Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for April 2012

TALAM SEKOTENG

Ohooooooohoi! Awww! Apo nak dikato. Kalau kita minta baik-baik dan penuh kusyuk, tak mustahil permintaan tu mudah saja dikabulkan. *Ada unsur-unsur dakwah di situ walaupun banyak lagi yang Kakak Kedek kena belajar bab-bab nak mentarbiah orang ni
Sebenarnya 'kisah cinta' tak kesampaian pada si sekoteng ni dah lama sangat berlarutan. Ku pendam sebuah duka ala-ala kasih terhalang antara dua darjat pada jejaka Lombok yang bijak mengatur gigi menyusun jari sambil tangan menyentap si gadis untuk dibawa lari. *Well, saya tak percaya semua salah si jejaka. Si dara juga pasti ada khilafnya. Bila ada salahnya si dara, bukankah sang emak (yang sibuk berblog ni) dan si ayah juga punya angkara. Wah dah ada sikit-sikit ciri-ciri Ustazah Pilihan tuh! Baru perenggan ke dua. Kawkawkaw!

Bila Si Milah sms beritahu sekoteng dah dijual di Yummie Bakery, hati Kakak Kedek berlagu riang. Selama ni memang saya mencari-cari kat mana jualnya sekoteng ni. Tiba-tiba apakah? Impian bakal tercapai? Berrrr!! Terus rasa nak color uban-ubanan ni dengan warna-warna sekoteng. Upps! Yang ni jangan ikut tau!
Talam yang sangat berrr!!. Seperti  talam-talam yang lain, sekoteng ni bisa mengikat hati saya. Maknanya, saya akan sayang dia sama macam saya sayang adik dia ; si talam ubi dan juga abang dia; talam keladi tanpa ada pilih kasih. :)
Dan pastinya resepi dari Chef Asma. Tetapi resepi ni saya simpan kemas rapi  dari  Kak Anymz dulu lagi. Masa tu tak tau ke hei nye Che Asma ada jual steamer letrik tu. Bila sayapun menggeletis juga nak memiliki steamer tu, rupanya mak ai banyaknya resepi talam yang lazat-lazat dari Chef Asma. Hehe peghak!
Untuk versi yang cantik molek dan kasi gegar punya, silalah ke blog-blog 'down line' saya ni ye...Muahahahha
Rujukan lain: NorlieKak CT Delima,Kak Ummi HSH dan Kak Ita Masam Manis
* Resepi di bawah adalah resepi yang telah saya bahagikan dua. Maklumlah perut ai cepat ketat kalau makan banyak-banyak. Jika untuk resepi penuh, klik aje pada pautan di atas nun. (ahai ayat, macam laman sesawang kerajaan pula!)


Bahan-bahan:
Saiz loyang : 6 inci


Lapisan bawah (putih)
50g sekoteng (rebus dan toskan) *full resepi letak 50g juga, tapi saya rasa macam sikitlah pulak, jadi saya kekalkan sukatannya dan barulah nampak significant
80g tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi (resepi asal guna tepung hoen kwee)
350ml santan pekat
70g gula halus
Secubit dua garam


Cara-cara:

  • Campur semua bahan (kecuali sekoteng) dan kacau hingga gula larut.
  • Tapiskan terus ke dalam periuk. Lebih baik jika menggunakan kuali/periuk non-stick.
  • Masak atas api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi agak pekat.
  • Masukkan sekoteng dan kacau rata. 
  • Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik atau boleh juga disapu dengan sedikit minyak.
  • Kukus kira-kira 20 minit atau hingga masak. Pastikan air pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum meletakkan kuih ke dalam pengukus.
  • Sentiasa lap penutup pengukus untuk mengelakkan air menitik ke atas kuih.
Bahan-bahan Lapisan atas (pink)
80g tepung gandum
1 biji telur
100g gula halus (jika ikut resepi asal sepatutnya sukatan gula adalah 150g, tapi saya agak terlalu manis, jadi saya telah kurangkan)
370ml santan
Secubit dua garam
2-3 titis perisa sirap ros
2-3 titis pewarna pink

Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan tapiskan terus ke dalam periuk. 
  • Masak atas api perlahan hingga agak kental dan naik wap. 
  • Tuangkan ke atas lapisan putih tadi. 
  • Kukus kira-kira 25 minit. Selalu pastikan penutup pengukus dilap. *saya tutup loyang menggunakan aluminium foil.
  • Sejukkan sebelum dipotong.




