Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for June 2012

DONUT PULUT HITAM

Saya tak pernah bertanya khabar rakan-rakan yang menyinggah ke sini kan? Sombong giler! Hikhikhik. Bukan apa, saya pasti (walau bukan 100%)  rakan-rakan sekalian mesti sihat walafiat. Ah dah tu boleh selak blog demi blog sambil jilat skrin, tu bukan sihat namanya? Orang sakit je yang tak selera makan.  Oh ada lagi, orang kaya banyak masalahpun tak selera makan jugakan. Haip!
Alkisahnya bila 90% daripada masa yang dikurnia digunakan untuk memikirkan nak makan apa, nak makan apa ari ni ooooiDalam sehari 14 kali selak buku resepi, 14 kali juga surf merata hala dalam internet cari idea nak masak apa.  
Berbaki lebih kurang 2 cawan pulut hitam yang direbus lebih buat bubur pulut hitam kegemaran kekanda Sang Arjuna. Maka terhasillah donut yang namanya je hitam tapi rupanya suci dan rasanya yang gebu gebana ni. 
Ngap 3 ketul buat buka puasa, tersandar! Mahu bersandar macam saya? Silalah. Boleh aje kalau nak beli kat kakak jangok eye shadow biru tepi simpang kedai gunting tu, tapi tak feel la kan. Entah-entah pembayang mata jatuh dalam adunan donut tu, tu yang buat habibi hubbypun terbayaaaaaang dan terkenang-terkenaaaaang kat kakak jangok. Mahu? Heeee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi dari donut keeper Izah. Ini  versi keladi dan versi keledek
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
11g yis kering
100g gula pasir
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
50g susu tepung
200g pulut hitam yang telah direbus
100ml air dari peti sejuk (untuk versi pulut hitam, sukatan air adalah kurang daripada 100ml, jadi masukkan air sedikit demi sedikit)
Secubit dua garam
1 sudu besar donut improver (saya tambah)
Cara-cara:

  • Kisar pulut hitam yang telah direbus dengan air yang minimum hingga halus. Teksturnya akan menjadi pekat dan agak kental. 
  • Campurkan semua bahan ke dalam mixer  kecuali garam dan air. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, cuma ikut sahaja langkah BM masing-masing.
  • Pukul hingga doh hingga agak sebati dan barulah masukkan garam dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi elastik dan  licin.
  • Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
  • Canaikan dan tekap dengan acuan  donut. Taburkan sedikit tepung gandum pada doh dan juga acuan jika doh agak lembik dan melekat.
  • Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
  • Goreng dengan  api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
  • Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing atau topping kesukaan.

KETAM MASAK BLACK PEPPER

Minggu lepas saya ke KB tengok Nuhaa. Minggu ni Nuhaa pulak balik tengok saya. Main gi-mari, gi-mari macam nilah dua beranak ni. Adoi sengkek mak!

Kalau macam ni bukan setakat bajet bawang kena cut, abih semua bajet kena buat semakan semula. Tulah tu, saya senyum-senyum aje bila baca status efbi kawan-kawan pangkat adik  yang baru jadi mak dua tiga bulan. Rungutan dalam kesukaan bila semua tentang anak terpaksa didahulukan. Anak di carta teratas. 
Itu baru melayan karenah anak yang tengah (tengah? masih kot ek) kenit cenonet net. Cer try  pula karenah anak-anak yang dah besar macam mana. Ari ni tepuk dahi, esok raup muka. Lusa tanjat boboi lagi dengan kisah anak,  tulat tubing ada juga yang menangis hiba dek kerna anak juga. Oh ya, bila cerita pasal karenah bebudak ni, ingin saya buat pencerahan dan tegaskan bahawa saya bukanlah anak yang buat mak saya pening kepala kerana saya. Nak bukti? Tanya lah dia. Heee. Sayang mak!

Bila dok menaip di pagi nan dingin ni, syahdu-syahdu teruslah ingat kat mak. Padehal hakikat sebenar, bulan ni baru 3 kali saya call mak. Dasar!

Maaflah kepada yang sakit gatal hidung, gatal mata kalau tengok ketam saya ni. Nak buat macam mana, belum jumpa ubat resdung yang mujarab. Dah tu doalah banyak-banyak sebelum rompong hidung tu bila resdung makan dalam. Huhuhu.

