Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM SOUP

Sila pejam mata dulu, tarik nafas. Kalau ada yang tengah tersedu-sedu tu, telan air liur pelan-pelan. Atau telinga tetiba rasa 'bengang-bengang pilu' macam dalam  eroplen masa nak  take off tu, telan lagi air liur.  Kena banyak-banyak pektis menelan. Sebab acara seterusnya anda memang akan banyak menelan lendir leliur tu ye.

Heeee. Sebenarnya memang saya teruje tahap nak nyanyi lagu 'mari menyusun bunga seroje a ahh ahh ahhh' (picing ke laut sikit) bila menu ini di 'astro first' kan oleh GMM. Sebab ini memang menu kegemaran ahli kelorga.
Kalau tak melahap di 'pondok pizza', saya dengan gemalai menyapu roti dengan garlic spread yang dibeli je. Pastu panaskan dalam oven kejap. Sambil tu panaskan mushroom yang super segera tu. Akhirnya semua tidak kelihatan lagi di dunia fana ini. Baik roti mahupun mushroom soup. 


Kini tidak lagi! Semuanya di hujung jari mungil. Nak 'marah' sapa? Sapa lagi kalau bukan kasnut (kaswi + donut) lover mantan mapin lover tu. Oh..well!
Memang keeper la Jemah oi
Dan sedu-sedan itu bertukar menjadi sendawa....;)Sila letak tangan kat bahu sambil mata ke atas, lepas tu jelir lidah sikit hoqqay? 
Bahan-bahan (Basic Bread)
Sumber: Chef Michael dari ICCA
500g tepung high protein
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex
90g gula castor 
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk
Cara-cara (menggunakan mixer atau uli dengan tangan):
  • Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam mixer kecuali butter.  Gunakan hook beater. Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut.
  • Pukul hingga doh telah sebati. Masukkan butter.
  • Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
  • Rehatkan doh  sehingga mengembang dua kali ganda.
  • setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
  • Bentukkan doh mengikut saiz yang disukai. 
  • Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
  • Sapukan dengan garlic spread ke atas bun.
  • Rehatkan doh hingga mengembang sekali lagi.  Tambah garlic spread jika perlu. Tapi pastikan disapu perlahan-lahan agar tidak doh tidak menjadi mampat.
  • Bakar pada suhu 150-160 deg C ira-kira 10-12 minit.  Wuhh!

Sumber: Izah,  MamafamiTun Telani dan Chekgu Hana 
Bahan-bahan (Garlic spread):
3 ulas bawang putih
50g butter (salted) * saya letak lebih
2-3 pokok Daun ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur. Potong daun ketumbar halus-halus.
  • Gaulkan bersama butter dan serbuk lada hitam. 
  • Sedia untuk disapu pada bun.
Bahan-bahan (Mushroom Soup): 
* saya adjust mengikut kesesuaian. Untuk sukatan dalam resepi asal, sila rujuk link yang diberi di atas.
1.5 liter susu (saya bancuh 7 sudu besar susu tepung dengan air)
2 keping dada ayam
1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
1 1/2 kiub ayam (brand knorr)
1/2 tin cendawan butang (anggaran 7-8 kuntum)
Garam-jika applicable
Serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Kisar ayam kasar-kasar. Masak dengan susu dengan api yang kecil. Masukkan kiub ayam dan cendawan.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masak hingga mendidih dan pekat. Seimbangkan rasanya.

12 Responses to GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM SOUP

  1. kasnut?... uh uh libas rambut laju laju.. tang pegang bahu muke ke ats tu tak tahan tu.. hahahha...rasa cam nak buat jek lagi tapi tapi tapi dah tahu dah sapa paling pantas mengunyah nih. orang lain baru seketul, ai dah nak masuk yang ke 12 setengah ketul, hakhakhak..

  2. wallaa............. mmg keeper! siyes sedap garlic bread.. dpt pulak dgn basic bread yg sgt lembut. mushroom soup tu kene wat penuh satu periuk, kalau x mmg x cukup.

  3. salam chah.dah lama makcik manggis tak meroti.Tutup kedai roti buat sementara waktu.Insyallah bila badan rasa kuat balik nanti jemput lah datang makan kat rumah ya hehe.Nampak sedap sekali roti tu yum yum.

  4. Salam, Chah. Ini lah satu satunya blog foodie yg akak suka (sorry cik Mat, anda udah dijatuhkan dari tahta!). Walau pun belum cuba mana mana resipi pun, akak confident semua sedap, sb resipi mee kari tu, sebiji macam akak punya...hehe tak le sebijik...akak tambah susu cair setengah tin untuk kuah hidangan 4-5 org tapi tak letak ikan bilis. Resipi ni, full house masa Raya(nak cerita kita pun pandai jgak masak mee kari la ni...hehe). Neways, ptg nanti nak buat garlic bread resipi begaan Chah, and mushroom soup resipi Chilli's yg sedap tak hengat tu!

    You now have a loyal follower, Chah (habisla semangat nak kurus akak)!

    Kak Yong

  5. Thx so much 4 d recipies..kat sudan still winter...sedap nih resepi akak..lagipun bahan2nyer x susah dapat except for the bread improver..boleh x klu sy x letak? tqvm

Leave a Reply