SAUSAGE BUN

First time saya buat roti guna tepung gandum. Kalau tidak memang saya guna high protein flour. Hasilnya tetap menten. Ha tengok, boleh berlaku penjimatan di situ. Sebab tepung gandum lebih murah berbanding tepung high protein. Heeee

3 hari berturut-turut  buat roti. Sesi ulangan garlic bread (sahih kena ulang), lepas tu bun manis dengan kekacang. Hari ni sausage bun pula. Tak boleh nak panggil sausage roll sebab saya tak reti nak mengerollnya. *Jitu betul kerja-kerja merosakkan bahasa. Makin maju!
Musim meroti mengiringi musim apa ya di negara-negara 4 musim nun. Saya agak-agak springlah kot sebab kalau tak takkan Niezza berikan setiap orang berjambak-jambak munger tulip. Kat blog-blog makcik-makcik GMM melata ada munger-munger tu. Hui ngongs betul saya tak tahu peraturan dalam blog orang main aci tag mengtag ni.Kekeke. 
*Kali ni saya cuma buat separuh daripada adunan ini.  Jadi untuk sukatan telur, kacau dulu dan bahagikan dua.

Bahan-bahan (Basic Bread) 
Sumber: Chef Michael dari ICCA
500g tepung high protein *boleh juga menggunakan tepung gandum
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex
90g gula castor 
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk
Sosej secukupnya (rebus terlebih dahulu)
Cara-cara (menggunakan mixer atau uli dengan tangan):
  • Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam mixer kecuali butter.  
  • Gunakan hook beater. Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut.
  • Pukul hingga doh telah sebati. Masukkan butter.
  • Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
  • Rehatkan doh  sehingga mengembang dua kali ganda.
  • Setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
  • Canaikan doh memanjang dan lilit  pada sosej. Sapukan sosej dengan sedikit air untuk memudahkan doh melekat. Saya buat anggaran 40g setiap satu dan sosej dipotong dua.
  • Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
  • Biarkan naik lagi sekali ganda.
  • Bakar pada suhu 150-160 deg C kira-kira 10-12 minit.
  • Apabila masak, keluarkan dari oven dan sapu bun dengan marjerin/butter/shortening dengan segera.

MASAK LEMAK TELUR IKAN DENGAN DAUN KETUMBAR

Memang jarang saya masak telur ikan. Adalah sekali dua kot. Mungkin sebab perasaan belas dan simpati sangat menebal dalam diri saya ni. Bukan apa, saya kesian kat mak ikan. Dibuatnya telur yang saya masak ni telur ikan temakul, cemana?
Bukan setakat mak si Melor ngan Si Pekan je yang majuk lari ke Batu Belah Batu Bertangkup, tapi emak ikan temakul tu sendiripun akan bawak diri ke sana juga nanti. Dan bila masuk ke dalam Batu Belah tu, rupa-rupanya 'ramai' lagi mak-mak ikan kat dalam tu sebab semua telur-telur mereka telah masuk ke dalam periuk saya. Heee. 

Tapi siyes cakap, mak teruje kat telur ikan je. Anak-anak ikan Datin tak main! Apa kelas! 
Bahan-bahan:
500g telur ikan
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 inci kunyit hidup
Segenggam kecil cili api
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1 helai daun kunyit
2-3 pokok daun ketumbar
1 keping asam gelugur
Garam

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah dan cili api. Masukkan ke dalam santan dan kacau. Masukkan asam keping dan serai yang telah dititik. Masak dengan api yang perlahan.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan telur ikan. Masukkan daun kunyit dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam.

PAU PULUT HITAM RAHEL

Belakang rumah saya adalah rumah tokey Pau Ahmad. Semua tahukan walaupun nama pau itu sungguh mulia tapi pemiliknya macam biasala! Cha Ya Nun Aliff. Jadi dengan berpindahnya mereka di belakang rumah saya, maka lengkaplah hidup saya dikelilingi penduduk yang guna tisu toilet untuk beristinjak walaupun bekalan air di sini tidaklah berada di tahap kritikal seperti di padang pasir. 
Tinggalkan kisah jiran saya yang suka berkaraoke dengan suara ala-ala tercekik tisu tu. Pening Cik Embun. Harus hasil penjimatan beli bawang bulan depan Cik Embun buat beli sound proof system pulak. Hiks!

