Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for March 2013

PAU KELADI BERBENTUK TERUNG

Tamat suda cuti sekolah. Pendek dan ketot aje bila mengenangkan yang manis-manis. Tapi bila mengenangkan aduh sakit pinggang lepas tu sampai tak dan nak tempek krim malam sebab terlalu mithali melayan karenah anak-anak terasa macam panjang lah pulak kementerian pelajaran buat cuti sekolah ni. Haih.
Kawan-kawan bercuti ke mana? Seronok ya habiskan masa dan wang ringgit demi kelorga tersyinta. Makin bertambahlah koleksi fridge magnet nampaknya. Itu kalau yang suka kumpul magnet lah. Kalau yang suka kumpul lemak pula, ermm kena ingat, magnet cuma boleh tarik besi. Tapi tak booooleh tarik lemak. Muehehe.
Mak ada pening-pening sikit ni. Alah dugaan ala-ala IKS aje. Belum kategori kontraktor kelas A lagi. Urut dada, lepas tu pergi aje ke dapur. Pasti tenang semula. :)

Pening makan keladi banyak sangatpun ye juge. Abis semua resepi nak dikeladikan. Biaser!

Kali ini beliau tampil lebih segar dengan resepi pau keladi yang sungguh wangi. Dipersilakan! 




kalau malas nak menggentel ala-ala terung yang teruk tu, bulat-bulatkan aje macam biasa..
Bahan-bahan:
1 cawan keladi (rebus hingga empuk dan sukat)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh juga guna tepung gandum)
2 sudu besar gula
1 1/2 tsp yis kering/yis segera (contoh jenama mauripan)
1/2 tsp bread improver
1 tsp lemak sayuran
1 tsp bread shoftener
1-2 cubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air sejuk
2,3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu
Sedikit pewarna hijau
Inti kesukaan secukupnya (kali ini saya gunakan inti kelapa)

Cara-cara:
  • Lenyek keladi semasa masih panas-panas. Sejukkan.
  • Campurkan semua bahan kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal. * Jumlah penggunaan air mungkin boleh ditambah/dikurangkan mengikut kesesuaian memandangkan air yang terkandung di dalam keladi yang direbus juga memainkan peranan.
  • Asingkan anggaran sekepal doh untuk diletakkan pewarna hijau (bahagian daun)
  • Campurkan bahagian tadi dengan  pewarna hijau dan ketepikan.
  • Campurkan doh selebihnya dengan pewarna ungu dan perisa keladi. Uli hingga sebati dan kenyal.
  • Rehatkan doh sehingga mengembang 2 kali ganda atau anggaran 30 minit.
  • Apabila doh telah naik, tumbuk-tumbuk doh dengan perlahan untuk mengeluarkan udara di dalamnya. 
  • Ambil sedikit doh/mengikut saiz kesukaan dan leperkan. Masukkan inti dan bentukkan bulat memanjang sehingga menutup keseluruhan inti. 
  • Bengkokkan sedikit seperti buah terung. Gunakan sedikit tepung semasa menggentel jika doh agak melekat. 
  • Lapikkan dengan plastik ataupun daun pisang yang dipotong bulatan. (saya gunakan baking paper cup yang dipotong kecil)
  • Ambil sedikit  doh berwarna hijau dan bentukkan untuk tampuknya.
  • Sapu bahagian atas pau dengan sedikit air dan letakkan tampuknya perlahan-lahan. 
  • Rehatkan sebentar pau sementara menyediakan air kukusan.
  • Kukus pau kira-kira 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih untuk mengelakkan air menitis ke atas pau.
  • *Jika menggunakan mixer atau bread maker, kerahkan aje mereka buat kerja ikut arahan tertera. 

Rasanya, owh seakan-akan pau labu yang sedap itew. Dengan kehadiran perisa keladi buatkan pau ini menang tipis ke atas pau labu. Err tak sabar pulak nak berpilihanraya. :)
Jemputlah!

BINGKA UBI URBAN

Assalamualaikum..

Wahhh poyoponyer asyik update blog aje lately. Rajin bertempat dan asyik buat baik berpada-pada nampaknya. 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang saya cuba berselindung di sebalik dagu yang masih dabel deker ni. Yelah, takkan 4,5 bulan mengisolate kan diri tak ada berita langsung kan, baik yang benar ataupun palesu.
Paling tak boleh tahan seketul lens kesayangan hamba telah terbarai. Beli aje yang baru bukan solusinya di saat ai sedang ngumpul sari seposen ni. Atas seposen tulah nak buat beli lens ganti, buat beli bedak 'Arab' dan lain-lain lagi. Owh. lupa. Tabung derma kilat untuk beli lens ada  kat pintu depan blog ni. Hulur-hulurlah 4,5 posen sorang ye. Jangan buat-buat tidur ataupun bertafakur sebentar pulak bila dengar bunyi krek-krek roda tabung yang dah berkarat tak cukup minyak pelincir lalu depan korang. Tapi spot rim pak imam menten 30 inci. Heh
Saya dah hampir khatam meneroka blog kawan-kawan. Banyak yang ketinggalan. Menupun wah dahsyat-dahsyat betul.  Dari pengamatan saya, rasanya hasil dari menu-menu yang tersangatlah walla gitu tu, mesti ada jugak yang dah jadi sama spesis dengan ai kan, dagu 2 ketul? kan? baik ngaku!