Pelbagai cara masakan ketam boleh jumpa kat kedai seafood. Kalau yang tahap sensitivitinya tinggi, rasa je sikit dah tahu apa bahan yang digunakan. Tapi kalau yang jenis redah macam saya ni, berani-beranilah pergi tanya tukang masak tu.  Untung-untung dia sebut juga bahan-bahannya, walaupun laju-laju sampai tak sempat nak salin resepi. Heee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi resepi dari sebuah restoran Thai
2 ekor ketam (anggaran 850g)
Segenggam kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sudu kicap cair
3-4 sudu sos plum
4-5 sudu sos tiram
Sedikit garam
secubit dua gula
2 pokok daun kucai
Minyak
Cara-cara:
  • Rebuskan ketam dengan air yang minimum. Ketepikan
  • Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Tumiskan hingga agak garing. Masukkan air rebusan ketam.
  • Masukkan sos dan masak hingga pekat.
  • Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan ketam dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api.

KUIH LOMPANG JAGUNG

Amvoii! Macam ada kebun jagung 4 hectar. Hari-hari menu jagung. Padahal harga setongkol jagung dah boleh beli selipar flip flop tipu punya sebelah.  

Tak mengapalah. Sementara stok masih ada, tak ada nanti saya duduk diam-diam. Suap aje oat dengan hirisan kurma sambil habiskan 4 liter air. * Oh dahsyat cita-cita!
Bila sebut makanan-makanan diet yang boleh buat ai die tu, saya nak ucap tahniah lah untuk sahabat karib (dan-dan jadi kawan ketat sendat) atas jawatan baru. Dah GM Cik Senah kita tu. Barulah sesuai dengan baju bling-bling susah-susah aje Kak Long jahit  sampai kurus kering. Keringnya tu termasuk adik beradik mereka. Pening baca?  Takpe, jangan layan sangat bila  angin senget Cik Embun. Datangnya tu tak kira time. Buat derk je taw? Lama-lama diam la tu.
Moh suap kuih lompang yang dulunya  saya ingatkan lubang lompong itu menyebabkan kuih ni 'tak jadi'. Rupa-rupanya itulah yang menyebabkan ianya dipanggil lompang kan. Bila gigi menjadi juri ; komen saya - yang asli lagi power. Lagi nostalgia. Tapi nak try versi ngengada saya ni boleh juga, tak yah susah-susah tag kat efbi pun ai okes jes. Heeee
Bahan-bahan:
1 1/4  cawan tepung beras
2 1/4 cawan jus jagung (kisar 2 tongkol jagung dengan air)
3/4 cawan gula
Beberapa titis  perisa jagung
Sedikit kapur makan (campur dengan sedikir air)
Kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam
Cara-cara:
  • Kisar jagung dengan air. Jadikan 2 1/4 cawan jus.
  • Campurkan tepung, gula dan jus jagung. Masukkan kapur makan. Kacau hingga larut dan tapiskan.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
  • Oleskan acuan lompang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan dan kukus kira-kira 10 minit.
  • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.

CREAM PUFF WITH NUTELLA FILLING

Monday mood? Alhamdulillah dalam keadaan baik. Secara tak langsung mood yang bermunger-munger ni telah mengenepikan Monday Blues yang banyak bersarang dalam jiwa orang lain. 
Antara sebab mood berada di puncak awan. Semalam saya ke KB lagi. Hushhushhush. Berjumpa Nuhaa yang 'comot' buat hati saya yang berkeromot terus jadi lapang. Masa mula melangkah keluar rumah, terasa ada batu berat juga menghempap dada. Bimbang dia tersasar dan gusar atau dirundung musibah dan masalah. Alhamdulillah, ada masalah 'kuman-kuman' saja. 
Ditambah lagi bila dapat apa yang dihajati. Mengidam untuk belikan emak 'pemanggang ajaib' yang disebut-sebut emak telahpun tertunai. Satu untuk emak dan satu lagi untuk mertua. Hai sakanlah mereka memanggang lepas ni!
Sebenarnya maklumat emak yang tak berapa effective buatkan pencarian  pemanggang ajaib itu hampir menemui jalan buntu. Tapi bila maklumat penuh berjaya dikumpul, maka berserendehlah hos Semanis Apam Jagung bersama Ostat Arjuna Lengan Cekak Penuh ni mengusung piuk belanga dari KB nun.