Pau yang sungguh berenjut resepi dari dapur Rahel. Kenapa berenjut? Sebab keanjalan disertai dengan kelembutan yang sangat hakiki membuatkan saya menyesal buat satu adunan.  Heeee.
Saya yakin kalau 'jiran pau' saya itu ternampak saya sedang membuat sesi penggambaran pau yang sangat berahi ini, pasti dia akan minta resepi yang sangat whoaaaa! ni. Sori,Cik Embun akan enjut-enjutkan dulu bahu kalau dia paksa juga bagi resepi. Kehkehkeh. 
Bahan-bahan:
Sumber : Majalah Sedap thru Rahel
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g susu tepung
50g gula
1 biji putih telur
115ml air dari peti sejuk
20g shortening
Inti yang disukai secukupnya * saya gunakan inti kaya dan nutella
Cara-cara:
*uli dengan tangan/menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, anda hanya perlu ikut arahan BM masing-masing.
  • Campurkan semua bahan kecuali shortening. Uli hingga sebati dan masukkan shortening. Uli lagi hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Pada tahap ini doh akan menjadi licin.
  • Peram doh hingga naik dua kali ganda anggaran 30 minit.
  • Keluarkan udara dari dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan.
  • Ambil doh anggaran 30g setiap satu . Canaikan dan masukkan inti. Pastikan inti tertutup sepenuhnya. Lapik pau dengan paper cup/daun pisang atau plastik. 
  • Peram lagi hingga naik 2 kali ganda. Saya peram anggaran 15 minit sahaja.
  • Kukus kira-kira 12 minit. Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan pau.

TIRAMISU BISCOTTI DENGAN NESTUM

Saya terlupa bila kali pertama saya menyuap dessert yang membelai jiwa ni. Tapi yang pasti memang yang bukan yang dibuat sendiri. Nak kata masa Santapan Diraja, saya ni sepupu khadam rajapun bukan. So sahlah bukan di acara gemilang itu. 


Tapi bukan juga di Kedai Makcik Som Bong yang fofular dan berjaya menarik muda-mudi Bangi berpusu-pusu untuk menikmati asam pedasnya yang pohpaleh weh! sedap dan hui harganya 'boleh tahan'. Nak tahu kadar 'kebolehtahanan' tu macam mana? Rasanya bila tekak kelat dan kesat sebab termakan buah kelubi muda. Masa tu baru tahu betapa 'parkinson'nya tangan nak menghulur dua keping note merah  untuk hidangan makan tengahari di kedai yang tak berapa nak kedai tu. 
Suka tau mengata Makcik Som. Dah tak ada dah pun kedai dia. Tapi tulah, tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat nak mintak resepi asam pedas tapi tak dapat-dapat sampai sekarang. Kehkehkeh.
Tiramisu pengubat rindu pada Makcik Som. Sebenarnya saya tak berapa suka sangat rasa 'dull' sponge biscuit ni. Jadi untuk versi tak boleh blah ni, saya cehelop sponge biscuits dengan air nescafe susu. Heee. Marah akak Martha tau   alter resepi dia. Lepas tu selang seli tabur nestum. Huh apa nak kata! Terasa muka sedang disapu angin dingin sambil main jongkang-jongket dengan Makcik Som gitu!
Bahan-bahan:
Sumber: Diinspirasikan dari cara dan penggunaan bahan membuat tiramisu biscotti dari Joy Of Baking
Saiz hidangan: 4 gelas
100g cream cheese
100g mascarpone cheese
1/4 cawan gula halus/icing
Perahan jus lemon
10 keping lady finger/sponge biscuits
1 cawan air nescafe susu
1/2 cawan nestum
Cara-cara:

  • Putar cream cheese bersama mascarpone cheese hingga agak kembang. 
  • Masukkan gula dan putar hingga gebu. Masukkan perahan lemon. Ketepikan.
  • Celup biskut dalam air nescafe dan susun dalam bekas kaca/transparent. Tuang nestum dan adunan cream cheese. Selang-selikan antara biskut, nestum dan cream cheese. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

KERABU SOTONG DENGAN NENAS

Saya berurusan di satu kedai gambar di Bangi beberapa hari lepas. Kedai tu baru. Terpana juga saya melihat  gambar-gambar yang di display menunjukkan kreativiti yang tinggi sang photographer. Dia berjaya merakam momen-momen yang 'rare' dan keluar dari kepompong gambar-gambar biasa yang dipamer di kedai gambar.