Bingka ubi fenomena ini memanglah keeper rasa dan perasaan bila mengunyahnya. Kali ini dengan penukaran suka sama suka bahan utamanya yang saya lakukan kerana geram! mesin kukur nyior elektrik rosaklah pulek!  Jadi kalau ada nyior yang nak dikukur tapi mesinnya tak ada, so proses menjadikan nyior itu berjurai-jurai macam air mata Dhia takkan berlaku. Iye dok?

So hampir berjurai-jurailah air mata ai kena menyagat ubi. Memang 'kasi gegar punya' lengan nak nyagat berketul2 ubi tu. Abis muka berminyak sume lepas sagat ubi, dah  malas ah nak ke kedai bawah tu untuk cari kelapa parut pulak. Kang banyak pulak soklan budak cashier tu, eh lengan akak dah kurus? apa rahsie yer? 

Apa ai nak jawab? 

Untuk versi sebelum ini  sila derma dulu untuk tabung lens saya tu, then  barulah klik kat SINI


Bahan-bahan:
3 cawan ubi mentega/kuning yang telah diparut (anggaran daripada 1 1/2 kg ubi)
1 1/2 cawan whipping cream
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin/butter
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Parut/sagat ubi. Jika ubi kelihatan seperti banyak air, perah dahulu untuk membuang airnya yang agak pahit tersebut. 
  • Campur semua bahan dan kacau hingga gula hancur. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin. Bakar hingga masak. 
  • Jika menggunakan loyang kecil, anggaran masa membakar kira-kira 25-30 minit. 
  • Apabila bingka telah masak, oleskan dengan sedikit marjerin ketika bingka masih panas-panas. 

Rasanya? Rasa lemaknya sangat menyerlah. Sebabnya ada whipping cream dan tak ada kena mengena dengan lengan yang dah mengecil dalam khayalan je tu. 

Kira boleh terkehellah mata Cik Martha 'Stewardest' baca resepi ai  tu nanti. Kalau tanya saya, memang mak  bagi markah seratus. Atau dalam bahasa Nabiha markahnya adalah nombor terakhir dalam dunia ini. :)



KUIH KOCI KELADI

Assalamualaikum,

Tahun dah beralih. Bulan dan hari dan waktu dan detik lagilah. Berputar-putar dan berpusing-pusing ligat betul. Apa khabar orang di sana? Saya masih saya yang lama. Kulit je ada pertambahan kerepot dua line. Krim ubanpun makin berderet dalam lemari solek. Almaklum ai dah 40 yu. Huks!

Rindu pada kawan-kawan semua. (Ayat pembuka memang kena stended dan tak boleh bla punya) Tapi apakan daya, tak ada usaha lebih untuk cari masa tambah power jiwa, beginilah jadinya. Sikit lagi blog ni nak terbengkalai dan  terbaghai!
Tergagap pulak Kak Temah nak mula bicara. Terkial-kial juga nak pegang kamera. Takpe kita start semula 'hubungan' ini pelan-pelan. Buat macam tak ada apa-apa okeh? * Lepas ni bila lah pulekk next resepi akan mengambil alih. Haruz tahun depan la tew! 
Banyak cerita menanti. Tapi nanti-nantilah kita gebang-gebang sambil sip-sip kopi pekat bancuh dengan air panas menggelegak pada suhu 100 darjah selsius. Gula kasi kurang. Akak memang jaga pemakanan sekarang dik. Bukan apa risau juga kalau banyak sangat ambil gula, hilang pulak segala kemulusan kulit kaki. Macam tak ada kaitan. Hummpp.

Kuih koci edisi terhad  untuk kawan-kawan yang tak jemu-jemu kelebet blog basi ni. Kokye ai lama tak bermesorat tingkap dengan yu ols, janganlah pinggirkan ai pulak ye. 



Untuk Inti

1/2 biji kelapa inti (diparut)
2 -3 keping gula melaka
Gula pasir
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
  • Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
  • Masukkan simpulan daun pandan.
  • Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Untuk kuih:

1 cawan keladi yang telah direbus dan dilenyek
1 1/4  cawan tepung pulut
Sedikit garam
2-3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu


Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. 
  • Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
Untuk sapuan pada kuih:

1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
Sedikit garam


Cara-cara:

  • Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
  • Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
  • Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.


Cara-cara untuk membungkus kuih:
  • Gentelkan inti sebesar saiz duit 20 sen. Ketepikan.
  • Ambil adunan tepung anggaran sebesar duit 50 sen  dan bungkus inti tadi. Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum.
  • Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
  • Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
  • Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak. 
Ni ha, nak cakap salah. tak cakap macam tak kenalah juga. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Majalah Aroma kerana 'berani mati' tempek kisah blog Kak Temah yang haprak lagi kepam ni. 


Cuma tulah, saya mintak maaflah banyak-banyak kalau rekod jualan Aroma untuk bulan Mac merosot dek kerna saya. Hukhuk. 

Pis Puan Ct!