Udah ler tu ustajah. Mari kita makan pula. Suap cream puff tanpa custard filling macam biasa. Sumbat nutella menggantikan custard filling atau corn custard filling boleh beri feeling yang baik juga. 
Bahan-bahan (saya telah bahagi dua resepi asal Kak Wan):
Sumber : Kak Wan
55g butter
125ml air
Secubit garam
1/2 sudu teh gula
75g tepung gandum
2 biji telur saiz B
Cara-cara:
  • Didihkan air, butter, garam dan gula. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Perlahankan api. Kacau sehingga adunan  membentuk bebola dan terdapat lapisan putih nipis di dasar periuk. 
  • Ketepikan adunan dan biarkan suam.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul rata hingga menjadi likat.
  • Masukkan dalam piping bag dan pipekan ke atas dulang yang telah dilapik dengan parchment paper/kertas minyak.
  • Spraykan dengan sedikit air pada permukaan cream puff.
  • Panaskan oven kira-kira 5-7 minit lebih awal.
  • Bakar pada suhu 180 dec C pada 7-10 minit yang pertama. Turunkan suhu kepada 160-170 dec C dan bakar hingga masak.
  • Hidangkan bersama filling kegemaran.



APAM JAGUNG

Acara mengepam diri memang berlaku setiap hari. Saya akan pastikan tidak ada sebarang gangguan sepanjang proses itu berlangsung. Jadi untuk acara seterusnya, baik kita mulakan langkah untuk pam badan dengan apam. Boleh gitu?
Kita bereksperimen dengan jagung pulak hari ni. Bukan apa, jagung ni kalau disimpan lama-lama, manisnya akan hilang. Macam alam rumahtangga kot. Makin lama bersama, mulalah makin luga menatap si dia. Tak setuju? Saya juga. Sebab kemanisan rumahtangga bukan bergantung kepada tempoh masa satu-satu  ikatan  perkahwinan itu dilalui dan dibina. Eceh, lepas ni keluarlah rancangan 'Semanis Apam Jagung' pulak kat Tiwi Semilan. Mesti semat bai Sang Arjuna saya berbaju batik lengan cekak penuh. Hekhekhek
Resepi cuba-cuba dari saya. Mengimbas kembali  apam tepung gandum/apam kampung yang mak buat. Jadi saya cuma masukkan sedikit unsur-unsur jagung di situ. Lepas ni mungkin boleh sertakan santan untuk menaikkan rasa lemak. Rasanya?  ada rasa jagungnya di hujung-hujung 'tanjung'. Tidak gagah perkasa sangat rasa jagungnya laksana Si Badang. Tapi takkan saya nak kata tak sedap, sebab nanti mesti penonton boooo rancangan 'Semanis Apam Jagung'  ni. Hakhakhak.
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
100g gula
1 cawan jus jagung (daripada 2 tongkol jagung)
2 sudu teh yis kering
1 biji telur 
2 sudu teh perisa jagung
1/2 biji kelapa inti diparut dan gaulkan dengan sedikit garam
Cara-cara:
  • Kikis isi jagung dan kisar dengan air. Tapis dan ambil jusnya sahaja.
  • Rendam yis dengan 2-3 sudu air suam. Ketepikan dan biarkan mengembang.
  • Campurkan jus jagung, gula dan tepung. Kacau dan masukkan telur dan perisa jagung.
  • Masukkan campuran yis tadi. Kacau rata hingga adunan menjadi halus dan tidak berbintil.
  • Peram kira-kira 1 1/2 jam.
  • Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Jika menggunakan papercup tak perlulah dioles dengan minyak.
  • Panaskan air pengukus dan kukus kira-kira 12-15 minit. 
  • Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan dengan sedikit garam.

AVOCADO MILK PUDDING

Berbaki 2 biji avocado yang saya beli satu memang dapat satu, saya godek pula puding. Teringatkan kelemakkan dan keenakan puding peach-mangga hasil plagiarisme yang berleluasa dari dapur Bundo buat saya teruja nak buat puding guna whipping cream. Bila guna whipping cream memang tujuannya satu-buat puding. Haih!