Apa yang biasanya kita tengok gambar konvo atau gambar raya sekelorga dengan baju warna setona. Si anak perempuannya pakai kasut hitam dengan stokin ropol-ropol warna putih dan baju kurung terlupa nak butang.

Juga yang paling 'wajahmu di mana-mana' adalah gambar kelorga Dato' Fadzillah Kamsah dalam frame emas pakai baju warna cekelat muda dan isterinya berbaju cekelat sama rona juga. Anak-anak berdiri kat belakang. Klise!
Tapi kedai tu lain. Gambar-gambar trend terkini. Memang menarik dan rasa terbuai dengan kenangan orang lain. Pinjam kenangan orang lain?

Cuma satu. Bila saya melangkah ke kedai tu, saya rasa saya sedang melangkah di 'Green Mile'. Seorang jejaka muka bajet ala-ala Sharnaaz Ahmad sedang berdiri. Seorang lagi wanita berseluar pendek sekerat paha (nasib baik pahanya mulus) sedang duduk sambil menekan-nekan Iphone. *sampai sekarang saya tertanya-tanya kulitnya tu dibuat daripada apa, sebab saya yakin kulitnya itu pasti sangat tahan 'panas' kalau-kalau kena bakar kelak sebelum sempat dia menutupnya. :*


Dua-dua 'tekun' dengan kerja masing-masing. Saya berdiri di depan kaunter dalam 7-8 minit. Terasa macam eh halimunan ke aku ni? 

Saya bagi markah untuk customer relation = 3/10. Knowledge dia dalam customer behaviour saya bagi 2.5 out of 10. How to satisfy customer banyak lagi kena improve. Bla bla bla  lagilah Kakak Kedek merepek.

Nasib baik muka kau ala-ala je Sharnaaz Ahmad, I would say babailah kan. If not, harus kugagahi jua menunggumu di pintu kedai walaupun KO LAYAN  AKU MACAM CINDERELLA. DAH TU PASS KERUSI KAT AKU GUNA KAKI JE DAN TERKENA LUTUT AKU YANG PERNAH PATAH NI! Terbaik!


Tapi bila saya fikirkan balik mungkin servis bagi tengok paha mulus free tu adalah layanan yang terbaik setakat ini. 
Tak ada kena mengena. Ratah je kerabu sotong ni sambil membayangkan kalau dapat saya gigit telinga budak hampeh tu best jugak. Kali ini letak je nenas biar semua warna ada. Oh biru saya tak suka, jadi saya abaikan! Heeee.


Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar
2 tangkai daun ketumbar
1/2 labu bawang besar
1 biji cili besar
2-3 ulas cili api
1 biji tomato
2 keping nenas
Garam dan gula
Perahan jus limau nipis/lemon *boleh juga digantikan dengan apple cider vinegar


Cara-cara:
  • Celur sotong sebentar. Angkat dan toskan.
  • Hiris bawang, cili dan daun ketumbar. Masukkan dalam sotong.
  • Potong nenas dan tomato. Gaulkan dalam sotong tadi. Perahkan air asam limau.
  • Perasakan dengan garam dan gula.

IKAN RENDAM ASAM SANG ARJUNA

Heyyy! jangan pandang sedei ye ekor ikan saya ni. Harus saya kena tendang tergolek dua kali sebelum masuk longkang kalau memperlekehkan lauk kegemaran nombor 'ke satu' Sang Arjuna ni. 

Muahahahahaha gelak lagi seraya melafazkan kata-kata "wahai sahabat sekalian alam, lauk inilah yang bisa membuatkan Sang Arjuna saya akan bersila lebar sambil tangan kiri 'mengilas' kain pelikat cap peti surat untuk melonggarkan ikatan.

Lauk yang paling universe ya bro-bro semua. Nak cari suri, ha carilah yang pandai masak ikan macam ni. Kalau tidak, memang tak pass la senang kira. 

Mula-mula rasa kuah, hilang sikit rasa terkehel kaki. Senak kat usus kecil terus jadi longgar. Bila cubit isi ikan, gaul dengan nasi, letak kuah lagi. Adoi mak! Terus jadi muda 10 tahun dari usia sebenar!
Kerana apa? Kerana semua sel-sel dalam otak telah berhubung. Sejurus lepas tu otak akan menghantar pesanan kepada semua anggota. Anggota tubuhpun  segera bermuzakarah dan sepakat membawa berkat mengatakan yang, yang, yang inilah lauk yang paling oh dahsyat! dahsyat!

