedikit garam


Cara-cara:
  • Campurkan keledek,tepung dan secubit garam. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. * tambah atau kurangkan air mengikut kesesuaian
  • Leperkan anggaran sebesar duit dua puluh sen (yang lama, heeee). Masukkan gula nisan dan gentelkan hingga menutupi keseluruhan gula.
  • Rebus dalam air yang telah dididihkan terlebih dahulu. 
  • Apabila kuih telah timbul, cedok menggunakan tapis dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.

Jom limbo rock,ada bran? Tak lawak ok?!


6 comments:

  1. suka gula melaka..xsuka keledek..ahhaa, lain orang, lain caranya..

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum Chah..
    Ala..la... comeinya gmbr2 buah melaka keledek ni.. Mmg sedap kalu buah melaka yg ada keledek dlm dohnya.. I like!

    ReplyDelete
  3. adoii.... tgh nisan cair tu mmg menggoda keimanan aii tauu.. kaler cantik je.. tun cuma ada labu je dlm peti sejuk tu. maybe buleh tukar keledek ke labu, kaler dh sama tu,

    ReplyDelete
  4. Assalam Chah, sedap ni dpt makan 10 biji pun x sedaaauu ke diri taaauu...nak2 tgk gula meleleh camtu...adeeeiii :))

    ReplyDelete
  5. Chah,memang ceria jer kaler buah melaka ni,gue suka tengok la..tapi gue lg suka klu dapat 1 mangkuk buah melaka..

    ReplyDelete