Tak boleh lelama, ada benda nak buat ni. Busy sikit ni. * Ayat nipun plagiat dari ayat Bundo jugak.Hakhakhak.
Puding yang lemak. Mungkin akan lebih mantep  jika digandingkan dengan sos yang masam-masam sikit. Makan lemak, lepas tu dengan harapan yang masam-masam tu kunun-kununnya tolong sedutkan lelemak tu supaya tak direct masuk terus ke peyut boyot ni kot. Heeee.

Sedap ni. Nak tahu martabat sedapnya tu, gini; sedapnya sampai ke siku dan patah balik ke urat keting yu!
Bahan-bahan:
150g isi  buah avocado (daripada 2 biji)
1 cawan whipping cream
2g serbuk agar-agar
Air * saya masukkan air untuk mencukupkan sukatan avocado yang dikisar dengan whipping cream sebanyak 500ml.
3 sudu besar susu pekat
Gula secukupnya
Cara-cara:
  • Kisar avocado dengan whipping cream. Masukkan air anggaran 1 cawan untuk menjadikan adunan puding sebanyak 500ml. 
  • Masukkan gula dan serbuk agar-agar.
  • Masak atas api yang kecil hingga mendidih kecil dan gula hancur sepenuhnya.
  • Sejukkan.

KEK GULA HANGUS/SARANG SEMUT

Lama betul tak buat kek ini. Bila makan kek ini, memang teringat jaman geng-geng kelas menjahit kat kampung.  Ini antara yang dikongsikan oleh rakan-rakan 'sekelas' selain dari perkongsian gosip-gosip liar dan hangat. Hehs.

Kawan saya tu masih ada dan masih solo hingga sekarang. 40 tahun masih sendiri. Tapi tidak semestinya bila sendirian secara fizikalnya hatinya juga sedang menyimpan lara di hujung reba, kan? Orang yang berpasang-pasangan juga tidaklah berjalan di atas pelangi sentiasa. Pasti ada sebak dan sebu jua.
Kek kegemaran bapa mertua. Mungkin sebab di awal-awal 'perkenalan' dengan keluarga bakal mertua, ini ajelah kek yang sering saya kirimkan buat pengganti diri. Jadi yang tak sukapun lama-lama terpaksa kutelan jua. Hushshush. 

Banyak versi untuk menghasilkan kek ini. Tapi saya lebih selesa menggunakan sukatan resepi nostalgia ini. Lubang-lubang semut mungkin tidaklah sebesar lubang semut dari resepi lain, tapi saya pasti jika sesiapa yang menjamahnya pasti lubang hidungnya pula kan membesar melebihi dua kali ganda. Krrrrr.
Makngah Noni, terima kasih atas resepi. Berpuluh tahun dalam simpanan dan berpuluh-puluh kali juga telah saya 'bakar' resepi ini dalam oben hitam cap butterfly.

Bahan-bahan:
1 cawan marjerin * saya tak pernah pula cuba menggantikan dengan butter kerana ingin mengekalkan rasa nostagia kek ini
1 tin susu pekat saiz kecil * saya masukkan 1/2 tin sahaja 
(maaf saya terlupa untuk mencatat jumlah gram/ml tin susu bersaiz kecil ni, nanti saya usha kat Econsave ye) 
1 tin tepung gandum
1 tin gula
1 tin air
5 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
  • Goreng gula hingga menjadi keperangan dan mencair. Jangan goreng terlalu gelap kerana rasanya agak pahit. Apabila gula sudah mencair (tidak sepenuhnya pun tidak mengapa), masukkan air perlahan-lahan. Gula akan mengeras dan meletup-letup apabila dicurahkan air. Jadi tuang dari tepi periku/kuali. Masak hingga mendidih. Ketepikan.
  • Pukul marjerin menggunakan senduk. Tidak perlu sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sekadar sebati sahaja.
  • Masukkan susu dan kacau rata.
  • Masukkan air gula dan akhir sekali tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat.
  • Bakar kira-kira 40 minit pada suhu 160 deg C.
Nota:
  1. Untuk menggunakan tin sebagai alat penyukat, selepas keluarkan susu pekat, basuh bersih tin. Lap kering dan gunalah untuk menyukat tepung gula dan air. *Cuma yang saya musykil juga kenapa marjerin tu dapat martabat up sket disukat dengan cawan. Heeee
  2. Jika anda mahu kurangkan manis kek, kurangkan sukatan susu pekat dan bukannya sukatan gula.