*Jika tetiba anda rasa terbit bintang-bintang kecil atas kepala, perlahankan bacaan ya. Itu mungkin kesan sampingan. Itu kalau bintang, tapi kalau nampak bulan, galaksi bima sakti dan ada ambulans sekali, baiklah hentikan pembacaan serta-merta ok?!

Bahan-bahan:
Sumber : Ibu Mertuaku
2 keping isi ikan merah/jenahak * tapi bahagian ekor paling universe bro!
Serbuk kunyit dan garam - perapkan pada ikan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji bawang besar -potong bulat
1-2 biji cili besar-potong serong
Air asam jawa
Garam dan perasa (jika suka)
Minyak

Cara-cara:
  • Goreng ikan yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  • Buang sedikit baki minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa. Juga garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan bawang besar dan cili besar dan masak hingga layu.
  • Masukkan ikan, gaul sebentar dan angkat.
Cer cuba masak untuk Sang Arjuna masing-masing, harus dia ajak dating kat Krabi. Heeee.

DONUT KELADI

Beberapa hari lepas saya terserempak dengan seorang suri rumah ketika sama-sama buat-buat belek bawang. Padahal dalam hati masing-masing bukannya nak beli bawang sangat. " tudung pink dah buruk, yang hijau tak mecing. Yang hitam lak asik sangat pakai jadi dah berlubang kat bawah dagu. Berkarat pulak tu sebab masa basuh terlupa nak bukak brooch". Hikhikhik.

Terus konon-kononnya mencongak-congak. Oh bulan ni aku dapat sep bajet beli bawang rupanya. Dan acara mengangkut tudung 4,5 lai berlaku dengan begitu sempurna sekali. Dasar!

Dia yang memulakan komunikasi dua hala. Ai kan retis, takkan la nak tegur dia dulu pulak kan? Kuhkuhkuh.
Tot tet tot tet juga buah butir dari mulut dia, banyak juga yang tak sempat Kak Aguilera tangkap biji butir ceritanya. Maklumla Kak Aguilera ni pendiam orangnya, jadi akak cuma angguk-angguk garu dagu ajelah.

Antara yang dibincangkan; kisah buat donut. Dia ada bertanyakan resepi yang Kak Aguilera guna, nampak sangat muka hakoo ni muka pemakan menda-menda gelembung yang tegar. Haih! 
Jadi, kepada kakak kawan baru yang hangkut  rempah nasi goreng segera tu, donut ini saya tujukan kepada akak dengan pertanyaan, nak buat apa dengan rempah nasi goreng banyak-banyak tu????

Kali ini saya buat versi keladi. Resepi asal donut kentang  Fatmah dari Indonesia yang saya discover thru Izah beberapa bulan lepas. 

Versi keledek yang kalau tak 'pekena' seadunan dua harus boleh buatkan badan jadi seram sejuk macam tak cukup dos daun ketum. Jenguk kat sini. Kalau tak dapat, rasa macam jatuh maruah dik! Kehkehkeh.







































Bahan-bahan:
500g tepung gandum
11g yis kering
100g gula pasir
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
50g susu tepung
200g keladi (rebus dan barulah ditimbang) 
100ml air dari peti sejuk
Secubit dua garam
1 sudu besar donut improver (saya tambah)
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan ke dalam mixer  kecuali garam. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer.
  • Pukul hingga doh agak sebati dan barulah masukkan garam. Uli hingga doh menjadi elastik dan  licin.
  • Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
  • Canaikan dan tekap dengan acuan  donut. Taburkan sedikit tepung gandum jika doh agak lembik dan melekat.
  • Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
  • Goreng dengan  api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
  • Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing.


RASPBERRY MILK PUDDING

Hati tengah penasaran nih. Buat kek tak jadi. Hampeh!

Dah lama saya berkobar-kobar nak tahu  guane lah  rasa kek avocado yang cantik melentik kat blog Wendy. Resepi tu diciptarasa oleh Wendy sendiri. 
Cerita belakang tabir. 