KUE TIAW KERANG BULU



Hari ini 19 Jun, ulang tahun kelahiran Shaffe. Happy bestday Babe! Lebih istimewa 19 Jun juga adalah  ulang tahun kelahiran emak tercinta. Yang ke 60, tapi wajah redup itu tidak seperti wanita berumur 60 tahun. Wajahnya tetap srikandi di mata saya sampai bila-bila.

Dan di tarikh kelahiran emak juga, satu-satu adik lelaki saya meninggalkan kami dua tahun dulu. Perginya menemui Maha Pencipta tanpa boleh disanggah walaupun sesaat.
Walaupun dua tahun tempoh masa yang boleh membuatkan yang muda menjadi tua, yang tua pula akan lebih ganyut, tapi rasa hangat tubuh dia yang 'pergi' di pangkuan saya masih lagi terasa seolah-olah baru berlaku beberapa minit yang lepas.

Pertama kali saya menghadapi saat manusia menemui sakaratul maut dalam dakapan saya. Pertama kali juga saya melihat degup jantung yang tiba-tiba dihentikan injapnya, berakhir juga nafas panasnya. Maha suci Allah mengaturkan takdir yang tidak akan menyusahkan siapa-siapa lepas dia dipanggil pulang. Dia pergi tanpa sempat beristeri dan mempunyai pewaris keturunan. 


Al fatihah buat adikku. Oh, dia memang seorang adik yang sangat handsome.


Tengahari ni saya kunyah kue tiaw goreng. Nak sebut char kue tiaw pun boleh, sana saja maknanya. Jaman saya 'keliru' dulu, saya ingatkan 'char' itu merujuk kepada kuetiaw goreng basah. Itulah pentingnya English Edukesyen. Eh  Kantonis? Mandarin? Edukesyen
Bahan-bahan:
2 genggam kue tiaw (anggaran 1/2 bungkus = 200g)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
1/2 mangkuk kecil isi kerang bulu 
* bagi yang belum pernah masak kerang ni, dia bersaiz besar daripada biasa, dan kulitnya berbulu-bulu sedikit. Ngeri? tapi  isinya lebih besar, sedap dan kenyal.
2-3 sudu kecil sos lea & perrins
2-3 sudu kecil sos tiram
2-3 sudu sos cili
1 biji telur
kicap cair secukupnya
1 genggam taugeh
2-3 tangkai daun kucai
Minyak
Cara-cara:

  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing.
  • Masukkan isi kerang dan sos. Kuatkan api.
  • Masukkan telur, biarkan sebentar. Bila telur agak mengeras, pecahkan-pecahkannya.
  • Masukkan kue tiaw dan kacau rata. Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sebentar dan tutup api.


IKAN PARI BAKAR BERSANTAN


Isnin tiba lagi. Sudah lama saya tidak mengalami monday blues. Nampak tak? nampak? sungguh bermotivasi di situ poin yang saya nak habaq. Kuhkuhkuh. Tapi tanpa Nuhaa di sisi ada dua lagi 'anugerah' yang saya perlu hadapi karenah nak ke sekolah setiap pagi. Tapi yang dua orang ni bukan setakat monday, sampai ke Sundaypun tak habis-habis.


Hari ini Ariff lambat. Nabiha langsung tak ke sekolah. Baru 5-6 minit lepas dia bangun tidur sendiri sambil senyum-senyum yeahhh saya menang dan mama kalah lagi. Bila sesi 'konfrontasi' berlaku, dia akan kemukakan hujah-hujah yang buat saya rasa nak sumbat dia masuk dalam perut balik. 
Mujurlah Sang Arjuna kurang berperangai serupa. Kalau tak saya rasa nak majuk je lari balik ke rumah mak mertua. Kutip kelapa banyak-banyak, lepas tu habis terang-benderang kunyit, pandan, daum kesum, bunga kantan kena pow bawak balik ke Kajang. Baru hilang grrrr tu sikit.

Apa menu hari ni? Bolehlah bakar ikan, kalau suka. Tak suka tak apa. Banyak lagi makanan lain dalam dunia ni yang boleh dibelasah. Nasi lemak janda ada, ayam kampung Hassan ada, sup urat ketingpun boleh. Tapi kalau nak ikan bakar 'berjiwa' ni, kena tatap skrin kat sini dululah sebelum Bila Ita atau Nobit atau Noli atau Azo atau Amsatun ke Dapur untuk sediakan versi masing-masing pulek. 
Bahan-bahan:
2 keping ikan pari (anggaran 200g)
1/2 cawan santan pekat
*3 batang serai
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 Inci kunyit
1 senduk kecil cili kisar
Asam jawa
Sedikit gula nisan/melaka (tumbuk sikit untuk memudahkan hancur)
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit - hiris halus
3-4 helai daun limau purut-hiris halus
2-3 tangkai daun selasih -hiris halus
Sedikit butter/marjerin
Cara-cara:
  • Bersihkan ikan pari dan rendam sebentar dengan cuka/air asam jawa.
  • Basuh dan toskan.
  • Kisar bahan bertanda * dengan santan. 
  • Masukkan cili kisar dan gaul rata. Masukkan asam jawa dan kacau sebentar.
  • Masukkan gula nisan dan perasakan dengan garam.
  • Campurkan daun-daun yang telah dihiris.
  • Lumur pada ikan dan letakkan sedikit butter/marjerin.
  • Balut dengan daun pisang kemas-kemas.
  • Bungkus dengan aluminium foil dan bakar dalam pan dengan api sederhana (tutup dengan tudung periuk). Jika menggunakan pemanggang yang berpenutup lebih baik. 

PULUT PANDAN & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

Nak pergi mana-mana sekarang ni kena pakai topi keledar keselamatan khas. Bukan apa, berjaga-jaga takut kena hempap dek durian yang berguguran. Demam durian yang mengiringi demam Euro 2012. Bau semerbak bertebar di mana-mana. Kesian orang yang tengah gentel-gentel sakura kat Jepun. Ataupun yang tengah memetik tulip biru merah kuning jingga di Eropah dan juga di selatan Temerloh pohpaleh weh tu. (Heks, belum ada ye tulip tumbuh kat Temerloh? manalah tahu satu hari nanti kan?)  

Pastinya harga durian kat sana tu mak aih
Kat blog mana-manapun sekarang demam serawa durian juga. Versi saja berbeza-beza. Yelah, dah tekak yang menelannyapun tak sama. Janji piawaian tekak masing-masing dah tercapai pada tahap maksimum. 

Serawa ni saya sediakan dalam kuantiti yang agak banyak pagi tadi. Tapi tak adalah sekebun durian saya korbankan. Cukup agak-agak untuk 20 orang makan. Sebab cara makan juga bukanlah pelahap macam Cik G tew! Mereka makan apa yang ada tanpa persoal dan komen walau sebaris ayat. Mereka tu anak-anak yang ibu bapanya dipanggil Pencipta lebih awal. Mereka itu ibu bapanya tak mampu untuk menyuapkan mereka dengan makanan enak-enak hatta berlaukkan minyak masak yang digaul garam sekalipun. :(

Mereka kini berada di sebuah rumah yang penuh rahmat dan kasih sayang Allah. Saya percaya dan yakin itu. Jadi jika anda rasa suapan makanan lazat-lazat yang anda miliki sudah tak mampu dimamah lagi, tak mampu ditelan lagi, bolehlah hulur-hulurkan pada mereka. 

Rumah Amal Buah Hatiku
22, Jalan 7/3C
Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Maybank : 562414006411 atas nama PERIBADI MULIA
USTAZ RIDZWAN : 019-2303789

Hummpp semalam mereka bersarapan dengan jemput-jemput kosong semalamnya punya. :(
Bahan-bahan (PULUT PANDAN)
2 cawan pulut
5-6 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Basuh pulut dan toskan.
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan dan rendam pulut dengan air pandan tadi sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kukus hingga masak dan hidangkan bersama serawa sedap tu.
Bahan-bahan (SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG)
3 cawan santan pekat
2 keping gula nisan/melaka
1 mangkuk sederhana isi durian
1 helai daun pandan
3 sudu besar sagu mata ikan
2 genggam kecil sekoteng
Gula pasir secukupnya jika manis kurang manis
Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Rebus sekoteng hingga empuk. Ketepikan.
  • Masukkan isi durian, gula nisan dan simpulan daun pandan.
  • Masak hingga mendidih kecil.
  • Masukkan sagu dan masak hingga jernih dan kuah telah mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
  • Masukkan sekoteng dan kacau sebentar.
  • Masukkan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.