Nasiblah masa tu Kak Aguilera (pulek dah!) boleh disabarkan lagi. Tapi semalam, semasa sesi mariappa aka merayap tak ketahuan arah tuju tiba-tiba kereta akak berenti di Jalan TAR atau dalam bahasa GPSnya di latitude dan longitute 25.983066, -80.865471. Erk, jangan ikut, nanti terpedaya!

p/s Kak Aguilera jengah juga gerai Brader Kebab, tak adalah pulak. Pelik jugalah sebab keadaan gerai dia macam dah tak lama tak meniaga. Hurm, terkesan dengan kata-kata 'nesta'  ai  dulukah?
Diringkaskan kisah, saya belilah avocado yang mana kerja-kerja membeli buah ini hanya dilakukan paling kerap 2,3 kali sahaja setahun. Jadi bukanlah reti sangat nak memilihnya. 

Semangat mencanak buat kek avocado berterusan hingga sampai ke rumah- tak nyempat nak tutup enjin kereta dah putar butter kau! *Pelawok!pelawok!.

Bila sampai part nak korek buat avocado macam Giada@Home buat tu, er..tak keluar isinya. Keras kedengkungkangkongkingkeng. Ha cukuplah saun efek betapa kerasnya buah tu.  Last-last saya kupas kulitnya. :*

Avocado yg keras dan  tersangat pahit! Bila diblend pun teksturnya tidak gebu dan menjadi berbutir-butir gitu. Grrr
Dipendekkan cerita lagi tapi nasib dipanjangkan akal, Kak Aguilera gantikanlah avocado tu dengan keledek ungu eh pepel. Huk huk.

Tapi tekstur kek sedikit keras. Rasanya kekal ala-ala kek dan bukanlah jadi masak lemak sardin. Yang Kak Aguilera tak tahannya, Sang Arjuna makan sampai 3 butir! Err...garu uban ai. Selebihnya, taulah kan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke Pak Guard. Hui!

Sila jamu dessert yang terlampau ni buat pengubat stress. Heee tetiba. Mana datangnya ni? 


Bahan-bahan (untuk raspberrry pudding):
7-8 biji buah raspberrry
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar perahan lemon
300ml  air
2g serbuk agar-agar


Cara-cara:
  • Kisar buah raspberry hingga hancur. Tapiskan. 
  • Campurkan dengan gula. 
  • Masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Masukkan perahan lemon. Sejukkan dalam bekas kecil-kecil.
Bahan-bahan (untuk milk pudding)
400ml susu
100ml air
4g serbuk agar-agar
1/4 cawan susu pekat
Gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan masak hingga larut. Tuang ke dalam acuan yang telah diisi dengan raspberry pudding yang telah disediakan sebelum ini.
  • Sejukkan.

CRÈME BRULEE IN STRAWBERRY SAUCE

Ouch, dalam 'keterpaksaan' (lah sangat!)  saya buat lagi dessert ni. Jadi hati saya tak bolehlah marahkan badan saya bila timbul rasa aku dah gemuk atau aku dah muncit. Toksah lah nak jadi bangau oh bangau heh salahkan orang tu salahkan orang ni bila diri kamoo dah melepasi tajuk 'seorang wanita yang selim seperti zaman remajanya yang yang gilang-gemilang'. Pffftt! 

Kiranya dalam 3 minggu 2 kali saya buat dessert ke arah memartabatkan tekak dengan kenyamanan yang abadi. Ha gitu orang buat slogan. Ini asyik-asyik ke arah memartabat dan memperkasakan kutipan tol. Cait!
Eleh, yu ingat bila buat-buat bagi free kat Plaza Tol Bt 11  buat ai terguda? Hmmmm...


Tapi macam mana lajunya kereta lalui kat tol yang dah tak ada tol tu, macam tulah lajunya menda alah ni menerjah ke tekak. Hehehe.


Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 remekin
Sumber: Buku Food Lovers : Dessert
200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur  (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Cara-cara:

  • Masak susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar.
  • Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. 
  • Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati.Tapiskan.
  • Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh.
  • Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
  • Bakar kira-kira 15-20 minit.
  • Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
Bahan-bahan untuk strawberry sauce:
7-8 biji buah strawberry
Sedikit air
5 sudu besar gula
Perahan jus lemon
Cara-cara:
  • Kisar strawberry dengan air. Tapiskan.
  • Masukkan gula dan masak dengan api perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan perahan lemon. Sejukkan sebelum dihidangkan bersama creme brulee.
Untuk versi creme brulee yang tak kurang 'bebas tol'nya juga, boleh jengah kat SINI